
Apa yang berlaku ini jelas sekali amat memalukan. Ini kerana mereka yang terlibat itu adalah anggota unit UTK yang kita tahu hanya akan menjalankan tugas berdasarkan arahan daripada pegawai atau ketua mereka. Soalnya sekarang kenapa jenayah pula dilakukan oleh mereka. Inilah akibat kerajaan sendiri mempergunakan pihak polis terutamanya UTK sebagai alat untuk dikambing hitamkan seperti apa yang berlaku kepada Sirul dan Azilah. Kini kes tersebut seolah-olah hambar dengan isu politik yang melanda Perak sekarang ini. Namun, apakah adengan polis terlibat dengan jenayah ini harus menjadi tatapan rakyat Malaysia?. Mana perginya motto BN semasa pilihanraya ke-12 iaitu "Selamat, Aman dan Makmur" itu?. Bukankah ini membuktikan kepada kita bahawa penjenayah sudah berada di mana-mana hatta dalam balai polis sendiri. Justeru kita tidak hairan kini banyak kes-kes yang melibatkan kebobrokan polis terus dipaparkan.Dalam masa yang sama jenayah terus berleluasa seperti pengedaran dadah, rompakan, pembunuhan, ragut dan sebagainya. Bukankan ini jelas menunjukkan bahawa penjanayah sudah tidak takut lagi dengan pihak polis di negara kita kerana mereka tahu kerja mereka akan dipermudahkan apabila "angpow under table" telah diberikan kepada pihak terbabit. Inilah senario yang berlaku sebenarnya. Maka itu jugalah kita tidak hairan dengan penahanan lori treller yang boleh membawa berjuta-juta ringgit dadah dengan melepasi kawalan imigresen dan pihak polis. Bukankah ini semua membuktikan bahawa mereka sudah diperdayakan, kerana asyik terlibat dengan kes-kes politik semata-mata.
[Justeru itu, dalam meraih kembali kepercayaan rakyat kepada pasukan Polis Raja Di Malaysia, makanya mereka harus bersikap adil dan tidak mengamalkan "double standard" kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik masing-masing. Pihak polis perlu telus dalam menjalankan tugas mereka serta jangan diperbodohkan dengan tindakan-tindakan yang tidak masuk dek akal dan fikiran waras manusia. Polis juga perlu telus dalam menyiasat laporan yang dibuat oleh rakyat Malaysia, jangan hanya menyiasat laporan Saiful Bukhari sahaja sedangkan laporan Anwar terhadap Saiful Buhari hingga kini tidak disiasat dalam kes liwat yang akan mula dibicarakan pada bulan Julai 2009 ini nanti
Pahangdaily
1 comment:
Apabila ada peragut beg tangan wanita, polis akan segera mengejar dan menangkap siperagut. Cantik!
Dalam kes di Perak, Najib, Zambry dan umno/BN meragut sebuah kerajaan sah di Perak, pihak polis menyokong penuh rampasan dan siap masuk dalam Dewan Undangan Negeri dengan berpistol lagi. Tak cukup dengan itu beberapa trak FRU ditempatkan di bangunan SUK. Apa dah jadi dengan polis di Malaysia. Cepat dan betul untuk mempertahankan jenayah umno.
Anggota polis juga sanggup mati katak untuk mempertahankan pemimpin umno/BN seperti kes Azilah dan Sirul dalam kes pembunuhan Altantuya. Itulah standard polis di Malaysia.
Post a Comment