06 May 2009

MENGAPA KAWAN DAN LAWAN MULA MENYERANG DS ANWAR

Serasi

MENGAPA KAWAN DAN LAWAN MULA MENYERANG DS ANWAR

Bukan niat dan tujuan saya untuk menulis di dalam blog ini semata-mata untuk mengangkat imej DS Anwar seolah-olah beliau terlalu maksum dan bersih umpama `Nabi'. Saya tiada kepentingan apa-apa, malahan DS Anwar tidak pernah mengenali saya hatta bersentuh tangan sekalipun. Tetapi, saya merasa amat janggal jika tidak menulis atau mengulas tentang tokoh reformasi tersebut kerana sejak kebelakangan ini nama beliau sering diburukkan serta dikaitkan dengan isu yang sama sekali di luar peranan beliau selaku Ketua Pembangkang atau Ketua PR. Amat malang sekali, sejak akhir-akhir ini yang kerap memburukkan imej DS Anwar adalah rakan-rakan di dalam PR sendiri yang mereka itu hanya sekadar pimpinan kawasan atau bahagian yang kononnya bersuara untuk akar umbi.

Kesangsian mula timbul, mengapa ketika disaat PR sedang mempersiapkan peralatan `perang' untuk bertempur dengan musuh di Dun Penanti dan ketika PAS kini sedang rancak di dalam kempen pemilihan pucuk pimpinan di semua peringkat, isu berkaitan DS Anwar rancak dipermainkan? Namun begitu, saya bersyukur kerana agenda memburukkan nama DS Anwar di dalam PR tidak dipedulikan oleh kepimpinan utama PR yang lain terutamanya PAS. Betapa pemimpin-pemimpin utama PR ini begitu bijak memikirkan rentak politik jangka panjang yang bakal mereka lalui bersama. Apakah agenda memburukkan DS Anwar sejak kebelakangan ini ada kemungkinannya dengan agenda pihak luar yang ingin memecah belahkan PR atau sengaja diada-adakan untuk mendapatkan nama pada segelintir yang bercakap tentang isu ini?

Saya terkilan dengan satu suara yang dikatakan dari pemimpin yang mengaku mewakili ahli PAS sepertimana yang dipetik oleh Malaysiakini. Jika benar seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini (06 Mei 2009) itu, suara tersebut benar-benar sumbang dan membawa kepada keyakinan saya bahawa mereka telah diresapi oleh `badi' Umno atau mungkin masih terdapat pada diri mereka `saka' Umno. Di dalam kenyataannya, DS Anwar dianggap berlagak seperti berkuasa penuh ke atas PR sehinggakan DS Anwar akan berbuat sesuka hatinya tanpa berunding dengan pimpinan PR yang lain. Contoh yang diberikan oleh mereka adalah berkenaan perletakan jawatan Adun Penanti baru-baru ini. DS Anwar dikatakan tidak berunding tentang perkara tersebut bersama pimpinan PR yang lain. Maka, hujahnya DS Anwar berlagak seperti berkuasa penuh ke atas PR.

Isu Adun Penanti, Fairus sebenarnya telah lama diketahui masyarakat di Dun Penanti. Malahan YAB KM Menteri P.Pinang pun turut mengetahui masalah yang dihadapi oleh bekas TKM 1 P.Pinang ketika itu. Memandangkan Fairus adalah ahli PKR, maka wajar bagi pimpinan PKR menangani masalah tersebut secara dalaman. Pimpinan PKR sudah tentu tidak terlalu gopoh untuk mengistiharkan perletakan jawatan Fairus selagi permasalahan dan kata sepakat dapat dicapai di dalam pimpinan PKR. Akhirnya, keputusan yang diambil oleh pimpinan PR adalah wajar kerusi Dun Penanti dikosongkan agar tiada lagi isu atau permasalahan yang berbangkit selepas ini. Sebenarnya, Fairus sejak awal lagi telah menyuarakan untuk meletakkan jawatan tetapi pimpinan PKR memberi ruang kepada beliau berbincang terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad diambil.

Saya tidak faham mengapa dikatakan DS Anwar bersikap sendirian di dalam menangani masalah Fairus ini. Apakah langkah DS Anwar ini bakal menggugat PR di P.Pinang khususnya atau bakal menguatkan lagi PR di P.Pinang? Lupakah kita suatu kisah di Selangor selepas beberapa hari PR menguasai Dun Selangor di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu? Apakah kejadian `perjumpaan sulit' beberapa pimpinan PAS dengan PM dan bekas MB ketika itu dimaklumkan terlebih dahulu dengan pimpinan PR yang lain? Seingat saya, DS Anwar tidak mengulas sedikit pun tentang isu perjumpaan sulit tersebut. Apakah kejadian ini boleh dipandang ringan daripada isu perletakan Fairus selaku Adun di P.Pinang? Bukan tujuan saya untuk membuat perbandingan sebegini, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh berfikir yang mana satukah yang boleh menghancurkan kerjasama sesama PR. Sikap mencari kesalahan pihak lain demi untuk menunjukkan kita semua betul patut dihapuskan sama sekali. Apa yang penting segala tindakan yang dibuat, akhirnya mendapat manafaat bersama.

Sekali lagi saya menyeru agar jangan kita mencari sesuatu isu yang boleh dijadikan peluru oleh musuh kita untuk menembak kita. Saya percaya dan berharap agar ianya benar, bahawa segala tuduhan yang menyatakan DS Anwar berlagak seperti berkuasa penuh seperti yang dilaporkan itu bukan datang dari pimpinan PAS atau DAP tetapi ianya datang dari `hantu-hantu' yang kini mula berkeliaran di Dun Penanti. Apakah itu sebagai pertanda awal bahawa Umno bakal menghulurkan `keris'nya di Dun Penanti?


WFAUZDIN NS

wfauzdin.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Aku ingat kalu Anwar xdak waktu PRU 12..terkontang la jugak PAS nak menang punn..contoh Terengganu yg patutnya menang ble kalah..aku rasa faktor Anwar takda penagrih di Terengganu,, so kenapa PAS kalah teruk di Terengganu tapi menang besar di Kedah dan Selangor?Adakah faktor Presiden menyebabkan PAS menang di Kedah???So biasalh kadang2 pakai kopiah pun hati busuk sapa tau kan?

Anonymous said...

Itu lah msalah nya kekadang betul juga cakap TDM tu melayu memang mudah lupa. Mereka tidak menilaikan sumbangan DSAI yang lead the team,menyusun strategi, menyatukan pembangkang masa PRU12 sehingga membuahkan hasil yang memberangsangkan PR.

Mereka2 ini Cuba2 lah pandang kebelakang semula pernahkah parti2 pembangkang menang besar seperti itu sebelum sentuhan DSAI . Saya bukan kenal pun Anwar dan bukan juga orang dia,tetapi penilaian orang tidak berkepentingan, beliau adalah pemimpin berkarisma yang tidak ramai bilangannya dalam satu2negara atau masa. Walau dikutuk siang dan malam tetapi pengikutnya tetap ada dan bertambah. pidato nya masih menyengat. mereka yang remaja diakhir 60 han dan awal 70han tahu siapa Anwar.(Saya salah seorang remaja masa itu yang tahu penglibatannya seperti kes Baling) Beliau memang born to be a leader. Tested Leader dalam negara dan luar negara. Sudah tentu ada yang suka dan ada yang tak suka, tetapi kita kena tanya balik yng suka sebab apa dan tak suka sebab apa. Dulu orang memuja dia sehingga jadi Tim. Presiden dan TPM dan parti yang sama menhentam dia balik. Itulah lumrah politik kita.Kawan hari ini musuh nombor wahid esok hari.

Pada pandangan saya, masalah mutakhir seperti yang disebut dlm tulisan diatas ini lah nanti yang akan menjatuhkan PR. Selepas itu parti masing2 akan bawa diri
masing2 dan kita tengok ada kuat ke macam sekarang.

DSAI cuba2 lah fikirkan alternatif lain jika terpaksa join dgn BN ke jika sumbangan anda tidak dihargai PR selepas mereka mendapat kuasa. Peganglah falsafah tidak ada musuh atau kawan yang kekal dalam politik. Yang penting ada boleh menyumbang kepada negara.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG