Sungguh menghairankan sekali, bangunan Parlimen yang sentiasa di kawal ketat itu sesenang itu dibolosi oleh samseng-samseng Pemuda UMNO.
Setakat ini, untuk berdemontrasi di luar pagarpun agak sukar, ini sampai ke dalam boleh menyerang Ahli-Ahli Parlimen, apa cerita ni?
Pemuda Umno tak usah nak jadi “samseng taik kucinglah”. Apa yang ada pada melayu sekarang ini pimpinan kamu sudah gadai terlalu banyak kepada bukan bumiputera. Kenapa tak tunjuk samseng kepada dia orang?
Penakut, pengampu, bacul dan dayus sekali apabila sesenang itu Singapura lepas bebas dari genggaman “Bangsa Melayu” konon. Bagaimana pula pulau-pulau di perairan kita lepas satu satu jatuh ke tangan orang lain.
Pemuda Umno sebenarnya sama sahaja dengan kumpulan Fatah di Palestin. Berjuang untuk perut mereka sahaja. Apabila berperang dengan Israel mereka lari.
Percayalah kekuatan kita bukan bangsa tetapi Agama. Bangsa tidak menanam jihad dalam perjuangan tetapi menyemai semangat yang hanya tin kosong sahaja.
Semangat hanya bersama semasa menang akan tetapi akan lari sebagai pengecut apabila kalah. Sedangkan jihad menang kalah bukan ukurannya tetapi benar dan keredhaan Allah adalah segala-galanya.
Jihad tidak akan membunuh dalam kemarahan tetapi semangat akan membakar tanpa mengira dosa dan neraka.
Fikirkanlah wahai pemuda Umno, dunia belum kiamat…
2 comments:
setuju dgn tulisan saudara...mengapa
parlimen sudah tidak lagi selamat untuk wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat...mereka tidak bebas bersuara
w/pun diluar mengalami berbagai tekanan...pemuda umno hendak menunjukkan mereka adalah jagoh dan bakal pemimpin yg akan merosakkan bangsa m'sia pd pemilihan mac nanti.
Ada orang satu gurauan. kalau jumpa ular dengan orang india kita pukul orang india dulu baru pukul ular.
sama gak kalau ada pergaduhand engan orang umno ada polis di situ pukul polis tu dulu baru pukul pemuda umno tu
Post a Comment