21 June 2009

Surat Terbuka Kepada Presiden PAS

dengan rasa rendah diri saya bagi mewakili sebahagian besar pengundi pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu inghinkan perubahan dan mengharapkan amanah yang kami berikan kepada Dato Seri dan rakan-rakan dalam PAS dalam pilihanraya tersebut tidak disalahgunakan.

dengan rasa rendah diri saya bagi mewakili sebahagian besar pengundi pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu inghinkan perubahan dan mengharapkan amanah yang kami berikan kepada Dato Seri dan rakan-rakan dalam PAS dalam pilihanraya tersebut tidak disalahgunakan.

Surat Terbuka Kepada Presiden PAS


Assalamualaikum Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Saya amat mengkagumi kepimpinan Dato Seri dalam saf barisan Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang sama-sama dipersetujui oleh ketiga-tiga komponen parti iaitu PKR, PAS dan DAP. Setiap perkembangan perjalanan politik ketiga-tiga parti komponen yang menganggotai Pakatan Rakyat diikuti dengan penuh minat untuk menentukan cita-cita rakyat sebagaimana yang telah diterjemahkan dalam pilihanraya kedua-belas tercapai. Gandingan parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat cukup mantap dan memberi keyakinan kepada kami rakyat dari segenap kelas dalam Malaysia ini, serta menaruh harapan yang tinggi, bahawa inilah bakal Kerajaan Malaysia yang diharapkan untuk menjadi pembela tempat bergantung harap keseluruhan rakyat Malaysia.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) pimpinan Dato Seri dilihat menjadi tonggak utama dalam Pakatan Rakyat untuk melengkapkannya sebagai sebuah pasukan yang digeruni pihak lawan mahupun kawan. Peranan Dato Seri dalam Pakatan Rakyat sebagai faktor pengimbang dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar meyakinkan lagi kepercayaan rakyat betapa bersungguh-sungguhnya usaha murni ini. Usaha murni yang dirintis oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di awal gerakan Reformasi pada tahun 1998 telah menampakkan kejayaannya pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Tetapi malangnya sejak akhir-akhir ini, Dato Seri telah memilih untuk mengadakan perhubungan dengan UMNO, yang selama ini Dato Seri sendiri selalu mencanangkan sebagai parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Apakah faktor yang membuatkan Dato Seri memilih untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO dan membelakangkan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Apakah Dato Seri merasakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat selama ini tidak membuahkan sebarang hasil kepada perjuangan PAS, malah pada pandangan Dato Seri ianya memberikan musibah pula kepada PAS dan ahli-ahlinya. Kalau sekiranya Dato Seri mempunyai firasat yang perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat hanyalah sia-sia, apakah pandangan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS telah diambil kira semasa Dato Seri memulakan langkah membuat perhubungan dengan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan, sepertimana yang selalu Dato Seri war-warkan.

Saya kira Dato Seri perlu lebih berhati-hati dalam mengadakan perhubungan dengan UMNO yang mempunyai seribu satu muslihat jahat yang tersembunyi. Ingatlah pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa mengingatkan kita bahawa UMNO adalah parti politik yang mempunyai sejarah hitam dalam perjuangan PAS. Akhir sekali dengan rasa rendah diri saya bagi mewakili sebahagian besar pengundi pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu inghinkan perubahan dan mengharapkan amanah yang kami berikan kepada Dato Seri dan rakan-rakan dalam PAS dalam pilihanraya tersebut tidak disalahgunakan.

http://www.matradin.blogspot.com

2 comments:

fatwapujangga said...

Disini saya cuba perturunkan sedikit panduan untuk pemberita dan penulis dilaman ini supaya kita menulis dengan dipandu oleh rasa taqwa kepada Allah dan bukannya menurut hawa nafsu kita semata-mata.
Bagi kita dan mereka-mereka yang tidak mengikuti pembelajaran islam secara formal ini, seringkalinya saya ulangi sekali lagi seringkali kita terbabas dan tidak mampu untuk membezakan sesuatu itu antara syariat Allah dan nafsu kita sendiri, walaupun kita mendakwa bahawa itu adalah syariat.

Ikutilah panduan yang dikemukakan oleh Ustaz Mustafa Masyhur selaku Mursyidul Am Ikhwan Muslimin.

Pemberita Muslim Contoh.

1. Yang dikehendaki dengan pemberita muslim contoh ini ialah mereka yang mahir dalam kerjanya dan berpegang dengan adab-adab Islam, mengambil berat dengan berita yang benar dengan tidak dikurangkan atau ditambah-tambah atau diubah dari keadaan yang sebenar.Analisanya hendaklah secara objektif dan dapat memberi faedah kepada pembaca serta memberi gambaran yang sebenar dan jauh dari mencaci dan menyakiti orang lain.

2. Ianya hendaklah mengambil berat kritikan yang membina dan yang tidak meruntuh, berkata benar walaupun pahit dengan tidak bermujamalah atau takut.

3. hendaklah ia bertimbangrasa ; bagi yang berbuat baik, hendaklah dikatakan kepadanya baik, dan yang berbuat jahathendaklah dikatakan jahat dengan bahasa yang lembut dan dapat diterima olehnya.

4. Jangan menggunakan bahasa yang mendekatkan diri dengan orang yang berkuasa dan jangan jiga menggunakan bahasa yang mempengaruhi atau berbentuk ancaman.

5. Pemberita hendaklah bijak manghubungkan isu-isu dan berita yang ditulis dengan dakwah kepada Allah supaya manusia tahu bahawa agama Allah meliputi segala bidang kehidupan , berperanan disetiap tempat , mengarah , menghukum dan menyelesaikanya.

6. Ia hendaklah hidup bersama-sama dengan masalah masyarakat yang dihadapi, bersama-sama dengan perasaan mereka, dan bekerjasama didalam menyelesaikan masalah masyarakat secara Islam dengan orang yang ahli dalam bidang itu.

7. Ia hendaklah sedar tentang apa yang disiarkan oleh musuh-musuh Islam dan talibarut mereka yang menentang Islam dan gerakan Islam. Ia hendaklah membatalkan segala pembohongan mereka terhadap Islam dan dapat mengemukakan kepada manusia dengan cara yang baik.

Sementara itu dalam bab Penulisan pula Ustaz Mustafa Masyhur menghidangkan kepada kita seperti berikut:

Penulis Muslim Contoh .

1.Hendaklah bijak didalam memilih tajuk yang sesuai didalam dakwah, menghuraikan tajuk tersebut dengan gaya bahasa yang baik dan jelas yang maknanya sampai ke hati dan akal manusia serta boleh memberi kesan yang dikehendaki.

2. Yang dikehendaki penulis Muslim contoh ialah berpegang dengan kefahaman Islam yang betul dan jauh dari penyelewengan dan salah faham.Ia hendaklah mengira berapa banyak dosa yang akan di ditanggungnya jika pembaca-pembaca terpengaruh dengan tulisan yang salah itu.

3. Penulis Muslim yang mempunyai bakat didalam penulisan dan sebaran am hendaklah disuburkan bakat itu dan dimanafaatkan. Dengan kehadiran mereka yang terdidik dengan didikan Islam ini diharapkan tidak ada ruang didalam bidang penulisan / sebaran am ini yang tidak dimanafaatkan dan diambil faedah darinya itu.

4. Cerpenis Muslim hendaklah mengemukakan pendapatnya dan menyelesaikan setengah masalah bagi semua peringkat dari kanak-kanak, pemuda dan pemudi, orang dewasa lelaki dan perempuan dengan cara cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesanya.

5. Penyair/ karyawan Muslim contoh yang memberikan sumbangan melalui karyanya didalam setengah masalah hendaklah mencipta nasyid/sajak yang menimbulkan semangat berjuang dikalangan pemuda dan kanak-kanak yang sedang meningkat kerana nasyid/ sajak juga mempunyai peranan untuk mempengaruhi jiwa manusia.

Semoga dengan sedikit peringatan yang dikutip dari Ustaz Mustafa Masyhur ini dapatlah kiranya untuk penulis dilaman ini menjadikan sebagai asas panduan didalam menulis.

buy degree said...

pendapatnya dan menyelesaikan setengah masalah bagi semua peringkat dari kanak-kanak, pemuda dan pemudi, orang dewasa lelaki dan perempuan dengan cara cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesanya.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG