24 February 2009

Pemimpin Kanan PKR Pahang Pula Di Tawarkan Ganjaran Lumayan Jika Bersetuju Lompat Parti !!

KUANTAN - Selepas digegarkan dengan berita perletakan jawatan Ketua Penerangan AMK Pahang, kini politik PKR Pahang bergegar lagi dengan satu berita tidak rasmi yang kami terima. Biarpun maklumat ini "panas" namun ia tidak dapat disahkan lagi selagi belum menjadi kenyataan. Kami difahamkan ada beberapa pihak dalam UMNO kini sedang cuba melobi salah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang untuk kembali melompat ke UMNO. Mungkin ia bertujuan untuk menjaga nama baik bakal PM yang berasal dari Pahang iaitu Najib Razak.

Operasi "pembersihan dan pemutihan" ini terpaksa dilakukan, biarpun Pahang bukanlah negeri yang boleh menggoncangkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Menurut maklumat, usaha melobi kini sudah ke peringkat "final" dengan tawaran ganjaran mencecah jutaan ringgit. Kami difaham pemimpin terbabit masih belum memberi "kata putus" dan "lampu hijau" kepada mereka berkenaan perkara ini. Namun begitu kami yakin "pemimpin" yang dimaksudkan itu tetap akan setia bersama PKR dan tidak sama sekali akan meninggalkan parti itu.

Daripada sumber risikan yang kami terima, pemimpin terbabit telah diekori ke mana sahaja beliau pergi termasuk ke Kuala Lumpur sekali pun. Cuma kami belum menerima info apakah beliau "turut diugut dan diancam" untuk berbuat demikian. Pihak yang melobi pula katanya melibatkan pemimpin tertinggi UMNO peringkat negeri dan pusat sendiri. Apapun tunggu pendedahan seterusnya dalam masa terdekat ini.

Terkadang kami naik hairan dengan trend politik wang yang berlaku dalam UMNO rupanya kini telah merebak ke luar parti itu. Jika dulu politik wang diigunakan sebagai senjata untuk membeli undi oleh pemimpin tertentu. Kini politik wang atau rasuah digunakan pula untuk membeli wakil rakyat dan pemimpin pembangkang supaya menyokong mereka. Apakah ini budaya baru yang meresap dalam parti karat itu agaknya. Jika inilah caranya, maka kami yakin bahawa UMNO sudah menuju ke arah kehancuran sekarang. Mereka sudah hilang sokongan rakyat maka itu terpaksalah mereka membeli wakil rakyat pula untuk terus berkuasa.

http://pahangdaily.blogspot.com

No comments:

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG