MARI BERDOA AGAR RAJA KATAK MASUK UMNO CEPAT
SEMPENA PRK Manek Urai ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar raja katak yang masih `menenggek' di kerusi Pas di Pasir Mas sekarang memasuki Umno segera. Sebaik-baiknya, dan masa yang paling tepat adalah ketika kempen sedang rancak di Manek Urai sekarang. Malam mengundi nanti, kita doakan agar Umno mengadakan majlis `mengucap' sahadat kali yang entah ke berapa buat raja katak ini. Lagi cepat raja katakberada di dalam Umno sudah tentunya mempercepatkan kehadiran `sakratulmaut' buat Umno di Kelantan.
Pas terpaksa terima hakikat telah membuat satu kesilapan dahulunya apabila bersangka baik terhadap raja katak. Katak tetap katak, katak takkan menjadi kancil yang cerdik. Apa pun, hikmahnya rakyat dapat menilai bahawa Pas sememangnya tidak pernah ingin bersangka buruk terhadap sesiapa, sebab itulah Pas sering menjadi mangsa. Tetapi, Alhamdulillah, berkat itu semua Pas semakin kuat dan dilindungi Allah SWT. Adalah diharapkan selepas ini Pas harus lebih berhati-hati di dalam menerima insan yang mempunyai darah daging katak seperti raja katak ini. Baru-baru ini raja sesumpah pun ada niat untuk sertai Pas tetapi dengan syarat Pas mesti mengetuai PR. Ini lagi jenis yang tak boleh dipakai, ego, sombong dan terasa dia hebat. Sedangkan di dalam Umno pun raja sesumpah hanya dijadikan `kerbau pembajak' sahaja.
Mari kita pastikan Pas benar-benar mentalkinkan Umno di Manek Urai. Biar sejarah melakarkan bahawa seseorang yang dikatakan lebih terpelajar kononnya akan terduduk oleh penangan seorang peniaga ikan. Buktikan kelulusan yang tinggi tidak akan menjamin seseorang itu bertakwa kepada Allah.
http://armormech.blogspot.com
tak payah lah nak doa untuk spesis sekor ni .... dia memang dah Umno,Dio tipu rakyat Pasir Mas saja kata Bebas.. Jangan percaya lagi cakap pembohong besar seperti brehim katak..
2 comments:
penduduk manek urai pun sebenarnya sudah tidak sabar lagi mahu menanam UMNO/BN hidup-hidup...
Dari Umno masuk Berjasa masuk S46 masuk Umno dan menjadi Bebas. Itulah sejarah katak lompat Ibrahim. Dalam PRU12 beliau bertanding diatas tiket Pas dikawasan Parlimen Pasir Mas dan menjadi ahli bebas setelah memenangi kerusi tersebut.
Beliau pernah buat kenyataan bahawa beliau sudi untuk pertimbangkan untuk kembali kepada Umno jika mendapat perlawaan dari pemimpin Umno. Dari kenyataan kenyataan yang beliau dikeluarkan mirip kepada perjuangan Umno.
Bagi saya kehadziran beliau dalam Pakatan Rakyat tidak memberi apa apa makna pun kerana sikap beliau sering bertentangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Adalah lebeh baik YB Ibrahim Ali memohon untuk menjadi ahli Umno dari menjadi Bebas dan menghentam kepimpinan Pakatan Rakyat.
Post a Comment