11 March 2009

Siapa Tuan Guru Syeikh Mahmud Madrasah Nurul Iman?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Rupa-rupanya dalam masa aku 'rehat' dua hari, ada isu baru pulak timbui. Isu 'rundingan' Anwar dengan PakLah. Tapi bila aku tengok gambar (kat sebelah) tu aku rasa aku biasa tengok gambar 'Tuan Syeikh' tu. Aku tak ingat bila tapi lama dah, beberapa tahun dulu.

Bila aku baca kat sini, sini, sini, sini dan sini aku rasa memang Tuan Syeikh ni la yang satu masa dulu ada kontroversi, aku tak ingat takat mana 'panas' kontroversi tu tapi aku ingat sangat pasai ada member kampung aku yang memang joint Madrasah Nurul Iman tu.

Aku pernah tanya sorang member yang asai dari Baling, pasai Batu 5, Sik, Kedah tu kira dekat la dengan kampung dia, aku tak ingat apa jawapan dia tapi yang aku ingat member tu mengesahkan yang depa tu memang geng Tariqat dan memang ada 'kes'. Bila aku tanya PakCik Google, dia suruh aku baca kat sini, antara yang tertulis kat situ
"Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd. Rahman, didapati menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd. Rahman di mana jua berada, hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH subhanahu wata'ala". Demikian Warta Kerajaan Negeri Selangor yang dibuat pada 25 Oktober 1995 memfatwakan ajaran tersebut.

Aku ingat lagi member aku tu tak pi makan morey kat surau masa bulan puasa pasai dia tengah 'bersuluk', tak boleh makan yang 'berdarah' walaupun dia pi masa pagi untuk tolong gotong-royong masak. Aku pun ingat aku pernah tengok clip zikir depa tapi aku tak ingat kat mana, tapi aku rasa macam aku tengok kat TV masa berita,tapi mungkin jugak kat internet.

Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan makan makanan yang berdarah, hanya minum seteguk air sahaja apabila dahaga. Semasa upacara berzikir, suara diangkat dan diselang-selikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib. Kemuncak ratib ialah pengikut akan melompat tidak sedarkan diri. Beberapa perlakuan aneh berlaku. Ada yang menari, ada yang tertonggeng, terselak kain dan ada yang menangis. Mengikut Mahmud, itu menunjukkan pengikutnya banyak dosa. Para pengikut pula menyatakan, ketika itu mereka sampai ke kemuncak kelazatan.



Aku taktau la betui ka dak, harap-harap tak betui laa. Tolong, sapa-sapa yang ada autoriti, tolong check tengok dan buat pembetulan kalau apa yang aku tulis ni tak betui.

Kalau betui apa yang aku tulis ni, taktau laa, cumanya aku harap sangat 'pertemuan sempena sambutan Maulidul Rasul' ni bukan sebahagian dari usaha-usaha kearah 'Kerajaan Perpaduan'

Kalau betui, nampaknya aku merasa jadi 'orang kerajaan' takat 10 bulan tu ja la kut. taktau bila pulak nak mai lagi peluang jadi 'orang kerajaan' pasai macam aku tulis sebelum ni, aku nak jadi pembangkang kepada 'Kerajaan Perpaduan' tu.





http://cenangau.blogspot.com

11 comments:

Ustaz Sufi said...

Assalamualaikum, isu hangat terkini tentang siapa syiekh Mahmud. Saya rasa kita patuta ziarah syeikh ini untuk dapatkan penjelasan dari beliau. Saya kenal syeikh ini, beliau selalu menangis dan bukan orang sombong. Kunjungan kita akan dilayan walaupun beliau kurang sihat. Tapi kalau sangat tak sihat, kita perlu doakan beliau sihat.

Anonymous said...

warta dan fatwa dari manusia..
hanya tuhan saja yang tahu.

Kalau orang kata sesat, tp Tuhan kata tidak, kita tak tahu. Oleh itu berawaslah setiap kata-kata.

Abu Sa’id Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah (mengingati Allah), sehingga orang –orang mengatakan bahwa kamu telah gila (sesat).” (HR Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Anonymous said...

Sufi tarekat memang ajaran sesat .. tidak di dalam petunjuk tatacara ibadah Rasulullah.. ia bersifat Ghuluw (berlebih-lebihan). Dia belajar ibadat dari mimpi tok syeikhnya. Zikir menari2 terlonjak2 macam orang gila.. keterlaluan (adakah Nabi mengajar zikir seperti itu???)

Satu lagi kesyirikan orang sufi.. dia bertawasul dengan orang mati (guru & syeikhnya). Dia akan gambarkan gurunya semasa memohon sesuatu... Mintalah direct dari ALLAH.. Tak pernah dinukil dari sahabat, tabiut dan tabiin mereka bertawasul dengan Nabi setelah Nabi wafat.. (SIAPA LAH SYIKH AL-SUFI ITU BERBANDING RASULULLAH).. kalau perkara itu baik.. gerenti para sahabat dah buat dulu... FIKIRKAN LAH...

HANYA ORANG YANG RASIONAL SAHAJA YANG BOLEH BERFIKIRAN WARAS..

ORANG SUFI TIDAK WARAS...

Imam Syafie kata: " Siapa masuk sufi dia orang zindik"

kata Imam Syafie lagi: " Siapa masuk sufi pagi tak sampai ke petang dia dah jadi gila"

Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada semua.

Rujuklah majlis fatwa kebangsaan.. sufi ni dah diharamkan dan difatwakan sesat.. suruh bertaubat..

halim ariffin said...

assalamualaikum..ana insan yang doif ja.tp apa ya ana thu.sama mcm apa y shbt kita ckp d atas.x elok kita menilai seseorg sest, hnya Allah y ,Maha Mengetahui. berkenaan tarikat, apa yang ana pernah dgr, smpai pd stu thp, mrk akn mnri n sbgainya, sbnrnyer mrka tlh mncpai suatu thp d mna mereka shja y thu..wallahu a'lam

Anonymous said...

Asslamualaikum....
kadang-kadang apa yang kita dengar itu tidak semetinya betul. jadi kalau nak tahu kebenaran baik selidik dahulu.saya salah seorang jemaah tersebut, saya dengan tegas menyatakan setakat ni apa yang diamalkan tidak menyeleweng dari islam.biasa la manusia suka membesarkan cerita, tambahn cerita untuk memburukan org..

jika difikirkan secara logik...kalau ia sesat, sudah pasti kerajaan ambil tindakan pembersihan gologan ni, tetapi sehinga hari ini, tidak ada tindakan yang dikenakan...
nasihat sy, kaji dahulu, pergi lihat sendiri,baru tahu kebenarannyer
ALLAH UL AKHABRA

Anonymous said...

maaf slah eja..ALLAH UL AKHBAR

zaruk said...

kepada sesiapa yang mengatakan ajaran TUAN GURU SYEIKH MAHMUD sesat akan kena penglaknatan dari ALLLAH S.W.T.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!......................................

albahanji said...

assalmualaikum..buat saudara yang mengambil kata2 imam syafie rahimahullah, ketahuilah bahawasanya ilmumu itu merupakan ilmu y tidak lengkap dan dicedok dari pelusuk alam y tidak bersanad sumbernya. adapum kalam y kamu ambil dr mulut imam syafie itu gagal untuk kamu fahami dengan sebetulnya. iya, mmg benar kata-kata imam syafie itu. ttp siapakah sufi y dimaksudkan imam syafia itu? y dimaksudkan imam syafie itu adalah org sufi y padanya tiada ilmu fiqh. tidakkah engkau mengerti bahwa org y ad pdnya fiqh itu fasik jika dia tidak sufi?inilah kalam imam malik, GURU IMAM SYAFIE. moga Allah memberikan hidayah padamu wahai saudaraku y mulia. aku mengerti engkaulah org y mulia dan bakal penghuni syurga,tp jgnlah engkau mengkafirkan hamba-hambaNya. Allahu 'alam.

Anonymous said...

Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya tentang tarekat beliau memetik kata TG Nik Abdul Aziz..kata TG, tarekat di awalnya baik di tengahnya kabur, dihujungnya sesat.

Anonymous said...

salam...ini lah keadaan umat akhr zaman apabla yg benar dikatakn salah dan yg salah dkatakn benar...rujuk la smula pada alquran dan hadis sblm menilai seseorg hatta dia hnya pengemis di tepi jaln...jgnlah menilai bdasarkn ilmu kamu yg cetek lg jahil itu kerna sesungghnya xlayak tempatnya bg kamu menilai pejuang agama ALLAH dakhir zaman ni...maaf jika tkasar tetapi yg haq tetap haq dn yg batil tetp batil wahai manusia2 yg jahil, daif lg bnyk bdosa ini....salam

Anonymous said...

assalamualaikum..

wahai manusia yg mengaku xsesat..saudara ni selawat pon xamal ,solat pon xkhusyuk da byk bunyi mengata syeikhuna sesat...

kalo anta pandai sgt ilmu sampai ke langit..sila beri ape benda yg hangpa kata xsesat???

byk buih pulak hang ni...sunnah pon susah nak ikut...nak ckp syeikhuna sesat pulok...sendiri tanye tuhan la...kalu berani

wslm...

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG