KOTA BAHARU: DAP Kelantan menyokong saranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Sew Kok Beng berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan itu yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'.
"Ibrahim patut meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini kemenangannya atas lambang Pas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Kok Beng mengulas saranan Mursyidul Am Pas itu bahawa pengundi di kawasan Pasir Mas perlu diberi peluang bagi menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki.
Kok Beng berkata bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas itu sepatutnya menghormati Pas yang memberi laluan mudah bertanding di kawasan itu sekaligus mencatat nama sebagai wakil rakyat bebas.
Ibrahim berkata, jika beliau melepaskan jawatan Anggota Parlimen, beliau perlu menunggu lima tahun lagi untuk melayakkannya bertanding.http://www.bernama.com
Brehim bewak!!! kalau kamu ada maruah... letak jawatan sebagai MP P. Mas kerana rakyat P. Mas tidak sanggup lagi untuk menerima kamu,Kami dah Sangat meluat tengok muka kamu kat TV sedang menyalak... kamu tunggu je lah, sari dua lagi poster dari rakyat Pasir Mas akan terpapar di bandar Pasir Mas sebagai tanda protes dan benci yang meluat pada kamu...
Lagi pun UMNO Kelantan Dah Bagi Lampu Hijau pada kamu Brehim ...
Umno Kelantan sedia terima Ibrahim Ali
Umno Kelantan sedia menerima Datuk Ibrahim Ali sekiranya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu kembali kepada parti itu, kata Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad.
Alwi berkata kini terpulang kepada satu-satunya ahli Parlimen bebas itu sama ada mahu bersama-sama Barisan Nasional (BN) selepas gesaan PAS supaya Ibrahim meletak jawatan sebagai anggota Parlimen.
Ibrahim menang dalam pilihanraya umum Mac 2008 atas tiket PAS, lapor Bernama
"Kena tanya dia (Ibrahim) dulu apa kehendak dia, sekiranya dia nak masuk (Umno) dia kena pohon sebab dia tak pernah keluar (Umno), dulu dia dikeluarkan.
"Bagi kita, kita terima sesiapa sahaja," kata Alwi ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Alwi adalah ketua pembangkang di DUN Kelantan.
Desakan terhadap Ibrahim itu berikutan kelantangan beliau kebelakangan ini sering mengkritik PAS.
Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum Ke-11, Mei 2004, tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.
http://www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment