SEGERA TARIK BALIK UCAPAN BERKAITAN KERAJAAN PERPADUANISU Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya sudah lama didengari dalam Pas iaitu sebelum muktamar lagi. Walau bagaimanapun, isu ini tamat diperkatakan apabila Tuan Guru Presiden Pas di dalam kenyataannya berkata bahawa `Tiada lagi Kerajaan Perpaduan' bersama Umno sejurus Najib mengambil alih jawatan PM menggantikan Pak Lah. Alhamdulillah, isu tersebut dinoktahkan dan semua ahli Pas serta rakan-rakan di dalam PR bergembira dengan keputusan muktamad Tuan Guru Presiden tersebut. PR bersama Pas dilihat lebih bersemangat selepas itu sepertimana yang telah dapat dibuktikan di dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.
Entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba terpacul semula isu ini di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Mungkin, ada beberapa kerat pemimpin yang masih tergila-gila dengan usaha sama Pas dengan Umno ini yang kecewa teramat sangat apabila Tuan Guru Presiden menoktahkan isu tersebut sebelum ini. Maka, isu ini timbul semula di dalam keadaan `versi' yang agak berbeza serta diubahsuai agar kelihatan lebih `Islamik atau Syarie'. Pokoknya, perpaduan itu menyebut nama Umno iaitu satu nama yang teramat jelik di hati rakyat terutamanya di Perak. Muktamar mungkin tidak terasa bagaimana sukarnya Ir Nizar berhadapan dengan Umno di Perak di dalam keadaan wakil Pas di dewan paling kecil jumlahnya daripada wakil DAP dan PKR. Namun, Ir Nizar bersyukur keranadi Perak, PR telah membuktikan bahawa PR mampu senang dan susah bersama, bahkan sanggup mati demi maruah PR sendiri.
Saya suka membezakan sikap dan pengorbanan rakan-rakan di dalam PR di Perak dengan Selangor. Di Selangor, awal mula pertama mula PR menawan Selangor, sudah ada pemimpin yang otaknya tidak keruan kerana gagal mendapat majoriti kerusi partinya bagi membolehkan dilantik sebagai MB Selangor. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin ini sanggup berjumpa pemimpin Umno sehingga ke peringkat PM ketika itu bagi membincangkan `perpaduan' bersama Umno, kononnya. Tidak menjadi rahsia lagi, pertemuan yang saya anggap `keluar dari kelambu dan masuk kelambu' orang lain itu turut membincangkan sekiranya `perpaduan' bersama Umno di Selangor ini berjaya, pemimpin tertentu ini telah dicadangkan sebagai MB Selangor dan bukannya Tan Sri Khalid. Inilah pengkhianat yang kini masih berada di dalam parti dan lebih berbahaya lagi memegang jawatan penting, dan ironinya pemimpin ini `terselamat' dari sebarang tindakan disiplin parti.
Setelah mereka inigagal di dalam pengkhianatan pertama mereka, usaha terus dijalankan dan digunakan muktamar yang mulia ini sebagai pembawa `virus' mereka. Kini, virus tersebut mula melanda di dalam parti dan dilihat semakin parah. Pemimpin ini sedar bahawa majoriti perwakilan tidak menyokong serta bersubahat dengan usaha khianatnya, maka di`sejukkan' suasana dengan menyeru ahli-ahli dan rakan-rakan dalam PR agar `Lupakan sahaja Isu Kerajaan Perpaduan'. Begitu mudah lidah berbicara untuk menyelamatkan diri masing-masing. `Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.
Pada pandangan saya, tiada jalan lain yang dapat dilakukan oleh pimpinan kecuali secara tegas dan muktamad membatalkan segala ucapan berkaitan isu ini. Keputusan muktamar yang lalu diguna pakai semula termasuk kata-kata Tuan Guru Presiden sebelum ini bahawa isu `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno dinoktahkan. Jangan kita salahkan rakyat dan ahli yang memperbesarkan isu ini kerana isu ini sememangnya besar, jika tidak masakan disebut di dalam muktamar?
http://wfauzdin.blogspot.com
9 comments:
Inilah akibat kebodohan presiden dan timbalan presiden PAS yang hanya mendengar cakap Mustafa Ali dan kuncu2nya, sedangkan pendapat ahli dan mursyidul PAS tak mau dengar.
PAS is not to be trusted - since it is an Islamist organization. Many do not understand the difference between ‘Muslim’ and ‘Islamist’. Islamist are supporters of Arabic-centric medievally dogmatic political Islamic ideology ie. Islamism (just like Nazism, Stalinism, Maoism etc), and do not have to be Muslims, that seeks to construct or sustain racist, sexist and fascist dominant power over ordinary Muslim believers and non-Muslim communities alike. This is in order to achieve an absolute "(One i.e. homogenous) Islamic Empire/Ummah", from east to west, in opposition to modernity and westernization, especially against universal human and women's rights. Whereas Muslims are ordinary believers who regard Islam as a personal belief between oneself and God (thus not interested in gaining dominant power over anyone). Further, Islamist ideology will never fundamentally recognize full liberation and equality for women/girls, gays, non-Islamic communities, converts/apostates from Islam and so on. Moreover, this include forcing girls as young as from three years old to SUBMIT to Arabic-centric veiling ideology; so that their consent can be manufactured as when they become adults, rather than from rational i.e. complete, free will! Go to PAS organized meetings and you will see this very clearly - disgusting!
Lastly, even in oil-rich Malaysia and Indonesia, the Pakistan-led (& Bangladesh to a certain extent – including by marrying local village or poor women/girls especially in Borneo)Islamist groups have infiltrated local Islamist movements, including PAS and fanaticized such groups, thus causing increasing extremist Islamisation of the two countries, besides targeting our oil, including in oil-rich Borneo. Further, these once dynamically multicultural tolerant two countries will be the Islamist Empire base in South-East Asia.
Katharina Sri (former: Noor Aza Othman)
Germany.
nizar,engkaulah hero ku,
arwar ibrahim,kau lah idolaku,
husam musa,kau lah pendekar in future,
untuk tuan guru hj hadi awang dan nasaruddin,engkau telah dibukakan mata oleh ALLAH untuk menyatupadukan umat islam dan bangsaku...kerajaan perpaduan i love u
hidup edrogan !!!!!!!!!!!!
saya berharap semua pihak dapat bersabar dan bertenang dgn isu Unity Goverment(UG) ini. jangan terburu-buru menghukum org itu dan org ini terutamanya presiden dan timblan.kita harus memberi peluang kepada pencadang UG untuk memberi penjelasan tentang kandungan Ug yang sebenarnya. saya yakin isu UG ini adalah satu strategi yg mungkin perlu digunakan apabila berlakunya penghakisan kuasa melayu islam di dalam parlimen atau mana-mana kerajaan samaada PR atau BN. perkara ini adlh sangat sukar utk dibincang secara terbuka. so, saya melihat idea UG oleh presiden adalah idea tersembunyi dan terkehadapan yg perlu difahami dan dibincang dengan hati dan minda yg terbuka. UG bukanlah untuk bersatu dengan UMNO tetapi utk memastikan kelangsungan pemerintahan melayu islam. PRESIDEN sedia bersatu bersama sesiapa sahaja asalkan PAS menjadi penunggang kuda dan bukan kuda tunggangan. oleh itu anda fikirlah sendiri.....
KEMBALIKAN KUASA RAKYAT??? BUKANKAH SETIAP SESUATU ITU, YANG BAIK ATAU YANG BURUK SEMUANYA DARI KEKUASAAN ALLAH SWT... HARAP2 SEMUA PEMIMPIN PAS DAPAT MUHASABAH DIRI AGAR KEMBALI KE JALAN ALLAH SWT, BUKANNYA DARI RAKYAT. SETIAP SESUATU ITU ADA HIKMAHNYA AGAR KITA DAPAT MENILAI DIRI SENDIRI. DULU TG HADI PERNAH KELUARKAN FATWA BAHAWA SOKONG UMNO KAFIR, TAPI SEKARANG, KALO SOKONG ORANG KAFIR ADAKAH TERGOLONG KITA DALAM GOLONGAN ITU??? HAMBA YANG TERKELIRU.....
Sewaktu PAS bersatu dengan orang kafir, tidak ada sesiapa dari golongan Ulamak PAS yang menentang, tetapi apabila nak diwujudkan Kerajaan Perpaduan, dilihatkan daripada golongan kafir inilah yang menentang sangat2. Pelik2.
Betul jugak tu, tu belum lagi kalo nak ditegakkan hukum HUDUD. Mau botak kepala tuan presiden kita ni memikirkannya.
kalau EXCO perak tu dulu ramai dari golongan ISLAM, insyaallah Allah SWT akan sentiasa bersama orang yang berIMAN.
Pelik tul aku kain rentang tu, kalo nak ikutkan tangga prestasi rasuah dunia, bukankan Singapura sekarang nie tangga ke 4. parti yang memerintahnye bukanke PAP?? kalo sesape leh betulkan, DAP tu bukankan daripada PAP dulu??? Kenapa PAS nak bersekongkon dengan dieorang lagi. Perasuah no 4 dunia. rujuk lama web Anuar Ibrahim malaysia no 47 die kate hehehe.
Post a Comment