Kali ini dia mengamuk minta Anwar berundur sebagai Ketua De Facto PR. Apa yang menyebabkan Karpal marah? Karpal dikatakan marah kerana merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Dalam kenyataannya itu, beliau bukan hanya menyalahkan Anwar malah turut kecewa dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) yang tidak menyokong tindakannya itu.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussen Ali yang tidak senang dengan tindakan Karpal itu bertanya, "Bila melihat kenyataan dan telatah beliau (Karpal) sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat... untuk apa dan untuk kepentingan siapa?"
Semasa isu hudud menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu dahulu juga Karpal mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain. Ketika Anwar dan kepimpinan PAS dengan tegas mengeluarkan kenyataan menyokong hudud, manakala beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sangat lunak mengenai hudud, Karpal dengan tegas menolak hudud. Karpal dalam hal ini bercakap senada dengan beberapa pemimpin-pemimpin BN yang menolak hudud.
Tapi soalan Syed Hussein belum berjawab: untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa? Jelas ia bukan untuk kepentingan PR, kerana suara Karpal sering tidak senada dengan PR.
Dalam isu hudud suara Karpal senada dengan BN. Dalam isu yang dikatakan menghina Sultan itu, suara Karpal senada dengan siapa? Siapa lagi yang pernah menghina Sultan? Dr Mahathir dan kepimpinan BN dalam krisis perlembagaan dahulu banyak mengeluarkan kenyataan menghinaSultan. Selepas PRU ke-13 dahulu 2 bekas MB dari BN iaitu Idris Jusoh dan Shahidan Kassim melakukan beberapa tindakan yang dilihat sebagai menghina Sultan. Hari ini Karpal pula menuruti pemimpin-pemimpin BN itu yang dituduh menghina Sultan.
Jadi bila Syed Hussein bertanya untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa, jawapannya seperti sudah nampak jelas berdasarkan suaranya yang banyak senada dengan pemimpin-pemimpin BN itu.
http://pendikargunung.blogspot.com
No comments:
Post a Comment