Ada Tokoh Politik Temui Syeikh Mahmud Dua Hari Sebelum Abdullah - Anwar Berjumpa!ADA tanda-tanda menunjukkan pertemuan tidak disengajakan antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Anwar Ibrahim di madrasah Nurul Iman tengah hari kelmarin diaturkan oleh orang tertentu.
Walaupun kedua pihak Abdullah dan Anwar menafikan bahawa pertemuan itu tidak ada apa-apa agenda, yang jelasnya insiden dianggap manis itu diatur terlebih dahulu.
Dipercayai seorang ahli politik menjadi orang tengah atau pun mencetuskan idea supaya mereka bertemu di situ dengan Syeikh Mahmud yang dianggap dan diterima sebagai tok guru oleh kedua pemimpin itu. Mungkin apa yang dihajati keduanya bukan berbincang tetapi sekadar mendengar apa yang diperkatakan Syeikh Mahmud.
Dua hari sebelum Abdullah dan Anwar berjabat salam selepas solat Zohor semalam ahli politik berkenaan dikatakan ada mengunjungi Syeikh Mahmud. Tokoh itu menemui Syeikh Mahmud dalam keadaan berpakian ala-ala sufi iaini dengan memakai kupiah, bukan songkok seperti lazimnya.
Gambar tokoh berkenaan dengan Syeikh Mahmud juga ada dan turut dimuatkan dalam blog atau internet. (Saya tidak akan menyiarkan dulu sebelum disahkan).
Selalunya tokoh ini mengenakan songkok dan jarang sekali mengenakan kupiah kecuali semasa beliau mengerjakan umrah kira-kira 10 tahun lalu.
Walaupun kehadiran tokoh berkenaan yang dikenali sebagai peminat kepada kedua negarawan itu mungkin sebagai kunjungan murid terhadap guru adalah dipercayai tokoh berkenaan memberi ilham agar kedua negarawan itu berjumpa dengan dengan Syeikh Mahmud secara serentak agar boleh mendengar nasihat daripada tuan guru berkenaan.
Tanda-tanda terbaru ini menolak sama sekali pertemuan mahabbah Abdullah - Anwar itu berlaku secara semulajadi melainkan ada motif politik di sebaliknya.
Abdullah semasa berada di Kota Kinabalu semalam menafikan sambil menjelaskan pertemuan itu tidak disengajakan bagaimana pun mengakui beliau dan Anwar hanya mendengar saja apa yang dittuturkan oleh Syeikh Mahmud.
"Dia (Syeikh Mahmud) yang cakap dan sebagai tok guru kita denganrlah," jelas Abdullah.
Apabila diasak apakah ada apa-apa perundingan dan perbincangan politik pada pertemuan itu, dengan wajah berseri dan tersenyum beliau menjelaskan tidak ada apa-apa dan meminta agar jangan membuat apa-apa spekulasi.
"Tak ada apa-apa dan janganlah buat spekulasi," begitulah kata Abdullah sambil ketawa.
Sementara itu di luar orang ramai yang teruja dengan pertemuan itu mengharapkan ianya menghasilkan sesutau yang baik demi masa depan negara. Seorang penjenguk blog ini melahirkan rasa gembira atas apa yang berlaku dan dia mendoakan semoga pertemuan itu akan membawa kepada kedua pemimpin berasa dari Pulau Pinang menjalini semula persahabatan mereka.
http://msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment