28 February 2009

Tunda Kenaikan Kadar Tol dek Pilihanraya kecil

Eksklusif: Tradisi Mendera Rakyat, Dek Kerana Pilihanraya Kecil Akhirnya Kerajaan UMNO Dan BN Bersetuju Juga Menunda Kenaikan Kadar Tol

KUALA LUMPUR
- Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed (foto) semalam. Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan. Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan sehingga akhir tahun ini, ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dijadual mengumumkan perkara yang sama dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. Semalam kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut.

Semalam, Mohd Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

[Terkadang, kita naik hairan kenapa Menteri Kerjaraya membuat keputusan tidak melalui kabinet?. Malah beliau telah membelakangkan Perdana Menteri sendiri dalam mengumumkan perkara terbabit. Apakah ini menunjukkan bahawa Menteri Kewangan Najib Razak lebih penting dari Pak Lah sekarang? Tambahan pula Najib dikatakan bakal menggantikan Pak Lah tidak lama lagi. Kenapa isu ini dikeluarkan tatkala Pak Lah mahu meletakkan jawatan?. Apakah ia satu trick Najib untuk memudahkan beliau mengambil alih kuasa tidak lama lagi.

Sebelum ini imej Pak Lah sedikit membanggakan, bila beliau mengumumkan penurunan harga minyak di pasaran. Keadaan ini menyebabkan rakyat kebali sayang dan tidak mahu beliau mengundur diri. Makanya, Najib perlu lakukan sesuatu agar rakyat kembali membenci Pak Lah. Lantaran itulah agenda kenaikan tol dircancang tanpa mengambilkira faktor tiga pilihanraya kecil yang bakal berlangsung dan Pak Lah yang bakal menamatkan perkhidmatannya.

http://pahangdaily.blogspot.com

No comments:

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG