12 March 2009

Deme ambik Perak, kita ambik Malaysia

Semalam DSAI makan tengahari dengan Pak Lah. Menurut citer DSAI ghiso Najib jadi PM. Pak Lah kata udah terlambat, tapi AP yang nyokong Pak Lah masih ramai. Lepaih itu kedua2nya pegi parlimen dengor Najib berkisah kisah 60 biliyon. DSAI kata tunggu esok baru dia komen. Panjang katanye. Frust reporter menunggu ulasan daripada DSAI. Reporter kat Ipohpun frust nunggu MB Nizar tak pegi mengadap.

Hari ini, DSAI komen berjela dalam parlimen. Tak disiornye menolong Najib pulihkan ekonomi Negara. Udah nak bangkrap baru nak mintak tolong. Masa ekonomi stabil, abih pepuak PR kena terajang. Ada yang duduk Kamunting tak keluor2, ada yang berimpun kene sembor ayor gatai, ada yang hilang kemudian muncui di bawah ketiak Najib, ada yang hilang kena c4, ada yang lagakan rakyat dengan istana, ada yang rampas negeri tak ikut law dan ada macam2 lagi. Bila udah tersepit, baru nak mintak tolong kat PR. Tak baik kita bermusuh, nanti rakyat yang menanggung sengsara. Lembut gigi dari lidah. Merah bibir dari gincu. Beria2 nak bagi ranting zaitun. Ranting jer, buahnya mana? Bior PR yang baling buah deghoyan ke muka Najib. Bior Najib cacat calor bute mata kena duri deghoyan.

Sebentar tadi PAS Kelantan beria2 ngajak UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan, kerajaan campuran. Ada yang setuju, ada yang idak sior wehh. Ummdinni kata masa bertandang di rumah MM, kalo iyepun nak berbini baru, cariler yang lebih berjenih sikit dari UMNO. Punyeler tak berkenan Ummi pada madunye. Teman pulak malam ini setuju bebenor akan kehendak PAS ini walaupun sebelum ini teman memang tak setuju. Sebelum ini kalo jadi juge, teman nak tutup blog ni. Tapi dengan klu yang udah ada, teman tak sabor2 nak kata setuju.

Semalam Pak Lah kata udah terlambat tapi Pak Lah juga kata ramai AP UMNO yang masih menyokong Pak Lah. Biorler Najib jadi Presiden UMNO. Jangan dihalang, jangan ditunda dan jangan difailkan di mahkamah. Bior Najib jadi Presiden. Cuba kome ingat baik2 apa yang teman udah tulih dulu .. teman tulih ORAHMAN di sini http://jantantuya.blogspot.com/2009/03/selamat-tinggal-orahman-selamat-datang_01.html O dan N tak sempat jadi PM.

PAS yang cadangkan kerajaan campuran. DSAI yang pegi berunding dengan Pak Lah. Ini bukan rampasan kuasa. Kalau rampasan kuasa, Karpal tak mahu join. Ini kerajaan campuran. Pak Lah boleh terus jadi PM. Pak Lah akan disokong oleh 80 AP PR. Pak Lah akan disokong oleh 30 AP BN bukan UMNO. Pak Lah akan disokong lagi oleh AP UMNO yang Pak Lah kata ada AP UMNO yang menyokongnya. Maknanya Pak Lah akan dapat sekurang2nya 112 sokongan AP di parlimen. Takker pucat Najib. Lebih pucat lagi kalo Karpal jadi Menteri Kehakiman.

Teman tak bocor rahsia. Takde sape yang nak bercerita perihal yang sebenor pada teman. Teman cuma menulih daripada akai yang tuhan bagi. Alhamdulillah. Kalo jadi, jadiler. Kalo tak jadipun takper. Sekurang2nya malam ini teman boleh tido lena sebab dapat juga menulih sesuatu kat blog teman ni.

Satu lagi, kome masih ingatker lagi DSAI pernah kata, mungkin bulan Mac kita jadi kerajaan atau kita kena nunggu PRU 13 baru boleh jadi kerajaan. Deme ambik Perak, kita ambik Malaysia.

Cukupler untuk malam ini.

http://perakexpress.com


2 comments:

Anonymous said...

Tak usah nak berangan lah deme weh.

Kalau persepakatan antara PAS, PKR dan DAP masih terhuyunghayang, selepas berangan, mimpi2 di siang hari lah pula deme weh.

Deme masih tak faham yang di Perak tu tinggal 28 kerusi, maka tak ada majoriti lah namanya, deme weh.

zazliah said...

Tak payahlah dan cakap takbur dan merepek. Nak tadbir negeri Perak pun terhegih-hegih sampai hilang kuasa nak tadbir Negara pulak. Sekarang deme dah ambik Negeri Perak sekit lagi deme akan ambik Negri-Negri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pulak. Meke tengok saje le.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG