09 March 2009

Satu-satunya anak yatim yang tidak layak untuk dihormati... Buta undang-undang!

Eksklusif: Ungkapan Beri Betis Nak Peha Kepada Pakatan Rakyat Perak, Serlahkan Kedangkalan Si Rais Anak Yatim Berbicara Soal Undang-Undang !

Ungkapan "beri betis nak peha" yang disuarakan oleh Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO iaitu Rais Anak Yatim kepada Pakatan Rakyat Perak semalam, jelas sekali membuktikan bahawa beliau adalah seorang lagi pemimpin Melayu UMNO yang sudah "tidak waras" bila berkata-kata. Sememangnya Rais adalah satu-satunya anak yatim yang tidak layak untuk dihormati sebenarnya. Beliau bercakap hanya untuk "mengampu" dan "membodek" Najib Razak yang kononnya bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi.

Inilah dia budaya puak-puak UMNO karat sejak dulu, kini dan selemanya. Rasuah, bodek dan ampu adalah "darah daging" mereka dan terlalu sukar untuk dibenteras melainkan mereka kehilangan kuasa peringkat pusat suatu hari nanti. Hanya rakyat yang bisa untuk melunturkan segala keegoaan puak-puak ini sebenarnya. Rais bercakap seperti orang yang langsung tidak belajar ilmu undang-undang dan perlembagaan. Kononnya beliau berpendapat tindakan Menteri Besar Perak, Ir.Nizar Jamaluddin menyaman Kerajaan Negeri BN sekarang adalah sesuatu yang amat memalukan. Kononya MB Zambry telah dilantik secara sah oleh Sultan berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri itu. Walhal beliau lupa seluruh rakyat Perak tahu bahawa Sultan tiada hak untuk memecat Menteri Besar sebenarnya.

Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyatakan bahawa Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan menerusi tiga cara iaitu meletak jawatan, pembubaran DUN atau undi tidak percaya yang dilakukan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Maka sekarang, ketiga-tiga elemen itu tidak berlaku sebenarnya. Ini bermakna Ir.Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah serta termaktub dalam undang-undang.

Tidak timbul sebenarnya soal mengingkari titah Sultan Perak dalam hal ini. Maka itu, kenapa manusia sebijak Rais Anak Yatim ini sanggup melemparkan tuduhan seperti itu, diketika kemelut politik Perak semakin parah kini. Beliau sepatutnya sedar akan apa yang disuarakannya itu didengari oleh seluruh rakyat. Bahkan semakin beliau bersuara soal undang-undang, maka semakin rakyat melihat kedangkalan serta kecetekan ilmu undang-undang dan perlembagaan yang dimilikinya itu.

Justeru itulah, lebih elok Rais Anak Yatim berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung soal ini. Usahlahlah "membuka pekung di dada" ketika rakyat melihat beliau sebenarnya antara pemimpin UMNO yang boleh diharapkan untuk menjadi Pakar Rujuk Hal Ehwal Undang-Undang dan Perlembagaan kepada seluruh Rakyat Malaysia.


Rais satu-satunya "Anak Yatim" yang sanggup menyembah Pak Lah

[Melihat foto Rais Anak Yatim ketika menyembah dan mencium tangan Pak Lah itu, ternyata bahawa beliau memang antara pengampu dan pembodek dalam UMNO yang masih aktif. Maka itu, kita tidak hairanlah Rais mengiyakan "rampasan kuasa" yang dilakukan oleh Najib dan UMNO Perak terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat di sana dulu.

Rais seolah-olah buta mata dan hati untuk menilai segala apa yang berlaku di negeri itu. Sedangkan beliau sendiri tahu bagaimana rentetan proses rampasan kuasa yang berlaku di Perak itu. Jika rakyat yang tidak sebijak Rais Anak Yatim boleh menilai perjananan insiden ini dengan
"kepala otak" mereka, masakan "Anak Yatim" sebijak Rais ternyata gagal sebenarnya untuk berfikir secara lebih profesional dalam hal undang-undang ini.

http://pahangdaily.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

Rais anak yatim ni PhD undang-undang. Tapi melihat kecetekan hujah yang dia ucapkan dalam media meloya, kita boleh agak PhDnya mungkin diplagiat daripada hasil penyelidikan orang lain. Ini tidak mustahil kerana telah berlaku di mana-mana universiti Malaysia.
Inilah akibatnya bila memberi ulasan tidak bersandarkan fakta tertulis yang telah diwartakan maka ulasan membodek, mengampu dan menjilat menjadi keutamaan. Hei!!! Rais, cuba kau tengok cermin, lihat muka kau. Ingat umur kau yang dah menjangkau hampir 70 tahun. Apakah perjuangan kau selama ini tak habis-habis nak mengenyangkan perut dan kemewahan saja tanpa memikirkan nasib agama dan bangsa?
Cis! Dasar pembodek dan penyamun, memang susah hendak terima hakikat kebenaran. Begitulah parahnya apabila hasil rasuah sudah menjadi darah daging. Semua yang kerja busuk dan jahat akan dikira benar dan betul.
Kesian..anak Yatim! Ingat anak Yatim! Rumah kata pergi. Kubur kata mari,mari, mari!!!!

Anonymous said...

pulau batu putih terlepas ke singapura atas kebijaksanaan si rais ni la. boleh caya ke mamat ni ada Phd undang2. kot undang2 rimba kot

Anonymous said...

Memang benar Rais anak Yatim mempunyai PHD dalam undang undang. Tapi sayang seribu sekali sayang PHD yang ada digunakan untuk membodek atau untuk mencari undi simpati dalam pemilehan Umno yang akan datang.

Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan Rais perlu mengkaji balek Perlembagaan Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Menteri Besar boleh dilucutkan melalui tiga cara iaitu MB menawarkan diri untuk meletakan jawatan, usul undi tak percaya dalam sidang DUN dan membubarkan DUN. Tiada peruntukan Sultan boleh memecat Menteri Besar.

Jika mengikut perlembagaan MB Nizar Jamaluddin maseh sah menjadi Menteri Besar dan Pakatan Rakyat maseh menjadi pemerintah Negeri Perak.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG