04 July 2009

Nasihat Untuk Ketua Pemuda PAS

ISU KERAJAAN PERPADUAN - AMARAN OLEH US TUAN IBRAHIM



Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telahdibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang polemik mengenai isu Kerajaan Perpaduan. Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.


Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.

Ingatan ini hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti disemua peringkat. Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita. Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi.

Sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana. Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah ‘Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya’.

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

http://www.detikdaily.net

3 comments:

mosabit said...

Salamm...
Aku sokong...
pemuda pas mesti jadi PEMUDAH kepada PAS untuk menarik sokongan rakyat...kerana benda yang paling berat untuk dipikul di dalam menjalani kehidupan seorang mukmin ialah AMANAH.
Aku ingatkan pemuda pas..jangan pulak cuba nak jadi 'hero' dengan menampakkan kamu sebagai PEMUDARAT kepa PAS....... Faham ker tu?

Amuraria said...

PADA YANG TERHEGEH-HEGEH NAK SANGAT BERWACANA BOLEH BELAH ! BOLEH TERUS APPLY MASUK UMNO ,TGNA DAH PESAN JANGAN ADA SEKALI PUN APA-APA DENGAN PARTI DAJAL INI MENGAPA MASIH LAGI ADA JENIS-JENIS YANG MAHU BERBAIK DAN 'BERWACANA' DENGAN MEREKA ? MEREKA BERMUSLIHAT LEBIH DARI KHARUN ATAU FIRAUN ,BIJAK MEMUTAR DENGAN BERBAGAI ISTILAH CANTIK-CANTIK TAPI PERANGKAP YANG AMAT BERBISA SEBENARNYA ,BAGILAH APA ALASAN SEKALIPUN OLEH PARTI UMNO INI SATU MALAYA DAH TAU KHIANAT & BUSUKNYA MEREKA DARI PEMIMPIN SAMPAI BARUA-BARUA SAMSENG DIAKAR UMBI ! WASPADALAH !

Najmi said...

HUJAH Senjata dalam peperangan demokrasi

Ramai yang bertanya kepada soal wacana ilmiah Dewan Pemuda PAS Pusat. Banyak juga pandangan yg saya baca dalam blog-blog dan ruangan komen blog.

Saya menyokong apa sahaja pentas untuk berhujah sama ada namanya debat, wacana, forum atau apa sahaja medium. Seharusnya ia dilihat dari sudut positif. Ini budaya politik baru. Politik hujah merupakan amalan negara maju. PAS dan Pakatan Rakyat yg dilihat sebagai kerajaan menanti mesti menghidupkan budaya politik baru ini, tampil dengan hujah yang bergaya. Sementelah lagi kita daripada PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam tegak dengan hujah

Politik hujah ini merupakan pendekatan yang telah kita terima sebelum ini.
Kita menyertai rancangan debat anjuran RTM, walaupun dalam rancangan itu ada sesetengah pemimpin kita tidak tampil dengan hujah bergaya, namun ia menjadi medan untuk pemimpin itu perbaiki mutu perbahasan
Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat muncul sebagai pembahas hebat dalam parlimen. Namun rakyat keseluruhannya tak dapat melihat kehebatan itu kerana tiada siaran langsung.
Dato Seri Anwar Ibrahim bertempur dengan Shabery Chik dalam isu kenaikan harga minyak.
Kelantan menganjur wacana ilmiah. Siri pertama yg menampilkan YB Dato Paduka Husam Musa, Khairy Menantu Perdana menteri (ketika itu)dan Dr Aziz Bari. Siri kedua YB Saifuddin Nasution, Dr Abu Hasan dan YB Fuad Zakarshi (gagal hadir dengan alasan dangkal)
Pimpinan kita terus hadir jika ada jemputan dalam rancangan Hujah TV 9 dan Awani Astro
Seingat saya inilah pendekatan YB Dato Mahfuz dan YB Salahuddin semasa beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS
Zaman kegemilangan gerakan pelajar di Universiti dulu, pemimpin kita keluar masuk universiti menyertai debat, forum dan pelbagai wacana lain. Akhirnya pihak Universiti tidak lagi membenarkan pemimpin PAS untuk meyertai sebagai program kerana kekuatan hujah kita memalukan UMNO
Menolak pendekatan berhujah ini bermakna kita juga terpaksa merobohkan budaya politik baru yang sebahagiannya kita dah terima sebelum ini.

Kita tak seharusnya sekadar menjadi hero di atas pentas politik yg kita cipta sendiri. Pemimpin kita mesti dieksport untuk tampil di atas mana-mana pentas hujah... Kena faham maksud saya BERHUJAH bukan "berunding dalam gelap".

Kita tutup sebarang pintu rundingan namun pintu dakwah jangan ditutup.


Peperangan kita kini bukan menggunakan senjata... Hujahlah yang menjadi senjata ampuh kita. Buang pendekatan hujah bermakna kita membuang senjata dalam peperangan ini.


Saya sangat bimbang... kita berbeza pandangan bukan atas dasar rasional, takut-takut kita didorang rasa kebencian kita ke atas orang yang memberi pandangan. Semoga kita tak termasuk dalam perangai kelompok yang dilarang oleh Allah. Renunglah surah Al Maidah ayat yg ke 8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

www.najwasuhaimi.blogspot.com

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG