KUALA LUMPUR [11.20 pm] - Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh KeADILan, Pas dan DAP dalam satu kenyataan masih mengiktiraf Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.”Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.,” menurut kenyataan berkenaan. Kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rampasan kuasa di Perak. “Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau,” katanya lagi. Menurut kenyataan itu lagi lagi, Pakatan Rakyat akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Mengulas mengenai reaksi yang ditunjukan rakyat hari ini bagi membantah upacara mengangkat sumpah Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional Perak, Pakatan Rakyat merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara. “Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara,” menurut kenyataan lagi.
[Inilah padahnya bila Tuanku Sultan Perak dipergunakan untuk tujuan politik kepartian semata-mata. Sultan sepatutnya bertindak secara adil dan bijaksana, kini institusi di dihina dan dicemuh oleh rakyat Perak. Inilah yang dikatakan "Raja Adil Raj Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah". Kemelut yang berlaku ini adalah gara-gara sikap pemimpin tertinggi UMNO yang menggunakan "kemewahan" untuk menguasai Sultan. Akhirnya, mereka mendapat kuasa dan Sultan Perak mendapat penghinaan. Puak-puak UMNO dan BN merasa lega selepas Menteri Besar baru dilantik dikalangan mereka. Justeru itulah, mereka tidak menghiraukan sebarang bantahan rakyat. Apa yang penting, Sultan Perak memperkenankan niat jahat itu dan kuasa akan kembali ke tangan mereka secara "tidak terhormat". Inikah yang dikatakan oleh Pak Lah supaya rakyat bersabar dan menerima takdir itu. Beliau menyamakan bagaimana UMNO dan BN bersabar menerima kekalahan dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Punyalah dangkal mentaliti PM Malaysia ini, kalah pilihanraya adala secara demokrasi berpelembagaan dan secara sah. Namun kalah sekarang adalah secara jahat dan zalim menerusi rampasan kuasa !!
No comments:
Post a Comment