02 May 2009

Hari Paling Bersejarah... kerajaan haram akan di isytiharkan menjadi halal


Hari Paling Bersejarah... kerajaan haram akan di isytiharkan menjadi halal

Ada apa kat SUK?…Yang ni paling best. Upacara menghalalkan yang haram.

Upacara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Perak sebelum ini…dan tidak mungkin akan berlaku lagi sepanjang hayat kita!. 7 mei 2009 merupakan satu hari paling bersejarah dalam sejarah Perak apabila satu kerajaan haram akan di isytiharkan menjadi halal. Anda tidak mahu menjadi sebahagian dari sejarah? Rugi…jangan menyesal nanti.

Anda boleh bawa anak-anak…tapi jangan bawa anak kecil sudah la. Susah nak tukar lampin…nak tukar pampers. Kalau anak yang sudah boleh berlari…kira OK la.

7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…apabila semua jalan-jalan menghala SUK akan ditutup…sempena penghalalan kerajaan haram.

7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…yang turut disertai oleh perarakan ratusan…mungkin ribuan FRU membuat lintas hormat dihadapan rakyat…tanda kekuasaan mereka.

7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…kerana suara rakyat akan dibangsatkan.

Mampuih pi dengan demokrasi. Mampuih pi dengan hak rakyat. Mampuih pi dengan kuasa rakyat.

7 mei 2009 merupakan hari dimana Umno dan Barisan Nasional menggunakan semua jentera yang ada untuk menghalalkan rampasan kuasa haram mereka.

Ini bukan soal Nizar. Ini bukan soal Anwar. Ini bukan soal Najib. Ini soal rakyat. Hak rakyat telah dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional melalui rampasan kuasa haram.

Rakyat telah dirogol…diliwat…dan dibakul sampahkan oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional.

Sekiranya anda masih lagi mempunyai maruah..masih lagi mempunyai harga diri…datanglah ke Ipoh pada 7 mei 2009…hari Khamis..seawal 7 pagi. Dan kita tunjukkan kepada Umno dan Barisan Nasional..bahawa kita masih lagi mempunyai harga diri. Kita tunjukkan kepada Umno dan Barisan Nasional bahawa kita tidak rela diperkosa..dan dirampas hak kita.

Jumpa di Ipoh!!! 7 Mei 2009. hari Khamis..Jam 7 pagi.

http://perakexpress.com

Presiden, Timbalan Presiden Mestilan Ulama'


Presiden, Timbalan Presiden Mestilan Ulama'

01 May 2009

DEBAT ISA - SIARKAN DI TV BUKAN DI RADIO

http://audie61.files.wordpress.com/2008/07/d5e5012300c42f2e87756396293aed12.jpg

DEBAT ISA - SIARKAN DI TV BUKAN DI RADIO

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada PEWARIS kerana berani menyahut cabaran dari GMI untuk mengadakan debat terbuka berkaitan isu ISA. Difahamkan di sebalik keberanian PEWARIS itu, terdapat pula syarat iaitu isu ISA tidak akan didebatkan tetapi sekadar perbincangan semata-mata. Syarat lain pula ialah PEWARIS mahukan forum perbincangan tersebut diadakan bukan secara terbuka tetapi hendaklah diadakan secara langsung melalui siaran radio BERNAMA. Alasan PEWARIS adalah untuk memberi lebih peluang kepada rakyat Malaysia mengikutinya, tetapi timbul persoalan berapa ramaikah yang mengikuti siaran radio BERNAMA tersebut malahan mungkin ramai yang tidak tahu mencari siaran tersebut.

Sekiranya ikhlas untuk memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan forum tersebut, mengapa PEWARIS tidak mengesyorkan agar kerajaan memberi kebenaran untuk menggunakan siaran TV samada RTM, TV3 mahu pun Astro untuk menyiarkan forum berkenaan? Bukankah lebih terbuka kerana kesemua lapisan rakyat dapat mengikutinya berbanding dengan siaran radio BERNAMA yang kurang popular itu? Saya rasa tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk memberi hak penyiaran apatah lagi menterinya Rais Yatim memang suka kepada perdebatan. Bukankah Rais Yatim pernah mencabar Zaid Ibrahim untuk berdebat secara terbuka? Tetapi, apabila Zaid Ibrahim menyahut cabarannya, Rais Yatim seolah-olah buat tidak mendengar dan kini sibuk untuk mencari lagu yang sesuai bagi memuja memuji PM yang baru.

Saya juga terfikir mengapa PEWARIS tidak mahu format debat diadakan tetapi lebih selesa dengan bentuk forum? Bukannya GMI inginkan kemenangan jika debat diadakan tetapi untuk menentukan kebenaran semata-mata. Bolehkah kebenaran diperolehi dengan cara berforum bagi membincangkan satu isu besar melibatkan dasar kerajaan ini? Debat bukan satu kaedah yang kotor malahan di dalam Islam juga debat diharuskan demi untuk menunjukkan mana satu kah yang benar dan yang bathil. Contoh terdekat, perdebatan di antara DS Anwar dengan Shabery Cheek yang disiarkan secara langsung melalui TV mendapat kepujian ramai kerana majlis perdebatan berjalan dengan baik dan teratur. Hasil perdebatan tersebut telah menyaksikan kepada rakyat siapa di antara mereka yang berkata benar dan yang lebih kepada mengampu.

Saya sebenarnya secara peribadi tidak bersetuju isu Akta ISA ini didebatkan atas isu halal atau haramnya di sisi Islam kerana jelas Akta ISA ini menyalahi hukum yang diperturunkan oleh Al-Quran. Perkara pokok yang jelas hukumnya tidak harus diperdebatkan. tetapi oleh kerana PEWARIS tetap berpegang bahawa Akta ISA yang ada sekarang bertepatan dengan Islam bahkan mampu menyelamatkan Ummah kononnya,maka kita bersedia untuk mendengar dan melihat nas dan dalil yang mengharuskan menahan dan memenjarakan manusia tanpa bicara ini. Kita juga ingin menyaksikan pihak manakah yang benar-benar menggunakan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Ulamak di dalam menghuraikan permasalahan ini dan pihak manakah yang cuba memutar belitkan hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Saya sarankan agar majlis yang akan diadakan itu nanti menjemput wakil dari Persatuan Ulamak atau pun Mufti sebagai Moderator atau pengulas perbincangan. Perbincangan berkenaan ISA yang melibatkan hukum di dalam Islam ini tidak memadai dan bersesuaian sekiranya Moderator atau pengulas perbincangan adalah dari golongan akademik semata-mata. Sekiranya Mufti Perak dijemput ke dalam majlis itu nanti, kita akan berpeluang mendengar apakah ulasan dari Mufti Perak tentang halal atau haram Akta ISA ini sepertimana beliau pernah menyatakan hukum terhadap `Sure Heboh' suatu ketika dahulu. Kini, `Sure Heboh' mungkin tidak dianggap haram kerana telah menjadi `Jom Heboh

http://wfauzdin.blogspot.com

30 April 2009

UMNO BN SALAH GUNA WANG KERAJAAN UNTUK KEMPEN DI BUKIT GANTANG


UMNO BN SALAH GUNA WANG KERAJAAN UNTUK KEMPEN DI BUKIT GANTANG

Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bk. Gantang mendedahkan kepada media bahawa UMNO BN telah menyalahgunakan wang kerajaan dan rakyat dalam kempen pilihanraya Bk. Gantang baru-baru ini. Beliau mendedahkan penyalahgunaan wang kerajaan ini dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat PAS Perak selepas bermesyuarat bersama dengan seluruh adun-adun PR.


Menurutnya wang kerajaan tersebut digunakan bagi membiayai kos percetakan sebuah majalah yang terang-terang digunakan sebagai bahan kempen calon BN di Bukit Gantang. Buku tersebut diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak. Menggunakan Pejabat Menteri Besar sebagai penerbit kepada majalah tersebut juga satu penyalahgunaan pejabat kerajaan.

Hj Nizar kemudiannya menyerahkan majalah tersebut kepada YB Wong, Pengerusi PAC Dewan Undangan Negeri Perak untuk diambil tindakan terhadap penyalahgunaan harta dan Pejabat Kerajaan untuk tujuan kempen pilihanraya. Satu laporan kepada SPRM juga akan dibuat di pejabat SPRM Ipoh.


http://misabah.blogspot.com/

Jawatan Timbalan Presiden : Jawapan Datuk Husam



Husam belum putus tanding Timbalan Presiden

Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah sah - MB haram

















MB Sah Belum Ada, Sidang DUN Tetap Diteruskan

IPOH
- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan walaupun menerima pelbagai ancaman pakatan pembangkang termasuk kemungkinan memulaukannya, kerana tarikh berkenaan sudah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri hanya memberi cadangan mengenai bila sidang DUN akan diadakan tetapi keputusan terakhir dan muktamad dalam menentukan tarikh persidangan berkenaan adalah dalam bidang kuasa Sultan Perak.

"Oleh itu, DUN Perak perlu bersidang dan tidak akan ditangguhkan walaupun kes semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap saya masih belum diputuskan. "Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah sah dan saya bersama anggota Exco berhak menduduki kerusi yang sepatutnya diduduki oleh kami ketika persidangan DUN nanti manakala Speaker juga mesti mengiktiraf dan menghormati pelantikan kami sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini.

Nampaknya MB BN Perak, Dr.Zamby ini semakin "bangang" dalam menilai sesuatu keputusan. Beliau tidak langsung melihat sesuatu isu itu dari sudut perundangan sebenarnya. Kenyataan bahawa kedudukan beliau sebagan MB adalah sah dan beliau serta anggota exconya layak duduk di kerusi MB dalam dewan adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal langsung. Beliau sendiri tahu yang kes beliau dengan Ir.Nizar masih belum selesai. Malah, semalam Mahkamah Persekutuan memulangkan semula kes tersebut ke Mahkamah Tinggi, biarpun Zambry merayu Mahkamah Persekutuan mengesahkan yang beliau adalah MB yang sah.

Ternyata hakim dan pihak mahkamah tidak berani untuk mengesahkannya kerena ia terang-terangan melanggar perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri Perak itu sendiri. Wajarlah sidang DUN ditangguhkan dulu hingga kes tersebut selesai. Apa akan terjadi nanti, bila sidang DUN dibuat kemudia selepas itu mahkamah pula memutusakan bahawa Ir.Nizar adalah MB yang sah?. Bukankah ia akan memalukan dirinya.

http://pahangdaily.blogspot.com

29 April 2009

Keputusan SPR bercanggah dengan persetujuan asal



Pakatan Rakyat bantah larangan pondok panas

UMNO Terengganu tolak Hishamuddin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/muhyidin.JPG
















Pelantikan Hishamudin - UMNO Terengganu Akan Berpecah Tiga


KUALA TERENGGANU
– Pelantikan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu baru tidak akan menyatukan semula UMNO Terengganu.

Bahkan, UMNO Terengganu akan mengalami perpecahan lebih serius dan teruk dengan pelantikan tersebut.

Ketua Penerangan PAS Terengganu
Hj Muhyidin Abd Rashid (gambar) berkata berkata demikian apabila diminta mengulas perkara berkenaan disini, semalam.

Menurutnya, UMNO Terengganu akan berpecah daripada dua tiga kumpulan kerana tidak semua anggota parti itu bersetuju dan menyokong pemilihan Hishammuddin menggantikan tempat Dato’ Ahmad Said.


“Pelantikan Hishamudin, yang tidak mempunyai pengalaman sebagai pengerusi perhubungan negeri akan mendedahkan UMNO Terengganu kepada tiga golongan,

“Sudah terdengar desas-desus dikalangan penyokong UMNO peringkat bahawan yang tidak berpuas hati (dengan lantikan Hishamudin), ini akan mewujudkan kumpulan baru (yang tidak berpuas hati).

Katanya, berdasarkan sejarah, kewujudan kumpulan yang menyokong tokoh tertentu dalam UMNO sudah berlaku sekian lama.

Sebelum ini, katanya, pada akhir tahun 90an wujud kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan kumpulan menyokong Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.

“Pada masa yang sama wujud kumpulan yang meyokong Dato’ Abu Bakar Daud dan kumpulan yang menyokong Dato’ Dr.Tengku Mahmud Mansor,”ujarnya.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, pemilihan Hishammuddin juga sebenarnya mengesahkan kepada umum bahawa Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu dan Datuk Seri Idris Jusoh tidak mampu bekerjasama.

Katanya, keadaan itu jelas menunjukkan keadaan UMNO Terengganu sukar untuk pulih dan bersatu seperti sediakala kerana masing-masing tidak dapat menerima antara satu sama lain.

Apabila ditanya, adakah pelantikan Hishamudin akan memberi kesan kepada pengaruh PAS, beliau berkata, ia tidak akan menjejaskan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada PAS.

“Kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bulan Januari lalu adalah manifestasi rakyat Terengganu yang dapat membezakan antara pemerintahan PAS dengan pemerintahan UMNO/BN,”tambahnya.

http://buletinonline.net

28 April 2009

Mari lihat orang yang paling tiada maruah sedang merapu



Zambry: I don't want to waste time politicking

Mahkamah Tolak Permohonan Zambry Isytihar MB yang Sah



Mahkamah Tolak Permohonan Zambry Isytihar MB yang Sah
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG