11 February 2009

Lengkaplah Sebuah Kerajaan Haram

Empat yang baru dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak hari ini - Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam (atas kiri); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz (atas kanan); Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn (bawah kanan) yang berstatus exco dan ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco.

Exco Perak: MB umum portfolio,lantik tiga penasihat

[DIKEMAS KINI] IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan empat lantikan baru termasuk tiga penasihat kepada Menteri Besar berstatus exco dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN).

Tiga daripada mereka yang dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Besar adalah Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam; Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco tetapi diberi kemudahan exco.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya di pejabat Menteri Besar di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini.

Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (duduk) menunjukkan senarai nama porfolio anggota-anggota exco kerajaan negeri ketika mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. Turut kelihatan Naib Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn (kiri), exco kerajaan negeri Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Naib Presiden MIC Datuk S.Veerasingam (empat, kanan), exco kerajaan negeri, Mohamad Zahir Abdul Khalid (tiga, kanan), Dr Mah Hang Soon (dua, kanan) dan Zainol Fadzi Paharudin (kanan). Pada sidang akhbar itu juga Zambry mengumumkan pelantikan tiga penasihat Menteri Besar dan seorang Ketua Penerangan Kerajaan Negeri di mana kesemua mereka bukan bertaraf exco tetapi diberi kemudahan exco. --fotoBERNAMA

Zambry turut mengumumkan portfolio bagi anggota-anggota exco kerajaan negeri pimpinannya.

Dalam senarai itu, Zambry menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Hasil Bumi, Pertanian, Perumahan dan Agama.

Hamidah Osman dilantik exco kanan dengan mempengerusikan Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Datuk Ramly Zahari selaku Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air; Dr Mah Hang Soon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Datuk Saarani Mohamad dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan; Mohd Zahir Abdul Khalid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, dan Zainol Fadzi Paharuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Zambry turut melantik Najmuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Chang Ko Youn selaku Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina, dan Datuk S. Veerasingam sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum India.

Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru Jumaat lepas selepas BN membentuk kerajaan negeri ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat berpunca daripada tindakan empat anggotanya keluar parti masingmasing untuk menyokong BN.

http://www1.mstar.com.my

2 comments:

UDE KENANG said...

If Ustaz Najimudin is Penasihat Agama, Mufti tu buat ape ? Bukankah die juga bertaraf exco ?
Nak buat tukun ke ?

Anonymous said...

Teman kesian dengan mufti Perak. Taraf exco, tetapi standard berfikir taraf kangkung saja. Bagaimana seorang mufti boleh menyokong kerajaan haram yang tidak mengikut perlembagan tubuh negeri Perak? Umno memang sudah buta mata, buta hati, celik rasuah dan pakar pemecah belah masyarakat juga parti perkauman. Semua pemimpin umno lebih membela perut dan tembolok serta suku sakat saja. Teman kesian dengan orang Melayu umno, mudah sangat diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin umno. Cuba cari pemimpin umno yang hidup sederhana, amanah, jujur dan taat pada perintah ALLAH? Jawapannya hampas! Hasil rasuah sudah jadi darah daging hampir semua pemimpin umno. Memang susah hendak terima kebenaran, apalagi nak membela nasib rakyat!

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG