2.35 petang: Mahkamah Bergelap Sekitar 15 minit
Kuala Lumpur; Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bergelap selama 15 minit sebentar tadi dalam keadaan semua pihak menunggu sebutan kali ke 2 pembicaraan krisis yang berlaku di Perak.
YAB Menteri Besar Perak,Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin sampai di mahkamah pada kira-kira jam 2.20 petang bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Ahmad Awang, Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Khoo Ham, YB.Nga Kor Ming, YB.Sivanesan dan YB.Hj.Mohd Zainuddin, Pengerusi BBC Perak, YB.Drs.Khalil Idham Lim dan Pengerusi PKR, Hj.Osman beserta ahli rombongan lain.
Semua pihak sedang menunggu masa sebutan kes untuk kali yang kedua pada bila-bila masa oleh Hakim.
Kelihatan hadir ialah Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri Perak, Ahmad Kamal yang mewakili Zambry Abdul Kadir, dimana mendapat bantahan dari peguam yang mewakili DS Nizar dalam sebutan pertama lalu.Hakim akan menentukan kewajaran beliau mewakili Zamry kerana dakwaan dikenakan atas batang tubuh Zamry sedangkan dia Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Perak.
Pada hari ini juga, Hakim akan memutuskan samaada kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.
3.42 Petang : Penghujahan Sedang Berlangsung
Penghujahan dari pihak Peguam Negara dan peguam yang mewakili DS Nizar sedang berlangsung bermula jam 2.50 petang tadi.
Hakim Mohd.Arif B.Mohd Yusuf sedang mendengar penghujahan dari kedua belah pihak mengenai persoalan pertama adakah kewajaran Mohd.Arif terus menjadi hakim dalam sebutan kes ini.
Sebelum ini timbul persoalan mengenai Moh.Arif yang pernah menjadi penasihat kepada PKR dan PAS.
5.00 Petang : Perbicaraan ditangguh.
Sebutan kes Saman DS. Muhammad Nizar Jamaluddin terhadap Zambry Abdul Kadir ditangguhkan pembicaraannya sebentar tadi oleh Hakim Mohd. Arif.
Perbicaraan akan disambung kembali pada hari Rabu ini jam 9.00 di tempat yang sama.
- DRS. KHALIL IDHAM LIM
RCI BATU PUTEH - APA YANG PATUT KITA TAHU
9 hours ago
No comments:
Post a Comment