09 March 2009

Akurlah kehendak rakyat, Bubarkan DUN !!

Jangan sampai Nizar dihalau Sultan esok !

Ikut faham pencacai, 'sembah derhaka' Nizar sebulan lalu sudah difatwakan ia sebagai 'penderhaka' durjana. Itu ikut kamus Umno ! Bukan dari kamus bahasa melayu. Sememangnya kamus yang di guna seringkali 'tersongsang' dari makna sebenar. Itu sudah budaya biasa oleh Umno. Rakyat amat faham situasi yang macam itu. Baik dari akar umbi hinggalah kepada Media buta tuli, sama saja.

Dan esok, selasa, sebagaimana seluruh rakyat Perak telah maklum bahawa, Nizar akan kembali semula ke istana untuk mempersembahkan sekali lagi 'sembah derhaka' beliau bagi memaklumkan serta membawa 'mandat' 3 Mac lalu dari rakyat untuk dihidangkan ke pengetahuan Tuanku Sultan.

Bagi wak, Tuanku pun pasti sudah tahu, tak kan SB-SB sultan makan gaji buta ! akan hasrat Nizar menyembah 'derhaka' kali ini. Lagipun tak kan Tuanku Sultan buta mata melihat bagaimana ribuan rakyat bangun seantero tanah negeri, memprotes lantikan 'memanda' Negeri yang baru, walaupun rakyat telah maklum bahawa Sultan telah menerima nasihat yang salah daripada timbalan memanda negara yang nyata sibuk mencampuri urusan negeri, yang kaya timah satu masa dulu.

Inilah 'sembah derhaka' dari rakyat untuk Tuanku !


Ampun tuanku sembah patik harapkan diampun.

Andaikata melalui PRU baru UMNO menang, maka kami rakyat yang tidak menyokong UMNO akan menerima dengan fikiran dan hati yang terbuka akan sesiapa sahaja pembesar negeri daripada kalangan UMNO yang diwatikahkan. Pembesar dan rakyat negeri tuanku akan kembali tenang dan damai untuk merangka dan melaksanakan kembali segala program ekonomi dan sosial di negeri ini. Kami rakyat yang bukan pengundi UMNO akan sabar menunggu PRU baru lima tahun lagi. Kami sentiasa mendoakan ke hadrat Illahi agar tuanku dan kerabat, pembesar negeri dan rakyat termasuk patik dilimpahi dengan rahmatNya.

Tetapi andaikata keputusan PRU nanti sama seperti sebelum ini, tuanku boleh menetapkan syarat kepada bakal pembesar negeri daripada kalangan PR ketika tuanku memperkenankan pembubaran DUN nanti. Mungkin patik boleh mencadangkan begini. Memanda menteri besar mesti Melayu daripada PAS atau PKR. Exco bukan Melayu mestilah tidak melebihi lima orang atau separuh daripada jumlah exco. Exco DAP tiga orang termasuk exco Melayu jika ada. Exco PAS juga tiga. Manakala Exco PKR pula empat iaitu dua Melayu, satu Cina dan satu India. Ringkasnya jumlah exco Melayu daripada PAS dan PKR mesti sekurang-kurangnya lima orang. Ini bermakna pentadbiran negeri akan dikuasai oleh Melayu. Ini juga bermakna tidak ada lagi gelaran memanda boneka oleh UMNO.

Tuanku, janganlah pula tuanku mencadangkan penggabungan UMNO dengan PAS. Cadangan sebegini hanya akan menambahkan lagi kemelut politik di negeri tuanku. Ini kerana buat ketika ini rakyat tuanku terbahagi kepada dua, sama ada menyokong BN atau PR. Biarlah kami rakyat yang menentukan corak politik yang kami kehendaki.

Ampun tuanku sembah patik mohon diampun.

Di hati kecil patik, patik memohon kepada tuanku mengeluarkan titah untuk mendakwa memanda dan pembesar-pembesar PR sekiranya mereka telah melanggar perlembagaan atau undang-undang negeri di sepanjang 10 bulan mereka memegang jawatan di negeri ini. Nyatakan secara jelas tentang perlembagaan atau undang-undang mana yang mereka telah langgari. Kami rakyat akan bersama tuanku menghukum mereka sekiranya kesalahan mereka dapat dibuktikan.

Tuanku, patik juga mohon titah perintah tuanku terhadap timbalan memanda negara yang telah memberi nasihat yang salah kepada tuanku sehingga Dewan Negeri tuanku bersidang di bawah pokok. Malunya patik kepada dunia sebagai rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. Jikalau patik rakyat kecil inipun terasa bahang aibnya, tuanku mesti lebih lagi terasa hinanya. Hina dan aib negeri ini angkara timbalan memanda negara.

Ampun tuanku sembah patik yang tidak beradab ini mohon diampun.

Patik mohon kepada tuanku, perkenankanlah permohonan membubarkan DUN oleh Memanda DS Nizar pada hari Selasa ini. Jadikanlah kesilapan rakyat atau tuanku sebulan yang lalu sebagai satu iktibar untuk kami rakyat tuanku menyanjung kembali institusi istana. Kami rakyat mahu terus setia bernaung di bawah payung tuanku.

Ampunkan patik tuanku.

Daulat tuanku.

mamamat

Bergasak dengan Polis dan FRU pun sudah ! Bertumbuk, dibelasah pun sudah ! malah di'peace'kan oleh pencacai Umno pun sudah..! Diejek diketawa oleh si zombie pun sudah..difitnah oleh Media siang malam,pagi dan petang pun sudahh..! Kini kuasa rakyat sudah ada di tangan Nizar. Mandat rakyat juga telah diperolehi. Jangan ada yang akan kancing gigi selepas ini.

Hasrat rakyat amat besar, malah jika diukur besarnya harapan rakyat kepada Tuanku, tidak terbanding dengan apa yang ada di bumi Perak ini sebenarnya. Hasrat meminta Tuanku BUBARKAN DUN, kita laksanakan Pilihanraya. Biarkan rakyat Tuanku bergasak secara 'anak jantan', biarkan semangat Si Pitung dan Maharajalela itu di usung ke dalam Pilihanraya itu kelak.

Tentang Umno, Zombie atau Najib, usahlah Tuanku khuatirkan, biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Berikan semula kuasa rakyat Tuanku untuk menentukan semula kerajaan. Kerajaan yang sah. Bukan secara kudeta., cara orang bacul merampas kuasa !

Buat bloggers Umno, silalah baca...sila skrol ke bawah.

United Melayu mudah lupa
lupa janji, lupa sumpah, lupa dosa
lupa derhaka pada Raja

United Melayu mudah lupa
1994 ampunya cerita, mereka rompak, mereka robek
mereka londeh, mereka kecam
mereka hina institusi Raja
hilang segala, Raja tidak bermaya

apakah United Melayu sudah lupa???
siapa punya angkara? Siapa derhaka?

United Melayu lupa lagi
MAC 2008 punya tragedi
waktu nak melantik MB di 2 negeri
di Terengganu dan Perlis mereka berdemonstarasi
Sultan dan Raja di hina lagi
disamakan binatang pada Tengku dan Permaisuri
United Melayu tak sedar diri
hipokrit, double standard, kroni
korupsi dan nepotasi

United Melayu mudah lupa
kekalahan di Perak mereka tak jangka
cuba nak rampas sedaya upaya
cara halal tak boleh, cara haram di buat juga
pasang perangkap, nak beli nak khianat
ADUN kita, yang cerdik tak ada
yang bahlol pun tak apa
janji, kononnya majoroti kita ada
kita boleh berkuasa
inilah sebenarnya warna united melayu yang mudah lupa

Osman Jailu, Jamalluddin kata
NIZAR tak bela bangsa
nada serupa tak ada beza
macam united melayu yang mudah lupa
tapi, Jamalluddin kena ingat
dia EXCO apa yang dia buat
dalam mesyuarat hanya menguap, tanpa bicara
tapi di hati ada yang tersirat

inikah melayu nak jadi pembela
bertindak membabi buta, kalau buta babi tak apa
ada otak akal tiada, ketuanan melayu mulai di jaja
kononya merekalah pejuang bangsa

tapi united melayu mudah lupa
ladang jambu di Bidor, kepada siapa dia bagi
konon-konon nak jaga hati, tanah di Setiawan
ribuan ekar ke mana pergi ?
sampai sekarang belum diganti

tapak kilang simen di Padang Rengas
rizab melayu punya, sekarang bagaimana statusnya
kita nak tanya???
kita nak tanya???
united melayu yang mudah lupa
masalah tanah di Kerian bagaimana???
melayu usaha, tup... tup...geran nama cina dan india
melayu miskin usaha, dapat kepada yang kaya
beratus-ratus kes, masalahnya sama
tanya DO???
tak ada jawapanya, kononnya dia ditukar ke mari
nak selesaikan masalah ini sendiri
tapi sekarang apa dah jadi???
sampai ada kawan yang di tembak mati
inikah yang di katakan pembela
united melayu mudah lupa
sebenarnya merekalah petualang bangsa
tak bermaruah, tak ada harga diri
kesalahan orang pula dicari

united melayu rakus
hati macam tikus
sedarlah united melayu
akan pupus, berselindung disebalik Raja
kata mereka kata Raja
kata kita kata derhaka
united melayu bagaikan pendita
menghapus dosa, siapa yang menyokongnya
inilah warna united melayu
yang sentiasa lupa !

Hoi ! bangun lahh..!!


Sekalian hamba rakyat, mohon agar esok, jangan pula Nizar dihalau derhaka oleh Tuanku, kerana membawa mandat rakyat kepada Tuanku, andai beliau dihalau, atau mandat rakyat yang di bawa, di campakkan ke birai pintu bersama titah Tuanku, nyahlah kau dari istanaku ! wak bimbang, krisis kerajaan Tuanku tidak akan ada hujung dan sudahnya.

Akurlah kehendak rakyat, Bubarkan DUN ! Dengan keberanian Tuanku itu pastinya akan dijunjung dihormat oleh sekelian hamba rakyat !
Daulat Tuanku !!

http://politikbanjar.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Semoga tuanku Sultan Azlan sentiasa muhasabah diri. Patik bimbang institusi istana akan jadi seperti di negara Nepal. Jika tuanku terus-terusan begini, mengutamakan anak dan pembodek lebih daripada kepentingan rakyat, maka seluruh institusi istana telah menghampiri peristiwa seperti di Nepal. Ingat! Raja pun akanmasuk kubur. Raja pun hamba ALLAH. Sudah tentu raja juga akan disoal dalam kubur akan amanah yang dipikul. Apalagi raja yang menaungi rakyat seorang bekas hakim. Lagilah pulak berat soalan kuburnya nanti.
Sudahlah tuanku, bubarkan saja DUN. Tuanku akan terus dsanjung dan dihormati oleh rakyat Perak. Jika sebaliknya, hinalah institusi raja yang lebih membela parti rasuah tegar yang bergelumang dengan najis daripada membela rakyat negeri Perak yang cintakan keadilan.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG