03 February 2009

ADUN Behrang kini benar-benar berang menuduh PKR menyingkirkannya!

KALI INI benar-benar berang. Bukan apa, kerana PKR sendiri cuba buang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari parti itu. Dari menjadi Adun dan menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak.

Jamaluddin mendakwa tindakan PKR menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat berpunca daripada keinginan pemimpin tertentu parti itu yang berhasrat bertanding jika diadakan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, ada pihak dalam PKR yang ingin pilihan raya kecil diadakan supaya calon pilihan mereka dipilih bertanding. Begitulah dakwaan Jamaluddin yang sebelum ini "hilang" selama lima hari dari pandangan mata dan tidak masuk kerja selama "hilang" itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu Ahad lepas tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada keduadua kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Jamaluddin mendakwa berlaku perebutan jawatan di kalangan pimpinan PKR dan usaha untuk mengadakan pilihan raya kecil di dua kerusi DUN dirancang bagi membolehkan pemimpin tertentu dalam parti menjadi wakil rakyat dan seterusnya Exco kerajaan negeri.

Jamaluddin yang juga Bendahari dan Timbalan Pengerusi PKR Perak menyifatkan keadaan yang berlaku sebagai mainan kotor beberapa pemimpin parti yang ingin bertanding di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

Mengenai tuduhan bahawa "kehilangan" beliau dan Osman didalangi oleh Barisan Nasional (BN), Jamaluddin berkata beliau sebenarnya cuti sakit dan tiada kena mengena dengan Umno.

Sebentar tadi, Buletin Utama menyiarkan rakaman penafian, penjelasan dan dakwaan Jamaluddin berkenaan perkara di atas.

http://sanggahtoksago.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

ALAHAI DAH DEPA TAK MAU APALAGI NAK BUAT BERUNDUR SAJALAA JAMALDIN OIII...
NU DEKAT PENANG TU ADA SEKOQ BUDAK NAMA DIA KHAIRUDDIN, JAWATAN TKM1...TUPUN AKU FIKIAQ KENA LA ANWAR BUANG CEPAT-CEPAT SIKIT SEBELUM MELARAT PI JADI BARAH PKR PLAK-DIA NI KAKI TAIK SEMBELIT, KELENTONG SANA SINI,BELIT SANA BELIT SINI...OII PKR KALU HAMPA GILA SANGAT NAK AMBIK MALAYSIA NI HAMPA KENA LA BUANG HAK MANA YG LANI DOK JADI YB KE,TKM KE...AGAK TAK JENIS SAJA HAMPA KENA TERAJANG KLUAR...BUAT APA DOK TUNGGU LAGI..ANWAR NI PUN SATU LAA LANTIK ORANG TAKFIKIR2 PANJANG LAGI..BAGILA YANG BAGUIH SIKIT...AWATLA HAMPA NIIII..

Anonymous said...

KALU NAK BOHONG TU BIAR LE LOGIK SIKIT...KALAU CERITA KAT BUDAK2 SEKOLAH TADIKA BLEH LE..CAM PAKAT JE..HILANG DUA2 SEKALI LAK TU MANE PIE...YG BINI AND KELUARGA SENDIRI PUN XTAHU...PIKIAQ2 SENDIRI LE

kengkawan said...

Tu la pasal, dah jadi PKR ni kena pikir cara PKR la, jgn dok pikir cara BN lagi, kan dah kantoi..selamat berjuang sebagai parti BEBAS, jgn parti BEBAL sudah laa...

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG