20 April 2010

Pindah pengundi: PKR bawa usul ke Parlimen



Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 20 April — Ahli Parlimen Kuantan dari PKR mahu Dewan Rakyat membincangkan perubahan tempat mengundi melibatkan lebih 13,000 pengundi pilihan raya kecil Hulu Selangor, yang didakwa boleh mencetuskan suasana kelab-kabut jika tidak ditangani segeram

Ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi, Fuziah Salleh berkata, beliau telah mengemukakan usul berkaitan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dan berharap Dewan Rakyat yang membincangkan perkara berkenaan.

Sejumlah pengundi itu dikatakan diubah tempat mengundi berbanding kedudukan 8 Mac 2008.

“Saya berharap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan membolehkan perkara ini dibincangkan dan jika tidak diterima, kami akan mengumumkan langkah susulan dalam sidang media nanti di Parlimen,” kata Pengarah Pilihan Raya PKR ini.

Usul beliau berbunyi, “dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.”

“Saya mencadangkan bahawa Dewan Rakyat membincangkan masalah dan implikasi perubahan pusat-pusat pengundian bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor yang akan menjejaskan kelancaran proses pilihan raya pada 25 April berikutan pertukaran mengejut pusat-pusat pengundian yang melibatkan 13,949 pemilih ke pusat-pusat pengundian yang baru.”

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan menggunakan Daftar Pemilih yang digazetkan 5 April lalu.

“Menurut kajian terperinci dan analisis yang dijalankan oleh Parti Keadilan Rakyat terhadap daftar pemilih tersebut sehingga 18 April, didapati bahawa pihak SPR telah melakukan perubahan pusat-pusat pengundian dalam 16 daerah mengundi yang akan mengakibatkan seramai 13,949 pemilih tidak lagi mengundi di pusat pengundian yang digunakan bagi pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008, sebaliknya mereka dipindahkan ke pusat-pusat pengundian yang baru,” katanya dalam usul itu.

Fuziah berkata, implikasi dari perubahan pusat-pusat pengundian ini amat membimbangkan, apatah lagi SPR melakukannya tanpa hebahan media yang sewajarnya.

“Saya amat bimbang ia akan menimbulkan keadaan huru-hara yang menjejaskan kelancaran proses pengundian di pusat-pusat pengundian yang terbabit apabila ribuan pemilih mendapati diri mereka tidak boleh lagi mengundi di pusat pengundian yang terdahulu.

“Perubahan pusat-pusat pengundian ini dibimbangi akan mengulangi insiden-insiden keresahan dan kemarahan pemilih yang pernah tercetus di seluruh Selangor dalam pilihan raya umum 2004 yang menyebabkan tempoh pengundian terpaksa dilanjutkan sehingga pukul 7 malam.

“Jika masalah ini tidak ditangani dengan sewajarnya, ia juga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” kata beliau dalam usulnya.

Fuziah mendedahkan perkara di Kuala Kubu Baru pagi kelmarin.

Bagaimanapun sambil menyifatkan perubahan pusat mengundi melibatkan lebih 13,000 pengundi didakwa PKR sebagai tidak masuk akal, SPR menafikan pihaknya sengaja memindahkan lokasi pengundian pengundi-pengundi berkenaan.

“Tidak mungkin berlaku. Kalau berlaku pun angka 13,000 adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Ahmad mempertahankan bahawa jika pun perubahan itu berlaku ia semestinya melibatkan proses permohonan oleh pengundi-pengundi terbabit.

“SPR ataupun pegawai suruhanjaya dengan sengaja tidak boleh mengubah tempat mengundi seseorang pengundi. Ia mesti berdasarkan permohonan daripada pengundi sendiri, di mana pengundi sendiri kena muncul (hadir di kaunter) untuk membuat permohonan perubahan tempat mengundi,” kata beliau lagi.

“Seratus peratus SPR tidak terlibat, pegawai SPR pun tidak boleh sesuka hati memindahkan seseorang,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta PKR membuktikan dakwaan bahawa lebih 13,000 pengundi telah ditukarkan tempat mengundi sepanjang dua tahun lalu.

http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG