04 February 2009

Siap Sedia Semua!! Pak Lah Dah Nak Tubuh Kerajaan Baru..


PM: BN Sedia Tubuh Kerajaan Baru Di Perak

PUTRAJAYA, 4 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini, Rabu.

Empat wakil rakyat itu ialah Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adun Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada Umno.

"Kalau ada bilangan cukup tentu sekali kita mahu mengambil langkah itu (tubuh kerajaan)," kata Abdullah, yang juga pengerusi BN ketika mengulas mengenai BN yang memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat Adun itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media berasingan hari ini menjelaskan walaupun BN mempunyai bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.

Mengulas sama ada BN akan menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, Abdullah berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, katanya, timbalannya Najib akan menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda bahawa BN kini mempunyai majoriti di DUN Perak.

Ditanya sama ada BN akan mengemukakan undi tidak percaya, Abdullah berkata perkara itu belum diputuskan tetapi beliau menyifatkan ia sebagai satu tindakan pilihan.

Kepada soalan sama ada beliau yakin rakyat Perak akan dapat menerima kerajaan BN untuk kembali memerintah di negeri itu, beliau berkata: "Ia terserah kepada rakyat."

Beliau bagaimanapun yakin apa yang lebih penting bagi rakyat ialah keupayaan kerajaan untuk memimpin dan melaksanakan pembangunan serta menjamin kestabilan politik dalam negeri.

Berhubung Adun Behrang dan Adun Changkat Jering yang kini berhadapan dengan pertuduhan kes rasuah yang kemungkinan boleh menjejaskan imej Umno, Perdana Menteri berkata setakat ini mereka belum lagi terbukti bersalah.

Ditanya sama ada BN telah mempunyai calon Menteri Besar Perak, Abdullah berkata : "Nanti dululah".

Terdahulu, ketika menyampaikan amanatnya kepada warga perkhidmatan awam, Abdullah berkata sektor awam merupakan jentera penting yang boleh menjamin pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, rakyat berharap sektor awam dapat menjadi fasilitator utama yang dapat merancakkan ekonomi dengan keputusan-keputusan terbaik dan tepat berhubung ekonomi negara.

"Kalau dulu kita dapat hadapi cabaran kenapa tidak sekarang," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata semua pihak termasuk pentadbir dan pemimpin perlu bekerjasama menghadapi cabaran-cabaran semasa yang dihadapi dalam negara.

http://www.bernama.com

1 comment:

shukhoi9909 said...

Nampaknya BN memang tidak berminat nak membangunkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat. Banyak wang, masa dan tenaga dihabiskan hanya untuk menuumbangkan kerajan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat pada Mac lalu. Wang tidak menajdi masalah pemimpin BN yang sudah memang sebati songlap duit negara melalui komisyen dan mock-up projek. Maka rakyat jugalah yang akan sengsara. Kerajaan sepatutnya memberi subsidi minyak 30 sen, sudah terbalik rakyat pula yang memberi sedekah kepada kerajaan BN 40 sen, kununnya cukai. Buat masa kini minyak petrol dan iesel di Thailand lebih murah daripada Malaysia yang juga pengeluar minyak dunia. Begitulah cara BN mengurus negara, Mereka akan pastikan wang negara akan masuk ke kantung keluarga, kroni dan suku sakat daripada memikirkan nasib rakyat jelata yang makin hari makin terhimpit. Mereka tahu wang hasil songlap itu akan digunakan bila musim pilihan raya. Contoh di PRK K Trengganu. Rakyat yang menderita sekian lama akan cair bila lihat RM200-Rm300. Tentunya harga pengundi lebih murah daripada seekor kambing untuk akikah. Teman doakan semoga komponen BN cepat hancur dan binasa. InsyaAllah.



LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight