26 February 2009

Siapa yang membuat laporan palsu, dia akan didakwa - Najib


Najib: Mereka akan terima padahnya


Malaysiakini: Najib denies inducing Pakatan reps with cash

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengugut mereka yang membuat laporan palsu kepada SPRM akan didakwa.

"Siapa yang membuat laporan palsu, dia akan didakwa," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) Mengenai Jaminan Makanan di ibunegara pagi ini.

Katanya, tindakan serupa juga akan diambil terhadap mereka yang menyalah guna akuan berkanun.

"Mereka akan terima padahnya," katanya.

Sebelumnya, Najib berkata terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak yang mendakwa mereka ditawarkan imbuhan oleh ejen yang mendakwa mewakili timbalan perdana menteri itu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Dua Adun Pakatan itu membuat laporan kepada SPRM, mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai BN.

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keshvinder memberitahu pemberita bahawa beliau menerima pelbagai tawaran dari beberapa ejen mendakwa mewakili timbalan perdana menteri yang juga pengerusi perhubungan Umno Perak, dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

"Saya tidak tahu apa-apa pun mengenai perkara itu. Biar SPRM siasat," kata Najib.

Ditanya mengenai namanya yang turut disebut dalam laporan berkenaan, Najib berkata: "Tak ada, saya tak ada tawar-menawar sesiapapun."
Manakala mengenai dakwaan kedua-dua ADUN itu kononnya mereka mempunyai bukti kukuh, beliau berkata: "Sudah tentunya mereka kata begitu tapi biarlah Suruhanjaya siasat. Seperti yang saya kata, jika mereka buat laporan palsu, mereka akan hadapi kesannya."

Ditanya apakah Umno mempunyai begitu banyak wang sehingga boleh menawarkan sehingga RM50 juta kepada Adun-adun Pakatan, Najib berkata:

"Mana ada RM50 juta...mengarut ni. Kita tak ada wang, dia dakwa sahaja, itu yang dia dakwa. Biar SPRM siasat," katanya.

Sebelum ini, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda, dalam akuan bersumpahnya, mendakwa kononnya Najib menawarkan RM50 juta kepada mana-mana Adun daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai BN.

Fauzi dilaporkan mendakwa, Najib yang juga timbalan presiden Umno telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua Adun Pakatan di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Untuk tujuan rekod, setakat ini Najib belum membuat penafian terhadap dakwaan itu kecuali kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanannya ialah Datuk Zainal Abidin Zin yang tidak menafikan adanya pertemuan tersebut tetapi beliau tidak tahu menahu butiran mengenai tawaran RM50 juta itu.

http://greenboc.blogspot.com/

3 comments:

IbnAbdHalim said...

Semua laporan yang dibuat terhadap UMNO adalah palsu jadi SPRM tak akan siasat. Semua laporan yang dibuat terhadap selain UMNO akan segera disiasat. Kah! Kah! Kah!

Anonymous said...

SPRM seharus nya bertindak professional, tidak bias kepada mana-mana pihak. Pokoknya di sini SPRM harus berterima kasih kepada mereka yang membuat laporan, mengenai rasuah, bukan bertindak berlandaskan kenyataan yang sengaja di cetuskan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam perkara laporan rasuah yang se patutnya di siasat rapi oleh SPRM.

Anonymous said...

Oleh kerana SPRM dan Ketua Pengarahnya sudah jadi lembu, maka semua laporan oleh Pakatan Rakyat tidak disiasat. Sebaliknya kalau pemuda umno yang membuat laporan, walaupun tidak boleh disiasat seperti kes Speaker DUN Perak, maka SPRM akan terus segera siasat. Kes yang didengar melalui khabar angin keatas Pakatan pun akan terus disiasat. Tapi kalau dipihak BN (Bangkai Najis) walau ada bukti yang kukuh dan saksi, kes rasuah tegar akan dibakul sampahkan oleh lembu SPRM. Begitulah hebatnya Ahmad Said dengan kandang lembunya.
Mat....kes porno anak kau di Mahkamah Adelaide dah selesai?

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG