
Bukan Sahaja Rakyat Tuanku, Tetapi majoriti rakyat Malaysia Menolak Mereka
Menjunjung kasih TUANKU SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH..... Patik amat berharap sekiranya Tuanku dapat memberi perkenan pembubaran DUN Negeri Perak bagi membolehkan rakyat Tuanku membuat pilihan dalam menentukan kepimpinan yang selayaknya menerajui negeri.
Patik bukanlah rakyat negeri Perak, tetapi merasa sedih sekiranya Barisan Nasional yang ZALIM dapat merampas kuasa. Cukuplah kami rakyat Malaysia dizalimi selama ini..... Percayalah Tuanku, bukan sahaja rakyat Tuanku yang tidak mahukan Barisan Nasional yang merosakkan ini, tetapi majoriti rakyat Malaysia juga sudah menolak mereka.....
Patik merayu supaya Tuanku dapat memberi perkenan pembubaran DUN dengan segera..... Percayalah Tuanku, Insyaallah YAB Dato' Seri IR Muhammad Nizar Jamaluddin dapat menerajui Perak Darul Ridzuan dengan lebih baik dan sempurna dan selayaknya beliau diberikan peluang sekali lagi.
hibiscus tea N18 - Tokai red_jidosha@yahoo.com
5 comments:
TUANKU..JANGAN HARAP MB PERAK,DS MOHD NIZAR UNTUK TIDAK DERHAKA KEPADA TUANKU SEDANGKAN TUANKU SENDIRI MENDERHAKA KEPADA BANGSA MELAYU. TUANKU LANTIK YB DR ZAMBERI ABD. KADIR ITU-SEORANG MAMAK TONGKANG-SUDAH HABIS KAH MELAYU DI PERAK NI???MB PERAK MESTILAH SEORANG MELAYU DAN BUKANNYA MAMAK.KAMI SEBAGAI RAKYAT PERAK -PENDOKONG KUAT YB. DATO NASHARUDIN (BOTA) MERASA TERKILAN BILA TUANKU LANTIK MAMAK INI.ATAU SUDAH HABISKAH MELAYU PERAK KERANA ASYIK MELOMPAT LANGSUNG JADI KATAK DAN TAK SEMPAT BETUKOR JADI MELAYU BALIK...TENTANG 3 ADUN YG MELOMPAT TU SEMUANYE MEMBER TUANKU SAMA-SAMA MAIN GOLF...ALAA USAH LE MALU NAK CAKAP-COVER MEMBER LE NII. RAJA ADIL RAJA DISEMBAH , RAJA....EMM ENTAHLAH!
TUANKU NI BUAT RAKYAT MENDERHAKA....TAKKAN NAK TENGOK HANG JEBAT MUNCUL DI DUNIA MODEN???
Assalamualakum....
Dari dulu patik amat menyajungi Tuanku kerana merasakan Tuanku adalah sangat berwibawa. Dengan status akademik yang tinggi patik merasakan tiada tandingan di kalangan Baginda Sultan dari negeri yang lainnya.
Akan tetapi mohon perkenan derhaka tuanku, patik merasakan kebijaksanaan tuanku telah tercalar pada hari ini.
Seribu kali kebaikan Tuanku selama ini tidak akan dikenang berbanding kesilapan Tuanku pada hari ini yang akan sentiasa akan meniti di bibir rakyat. Kesilapan inilah akan menjadi buah mulut, yang akan mengiringi Tuanku sepanjang sejarah Perak dan sejarah hari yang mendatang.
Patik berharap kredibiliti Tuanku dapat dipulihkan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat jelata. Mohon Ampun Tuanku.
Sembah Patik Harap di Ampun
Wassalam
Ampun Tuanku, sayang seribu kali sayang. Seorang Bekas Ketua Hakim yang arif di sanjung oleh seluruh rakyat Perak, tetapi Tuaku lebih berminat membela kuncu-kuncu Parti Rasuah Tegar. Ah malangnya nasib rakyat Perak. Golongan perasuah dan seks juga yang dipandang mulia. Apakah Tuanku sudah tidak kenal 'intan' sebaliknya memilih kaca yang dipungut dari tong tahi? Patik harap tuanku segera bertaubat dan mengembalikan mandat kepada rakyat. Jika tidak, tiadalah hormat akan rakyat jelata kepada tuanku, melainkan celaan belaka!
NAJIB (PIHAK ISTANA) VS ANWAR (RAKYAT
JELATA).
Apalah nasib PR bila istana dipergunakan untuk menentang suara
rakyat.Dari satu sudut najib memang bijak dr DSAI krn berjuang melalui raja2 melayu (tanggapan melayu takut raja...itu dulu...ni..zaman cyber).Tapi sedarkah raja2 akibat menyokong tindakan najib ini (yg dibenci rakyat) akan mencalarkan institusi raja2...generasi baru akan bangkit..dgn semangat baru iaitu...
kuasa ditangan rakyat..PRU13
Post a Comment