04 February 2009

Adun Bota Memikul Bala Besar Dan Penyebab Segalanya


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Nasarudin, Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Pakatan Rakyat Perak tumbang, BN bentuk kerajaan

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari pakatan.

Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Dari empat yang keluar hari ini termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

Komen ADUN

Bagi Nasarudin (Bota), beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.

"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.

"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.

"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.

Sementara itu Jamaluddin (Behrang) berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas kerana ada usaha dalam parti itu yang seolah-olah menghalaunya dari parti itu.

"Sebenarnya saya tak ada cadangan pun untuk sertai mana-mana parti, tapi seperti ada usaha seolah-seolah menghalau saya dari PKR, jadi saya ambil keputusan jadi calon Bebas," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak terus menyertai BN, beliau berkata: "Sebab saya tidak fikir apa yang akan berlaku, saya terkejut dengan tindakan (PKR negeri) yang dilakukan terhadap saya," katanya.

http://www1.mstar.com.my


Komen Perisik Rakyat

TUNGGU JE LA!

Kejap tadi Najib adakan PC. Dia umumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan Perak. Nasarudin Bota rujuk balik masuk UMNO. Jamaludin dan Osman pun dah hantar surat keluar PKR. Hee Yit Foong pun keluar DAP.

BN ada 31 kerusi. PR tinggal 28. Maka Najib kata akan menghadap Sultan dalam masa terdekat untuk mohon perkenan bentuk kerajaan.

TUNGGU JE LA!

Kalau Sultan perkenan keputusan bubar DUN yang MB buat tu, kita akan berentap semula dalam pilihanraya negeri.

Kalau Sultan terima Najib atau siapa yang nak jadi MB baru tu masuk menghadap untuk dapat perkenan bentuk kerajaan BN, tak jadilah pilihanraya. Kita dapat kerajaan baru. Kerajaan Penyamun.

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah la buat rakyat Perak!!! Peralihan pemerintahan ala rampasan kuasa dan tidak demokrasi. Adun2 yang berpaling tadah tunggulah balasan tuhan. Rakyat telah pilih kamu but kamu hancurkan.

mat_terab said...

aku cadangkan Depa ni balik ke perak Semua rakyat tunggu tepi jalan pakat baling kasut........

Anonymous said...

Aku pun nak ucap tahniah kat BN kerana berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Nanti bolehlah jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri lain. INi negara demokratik.... jadi biasalah jadi macam ni. bila untung semua senyum...bila sebaliknya semua berduka..... Aku paling takut... sampai satu masa nanti... rakyat dah tak percaya kepada ahli-ahli politik. Susah payah beratur nak mengundi tetapi bila menang... wakil kita main tarik tali.... berapa boleh masukkkkk.... atau apa aku dapat....SPRM dulu bukan main garang nak siasat katak perak tu bila lompat ke PKR tetapi kenapa diam bila sebaliknya. Aku syorkan selain daripada 4 ekor katak (katak tak marah ke ...aku panggil mereka ni katak... sebab menamakan katak dengan haiwan yang lebih teruk dari haiwan)semua pegawai SPR dan SPRM disiasat kot berlaku rasuah...

Eloklah Sultan Perak perkenankan permintaan Nizar bubar Dewan Undangan Negeri..... sebab.... banyaklah peruntukan akan turun ke Perak nanti.... baru bertambah-tambahlah membangunnya.... Minyak bila nak turun ni?..... setiap liter aku isi.... berapa aku bayar kat kerajaan ya?.... Tak baik tau kerajaan berniaga dengan rakyat!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Tokoh 'Pelakon Terbaik 2009' tentunya dimenangi oleh Dato Nasharuddin.Teman hanya dapat katakan dia memang'munafik'. Lakonannya memang high class. Steven Spielberg produser Hollywood pun teruja tengok lakonan mantap Nasharuddin. Kalau dah dasar munafik tu, memang tong tahi juga kesukaannya. Memang seronok dapat wang berjuta-juta. SPRM pun tak berniat nak siasat sebab dah jadi kroni BN. Tapi ingat sumpahan orang-orang yang mengundi kamu kerana mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat. Ada kerajaan yang telus dan amanah, parti yang dipenuhi rasuah juga dipilih oleh Nasharuddin, Jamaluddin, Osman dan Yee. Apa nak buat katak 4 ekor tu lebih minat nak duduk dalam tong tahi yang busuk. Harap katak berempat tu kekal dalam kroni tong tahi. Kepada Pakatan Rakyat, tak perlulah diambil pengkhianat yang mementingkan wang ringgit dan kemewahan daripada membela nasib rakyat. Shohh katak!!Shhohh!!

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG