Golongan celaka orang yang enggan mansuh PPSMI
Kuala Lumpur, 23 Feb - Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan Bahasa Melayu.Beliau berpidato di dalam majlis himpunan dan ikrar mansuh PPSMI. Menurut beliau, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.
Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. “Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan.”
Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.
Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina itu turutdiserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.
YB Zulkifili Nordin :Dasar PPSMI
Harakahdaily : PPSMI: Dr M.. bertaubatlah sebelum 'wafat'
TKO :PMSBI: Hishamuddin UMNO mengamalkan " All Child Left Behind"
http://pemudabesut.blogspot.com
ulasan al-brangi
Untuk menguasai bahasa inggeris adalah satu isu yang berlainan.
Begitu juga untuk menguasai matematik dan sains adalah satu isu yang berlainan.
Jadi di mana rasionalnya kerajaan berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI yang mendapat bantahan dari majoriti pakar bahasa, pakar limu matematik dan pakar ilmu sains
Ikuti komen menarik dari ADUN BANGI
No comments:
Post a Comment