12 May 2009
Suhakam Turut Gesa DUN Perak Dibubar
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memperbaharui gesaannya supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata pengerusinya Tan Sri Abu Talib Osman.
Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, tambah beliau yang juga bekas Peguam Negara.
"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, insiden pada persidangan DUN Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," katanya.
"Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak, " kata beliau.
Bekas Calon UMNO Ditangkap Polis
Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ditahan polis pagi tadi bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada 13 April lalu.
Ugutan bunuh itu berbunyi: “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”
Polis mempunyai bukti bahawa beliau terbabit menghantar SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu kepada Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamil yang mengesahkan penangkapan tersebut.
Semalam, polis mendapatkan perintah waran tangkap kepadanya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberikan untuk memberi keterangan mengenai sms ugutan itu yang berakhir pada jam 3 petang semalam.
Pada malan 13 April lalu, Ramzi turut mengiringi Zakaria dan Abdul Halim membuat laporan polis berhubung sms ugutan bunuh itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Beliau yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sebagai calon BN bagi Parlimen Marang tewas kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 2,747 undi. -siasahdaily
11 May 2009
SMS ugutan: Polis keluarkan waran tangkap terhadap Ramzi
KUALA TERENGGANU: Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu,Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir hari ini.
Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Ramzi kerana beliau gagal untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.
Penanti: Aminah Dah Ambil Borang Pagi Ini
Aminah pertama ambil borang pencalonan DUN Penanti
GEORGETOWN: Calon Bebas, Aminah Abdullah, menjadi individu pertama mengambil borang pencalonan untuk bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.
Beliau ditemani suami, Mohd Rofi Osman, mengambil borang berkenaan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri pada jam 10 pagi tadi.
10 May 2009
Tahanan ISA Paling Lama... Bebaskan Suami Saya - Isteri
Isteri rayu bebas suami yang sudah 7 tahun di tahan ISA
Norlaila Othman, 45, yang mempunyai seorang anak remaja bersama Mat Sah berkata, tekanan hidup yang ditanggung sejak suaminya ditahan pada 2001 bukan sahaja menyebabkan beliau menderita malah terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi.
“Saya dan keluarga berulang-alik Kuala Lumpur ke Taiping dua kali sebulan kerana mahu melawat beliau di penjara dan terpaksa membayar belanja minyak dan tol selain berkorban masa dan tenaga untuk kesejahteraan beliau.
“Semasa ditahan, anak kami berumur lapan tahun dan dia tidak faham apa-apa. Kini dia sudah dewasa dan lebih memahami sebab bapanya dimasukkan ke penjara tetapi tekanan jelas terpancar pada wajahnya setiap kali nama ayahnya disebut,” kata Norlaila kepada Mingguan Malaysia.
Beliau ditemui semasa majlis soal jawab anjuran Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) bertajuk Debat : Halal atau Haram yang dikendalikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib di sini hari ini.
Mat Sah ditahan kerana dipercayai ahli Jemaah Islamiah yang dikatakan terlibat dalam aktiviti subversif terhadap kerajaan dan boleh menggugat keamanan serta keselamatan negara.
Mengulas lanjut, Norlaila berkata, sejak hari pertama suaminya ditahan, beliau tidak pernah putus asa menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri agar Mat Sah dibebaskan.
http://kedahlanie.blogspot.com
LYRIC
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
pelawat































