22 February 2009

"Saya bukan bodoh untuk letak jawatan"

Ibrahim Ali: Saya pernah bantu PAS, Nik Aziz tak perlu cakap besar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bukan "bodoh" untuk meletakkan jawatan semata-mata untuk menguji kekuataan pengaruh politiknya dengan bertanding semula dalam pilihan raya kecil.

"Tok Guru Nik Aziz patut sudah tahu, ikut undang-undang kalau saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, saya tidak boleh bertanding untuk tempoh lima tahun hingga pilihan raya umum ke-13.

"Jadi macam mana saya nak uji kekuatan pengaruh politik saya?

"Dia (Nik Aziz) pun pernah hampir hilang pengaruh masa pilihan raya umum ke-11 ketika PAS hampir jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

"Masa itu saya pun ada bantu PAS dengan meraih undi orang-orang Umno untuk memilih mereka. Jadi tak perlu dia (Nik Aziz) cakap besar," katanya kepada mStar Online hari ini.

Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatan, malah beliau mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS. Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, beliau akan hanya meletakkan jawatan jika mendapat desakan daripada pengundi-pengundi bahagian Pasir Mas.

Tambah beliau, pendirian PAS sejak kebelakangan ini sering berubah-ubah dan demi kepentingan politik, parti itu sanggup menyokong Hindraf untuk mendapat sokongan daripada kumpulan minoriti.

Ditanya adakah beliau akan menyertai Umno selepas mendapat desakan daripada Nik Aziz dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan mahu beliau meletakkan jawatannya, Ibrahim berkata:

"Saya akan ambil tindakan langkah demi langkah untuk atasi masalah ini.

"Selama ini pun saya tidak pernah fikir untuk masuk mana-mana parti. Buat masa ini saya lebih senang menjadi calon Bebas," katanya.

Tegas Ibrahim, beliau bukan hanya mengkritik PAS malah turut mengkritik BN.

Namun katanya, berita mengenai beliau mengkritik parti itu jarang dipaparkan di media sehingga menimbulkan pelbagai tafsiran, dan ada yang mengatakannya menyokong BN.

"Biarlah mereka (PAS) bercakap apa pun. Saya hanya dengar sahaja dulu. Mereka ada isu nak bercakap tapi jangan sampai lupa tanggungjawab di kawasan sendiri sudah," ujarnya.

http://www1.mstar.com.my

1 comment:

Anonymous said...

Heii Raja katak! Beruk-beruk di zoo pun tak suka tengok muka kau! Pilih kau sebagai calon MP umpama melepaskan seekor katak di bawah tempurung! Hidup tak prinsip. Prinsip kau perut, tembolok, glamour dan balaci kepada (BN) Bangkai Najis! Brahimmmm!! Nyah kau dari Pasir Mas!

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG