23 February 2009

Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan DUN Perak!!!

Unit Amal, tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas


Unit Amal, tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas


Pasukan Unit Amal PAS telah terbukti keberkesanan amalan dan patuh mereka kepada setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pimpinan parti.

Ini dibuktikan dengan kecemerlangan yang mereka pamerkan semasa kemelut politik melanda negeri Perak baru-baru ini. Kejadian rampasan kuasa di Perak telah memberi pengalaman berharga serta membuka peluang keemasan kepada mereka untuk membuktikan kecemerlangan di dalam menjalankan tugas.

Baik siang mahupun malam, malah 24 jam mereka mengambil giliran menjaga dan mengawal bukan sahaja kediaman rasmi menteri besar Perak, MB serta keluarga, pimpinan Pakatan Rakyat malah orang ramai yang senantiasa mengunjungi kediaman tersebut.

Tiada wang ringgit yang dijanjikan malah mereka menggunakan perbelanjaan sendiri di dalam menyediakan pakaian seragam, kenderaan, makan minum serta masa yang dicurahkan tanpa rasa penat serta jemu demi menunaikan amanah yang telah diberikan.

Bukan sahaja pasukan unit amal tempatan sekitar Ipoh malah mereka yang datang daripada segenap pelusuk negara bagi membantu melancarkan tugasan yang ada.

Arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Sdr Salahuddin Ayub supaya setiap negeri menghantar pasukan unit amal mereka membantu telah disambut baik oleh semua.

Hanya berpegang kepada keyakinan serta janji Allah Taala bahawa balasan pahala kepada hambaNya yang beramal, mereka menjalankan setiap tugas dengan sempurna. Kekuatan ini amat dihormati oleh parti gabungan di dalam Pakatan Rakyat mahupun parti lawan.

Saya yang juga ahli Unit Amal (sebelum mengendalikan laman blog ini) begitu terharu akan pengorbanan dan kesetiaan yang mereka pamerkan sepanjang bertugas di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Satu tabik hormat dari saya buat semua petugas Unit Amal tak kira walau dimana pun anda berada. Teruskan usaha kalian demi perjuangan memartabatkan yang hak dan mematangkan demokrasi di negara kita.

1 comment:

MSDoubleU said...

Sudah termaktub Undang-undang lompat parti tidak boleh diadakan kerana katanya wakil berhak untuk melompat. Dan banyak laporan polis dibuat oleh puak umno dan ngo umno. Oleh itu saya cadang pengundi2 dikawasan adum lompat membuat laporan polis dan masa yang sama membuat petition pada spr supaya membatalkan kerusi adun itu dan diadakan pilihanraya yang baru. Ini kerana pengundi yang mengundi pun ada hak. Saya rasa ini cara yang terbaik.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG