Rafidah mahu mandat kekal kerusi, bukan Penasihat Wanita
KOTA BAHARU: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menolak cadangan untuk dilantik sebagai penasihat pergerakan itu kerana berpendapat fungsi jawatan itu tidak memberi kesan yang kuat kepada pergerakan itu dan parti.
Sebaliknya beliau mahu diberikan peluang oleh perwakilan untuk terus menerajui Wanita Umno atau lebih baik beliau tidak diberikan langsung sebarang jawatan.
Beliau berkata, hasratnya adalah untuk menjadikan pergerakan Wanita Umno yang berkesan dalam memperjuangkan misi dan visi pergerakan wanita seiring dengan pembangunan negara.
"Kalau saya nak jadi penasihat mesti dari dalam bukan dari pinggir sahaja, (kalau dari pinggir) tidak perlulah," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dan ramah mesra antara calon-calon Wanita Umno dengan perwakilan Wanita Umno Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang turut hadir pada majlis yang sama, memberikan peluang dan tempat kepada Rafidah sekiranya beliau menang pada pemilihan parti dalam Perhimpunan Agung Umno 24-28 Mac ini.
Shahrizat yang menentang Rafidah bagi jawatan ketua pergerakan itu, berkata beliau sedia memberi peluang dan melantik Rafidah untuk memegang jawatan yang penting dalam Wanita Umno sekiranya beliau menang.
Beliau berkata, jasa dan pengorbanan Rafidah sebagai pemimpin wanita adalah besar dan perlu diberi keutamaan dalam membantu merealisasikan misi dan visi wanita yang belum tercapai.
"Kita tidak akan lupa jasa dan pengorbanan pemimpin wanita yang banyak berjasa kepada parti," katanya.
Shahrizat juga berkata, kaum wanita perlu berani membuat perubahan bagi menentukan masa depan mereka lebih baikhttp://www.bernama.com
1 comment:
Elok duduk dirumah aje jaga cucu dan selalulah ke masjid bertaubat segala dosa-dosa yang lalu sebelum nyanyok, dab banyak an baca quran dan cuba-cuba tutup aurat tu
Post a Comment