Apa yang berlaku di Perak dan tidak dipaparkan di TV (5 Siri).
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 2/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 3/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 4/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 5/5
28 February 2009
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak
Nizar Ke Bukit Chandan, Program Sebelah Istana

Beliau memutuskan untuk terus menggunakan kereta rasmi Toyota Camry walaupun kerajaan negeri telah mengambil semula kesemua kereta 10 bekas Exconya.
Nizar yang ditemui petang semalam di Bukit Chandan, disini, menggunakan kereta rasmi Camry berwarna Hitam yang bernombor plat AGS 10, serta masih diiringi oleh dua buah motosikal 'out-rider' berkuasa tinggi.Beliau dan rombongannya berhenti menunaikan solat Asr' di Masjid Ubudiah yang bersejarah, sebelum menghadiri majlis Hi-Tea yang dianjurkan PAS Kuala Kangsar.

Apabila ditanya tentang Camry AGS 10 tersebut, Pegawai khas beliau, Amran Harun memberitahu, Dato' Seri Nizar akan terus menggunakan kereta tersebut sehingga mahkamah membuat keputusan.
Kehadiran Nizar di masjid itu mendapat perhatian dan menjadi tumpuan orang ramai.
Beberapa pemuda yang dipercayai pelajar madrasah Idrisiah berhampiran masjid tersebut, mengambil kesempatan bertemu dengan beliau dan mengiringi Nizar hingga masuk kedalam kereta.
Setibanya di lokasi majlis Hi-Tea, deretan kereta telah tersusun menanti kedatangan beliau yang masih diiktiraf sebagai Menteri Besar negeri Perak.
Majlis Hi-Tea yang diadakan betul-bertul di tepi istana, dianjurkan PAS Kuala Kangsar adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membina bangunan baru.
http://buletinonline.net
Tunda Kenaikan Kadar Tol dek Pilihanraya kecil
Eksklusif: Tradisi Mendera Rakyat, Dek Kerana Pilihanraya Kecil Akhirnya Kerajaan UMNO Dan BN Bersetuju Juga Menunda Kenaikan Kadar TolKUALA LUMPUR - Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed (foto) semalam. Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan. Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan sehingga akhir tahun ini, ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara yang sama dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. Semalam kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut.
Semalam, Mohd Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.
[Terkadang, kita naik hairan kenapa Menteri Kerjaraya membuat keputusan tidak melalui kabinet?. Malah beliau telah membelakangkan Perdana Menteri sendiri dalam mengumumkan perkara terbabit. Apakah ini menunjukkan bahawa Menteri Kewangan Najib Razak lebih penting dari Pak Lah sekarang? Tambahan pula Najib dikatakan bakal menggantikan Pak Lah tidak lama lagi. Kenapa isu ini dikeluarkan tatkala Pak Lah mahu meletakkan jawatan?. Apakah ia satu trick Najib untuk memudahkan beliau mengambil alih kuasa tidak lama lagi.
Sebelum ini imej Pak Lah sedikit membanggakan, bila beliau mengumumkan penurunan harga minyak di pasaran. Keadaan ini menyebabkan rakyat kebali sayang dan tidak mahu beliau mengundur diri. Makanya, Najib perlu lakukan sesuatu agar rakyat kembali membenci Pak Lah. Lantaran itulah agenda kenaikan tol dircancang tanpa mengambilkira faktor tiga pilihanraya kecil yang bakal berlangsung dan Pak Lah yang bakal menamatkan perkhidmatannya.
http://pahangdaily.blogspot.com
Polis guna meriam air lerai penyokong Uthayakumar
Polis melepaskan tembakan meriam air untuk meleraikan kira-kira 200 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.
Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.
Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.
Sehingga jam 12.20 tengahari, polis menahan sembilan orang, termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.
Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.
Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.
Mahfuz Omar mahu Najib ditangkap dibawah Akta Hasutan
Gambar Najib Tun Razak, TPM dan Pengerusi Perhubungan UMno Perak dipijak-pijak lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat di pintu masuk utama ke Kediaman Rasmi MB Perak sewaktu Ceramah Mega Pakatan Rakyat beberapa hari selepas Najib menggulingkan Kerajaan Perak Pakatan RakyatKetua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan akibat daripada permainan politik pemimpin Umno yang terlalu memetingkan kuasa menyebabkan mereka telah menghasut Pemuda Umno bertindak menyerang Pengerusi DAP, Karpal Singh di Parlimen baru-baru ini.
"Ketegangan yang timbul dalam negara ini sehingga menyebabkan Pemuda Umno bertindak menyerang Karpal di Parlimen berpunca daripada apa yang ditimbulkan pemimpin tertinggi Umno.
"Permainan politik Umno yang terlalu mementingkan kuasa sehingga berlakunya rampasan kuasa di Perak baru-baru ini menyebabkan segala kekecohan ini. Apa yang dilakukan oleh Pemuda Umno jelas tidak menghormati Parlimen sebagai institusi demokrasi," tegas beliau.
Mahfuz menegaskan pemimpin Umno lupa sejarah yang mereka sendiri lakarkan pada tahun 1993. Pada tahun tersebut, Umno melalui Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengubal perlembagaan negara bagi membolehkan Sultan diheret ke mahkamah.
Pada tahun itu, Pemimpin Umno sanggup mendedahkan segala keburukan Raja-raja Melayu bagi memenuhi hasrat mereka untuk mengurang imuniti raja.
"Mereka yang usahakan untuk menjadikan tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang pada tahun 1993. Apa yang dilakukan oleh Karpal seperti mahu menyaman Sultan Perak adalah memenuhi undang-undang dan mengikut apa yang pemimpin Umno sendiri mahukan bila mereka hapuskan imuniti raja-raja pada tahun tersebut," tegas Mahfuz.
Namun begitu tegas beliau, amat malang bagi rakyat negara ini kerana tindakan Karpal yang bertindak mengikut undang-undang itu dijadikan isu perkauman oleh pemimpin Umno.
http://sanggahtoksago.blogspot.com
Warkah Untuk Brehim Ali

Assalamualaikum YB Datuk,
Ada dua tiga perkara yang saya ingin utarakan kepada Datuk, mudahan Datuk bersedia untuk menatapnya.
1. Datuk kata Datuk Ahli Parlimen Bebas. Tak apalah. Tetapi adakah Datuk benar-benar bebas atau sekadar bebas menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sahaja?.
Selepas Datuk menang di Parlimen Pasir Mas atas tiket dan lambang Bulan, saya tidak pernah mendengar Datuk mempersoalkan kebejatan BN/Umno berbanding sebelum pilihanraya.
Sebelum Pilihanraya Umum, apa yang Datuk tidak kata kepada Umno danibrahim-ali1 pemimpinnya. Pendek kata mereka menjadi mangsa belasahan Datuk tidak kira siang dan malam. Pak Lah, Najib, Awang Adek, Stopa dan Nuar Musa sudah menjadi sardin dilanyak oleh Datuk. Apakah lanyakan semasa itu adalah kerana Datuk mengampu nak jadi calon?
2. Datuk tak usah bercakap mahu mempertahankan maruah raja-raja melayulah. Bukankah Datuk yang menganjurkan demontrasi menentang KDYMM Al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan di bangunan Umno tahun 1992 dahulu? Apa yang Datuk tidak tulis di sepanduk-sepanduk pada masa itu.
Bukankah Datuk juga terlibat untuk menggoncangkan istana Kelantan dengan dakwaan Al-Sultan Kelantan tidak layak menduduki takhta kerana pewaris yang sebenar adalah Tengku Iskandar?
3. Datuk sepatutnya menunjukkan setiakawan dengan PAS kalaupun tidak mahu bertegur sapa dengan Pakatan Rakyat. Tindakan dan tingkah laku Datuk sekarang ini seolah-olah sedang mencipta alasan untuk melepas diri dari PAS.
Orang-orang PAS sedih dan marah apabila di atas pentas PASpun Datuk menghentam dan memukul PAS dan pimpinannya.
Cuba Datuk fikir, adakah pemimpin-pemimpin PAS memukul Datuk di atas pentas dan di tempat terbuka selepas Datuk diberi keistimewaan bertanding atas tiket PAS? Tak ada Datuk, tak ada. Mereka menghormati Datuk dan amat setiakawan.
Kenapa Datuk tidak menegur secara setiakawan sekiranya Datuk merasakan pimpinan PAS perlu ditegur? Bukan Datuk tidak boleh bersua muka dengan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi. Datuk boleh jumpa dan boleh berbincang dengan mereka bila-bila masa sahaja. Ini tidak, Datuk mengambil peluang menghentam mereka bukannya menasihati. Datuk memperlekehkan mereka tetapi apabila pimpinan PAS hentam Datuk balik Datuk naik angin. Apa Datuk ingat Datuk seorang sahaja yang betul?
4. Datuk kena ingat, sejarah Datuk bertanding atas tiket Bebas sudah terbukti - kalah. Datuk kalah lebih teruk dari orang lain kalah. Apakah Datuk tidak merasa malu dengan lambang yang tergantung di dada Datuk semasa kempen pilihan raya dulu? Sekarang ini sesenang itu Datuk menghentam dan melanyaknya?
5. Akhir sekali Datuk, cuba Datuk fikir baik-baik dengan fikiran yang lapang dan waras. Sudah 2 kali Datuk mengalami fenomena ini. Pertama semasa Datuk lari dari perjuangan Semangat 46 dahulu dan keduanya, sekarang ini. Apakah Datuk ingin mengulangi sejarah itu lagi?
Apakah sanggup sekali lagi Datuk mengkhianati undi dan kepercayaan rakyat Pasir Mas kepada Datuk? Jangan sampai rakyat Pasir Mas berkata “jenis manusia apa Datuk ini?
Datuk… tidak memadai dengan apa yang Datuk selalu sahaja kata “walaupun mulut aku jahat tetapi hati aku baik”. Jarang berlaku mulut jahat hati baik tetapi biasanya kalau mulut sudah jahat hati lagilah jahatnya.
Cubalah Datuk befikir dengan akal yang dianugerahkan Allah SWT itu dan jangan takbur dengan kebijaksanaannya kerana Allah lagi Maha Bijaksana.
Cukuplah Datuk berfikir untuk Melayu tetapi cuba fikirkan pula untuk Islam. Islam mampu menyelamatkan melayu akan tetapi melayu tidak mampu menyelamatkan Islam.
Selamat berfikir Datuk.
http://manjanik.wordpress.com
KJ PERLU DISIPLINKAN PEMUDA UMNO JIKA TIDAK MAHU DIMALUKAN
27 February 2009
Sidang Tergempar DUN: Mungkinkah Krisis Di Perak Akan Selesai
Sidang tergempar DUN ke arah selesaikan krisis Perak
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.
Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.
Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.
Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.
Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.
Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.
Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.
Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.
Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat.
Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Ramai peguam-peguam Pahang akan "memboikot" program najib malam ini
Sensasi: Bakal PM Najib Razak Akan "Dimalukan" Dalam Mesyuarat Agong Untuk "MengUMNOkan" Jawatan Kuasa Peguam Pahang Di Kuantan EsokKUANTAN - Seperti yang dijanjikan, malam esok bertempat di Hotel MS Garden Kuantan, satu mesyuarat Jawatankuasa Peguam Pahang (BAR Pahang) akan diadakan. Disamping pemilihan ahli jawatankuasa yang baru program pada malam ini juga dikhabarkan akan dibuat bagi menyatakan sokongan padu kepada bakal Perdana Menteri Najib Razak. Najib khabarnya akan hadir untuk merasmikan program berkenaan kira-kira jam 9.00 malam esok.
Dari pada risikan krew kami beberapa hari yang lalu, ternyata ramai peguam-peguam Pahang akan "memboikot" program malam ini kerana difahamkan usaha untuk "mengUMNOkan" jawatankuasa terbabit sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Menurut sumber, usaha sedang dibua bagi menaikkan peguam terkenal disini iaitu Julita Abd Jabar (anak bekas Timbalan Menteri Besar Pahang) sebagai pengerusi jawatankuasa terbabit yang baru. Usaha melobi masih terus diadakan dan yang pasti, semua peguam-peguam yang memihak kepada UMNO akan dicalonkan serta dipastikan kemenangannya malam ini.
Seperti yang kami nyatakan terdahulu, bahawa pihak penganjur perlu berhati-hati dengan mesyuarat yang bakal diadakan kerana terdapat maklumat yang Najib Razak akan dibaling atau dihadiahkan "kasut" seperti yang berlaku kepada Presiden Amerika "Goerge Bush" dulu. Jika ini berlaku, sudah pasti bakal PM itu akan mendapat malu yang lebi besar sebenarnya.
[Apapun kami amalah berharap agar usaha bagi melobi peguam-peguam yang berpihak kepada UMNO untuk memimpin badan itu dapat dihalang. Kita takut Jawatankuasa Peguam Pahang ini akan menjadi "Pak Turut" bagi mengiyakan segala usaha "buruk" kerajaan dalam menangani isu-isu rakyat Pahang selepas ini. Semuanya kini terletak di bahu para peguam yang hadir. Semoga mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas tanpa rasa takut dengan kekakangan daripada pihak penguasa. Jika peguam gagal melakukan amanah itu, maka sudah pasti integriti mereka akan dipertikaikan bahkan mereka akan dipandang hina.
http://pahangdaily.blogspot.com
LYRIC
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
pelawat































