Hari Paling Bersejarah... kerajaan haram akan di isytiharkan menjadi halal
Ada apa kat SUK?…Yang ni paling best. Upacara menghalalkan yang haram.
Upacara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Perak sebelum ini…dan tidak mungkin akan berlaku lagi sepanjang hayat kita!. 7 mei 2009 merupakan satu hari paling bersejarah dalam sejarah Perak apabila satu kerajaan haram akan di isytiharkan menjadi halal. Anda tidak mahu menjadi sebahagian dari sejarah? Rugi…jangan menyesal nanti.
Anda boleh bawa anak-anak…tapi jangan bawa anak kecil sudah la. Susah nak tukar lampin…nak tukar pampers. Kalau anak yang sudah boleh berlari…kira OK la.
7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…apabila semua jalan-jalan menghala SUK akan ditutup…sempena penghalalan kerajaan haram.
7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…yang turut disertai oleh perarakan ratusan…mungkin ribuan FRU membuat lintas hormat dihadapan rakyat…tanda kekuasaan mereka.
7 mei 2009 merupakan hari yang paling bersejarah…kerana suara rakyat akan dibangsatkan.
Mampuih pi dengan demokrasi. Mampuih pi dengan hak rakyat. Mampuih pi dengan kuasa rakyat.
7 mei 2009 merupakan hari dimana Umno dan Barisan Nasional menggunakan semua jentera yang ada untuk menghalalkan rampasan kuasa haram mereka.
Ini bukan soal Nizar. Ini bukan soal Anwar. Ini bukan soal Najib. Ini soal rakyat. Hak rakyat telah dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional melalui rampasan kuasa haram.
Rakyat telah dirogol…diliwat…dan dibakul sampahkan oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional.
Sekiranya anda masih lagi mempunyai maruah..masih lagi mempunyai harga diri…datanglah ke Ipoh pada 7 mei 2009…hari Khamis..seawal 7 pagi. Dan kita tunjukkan kepada Umno dan Barisan Nasional..bahawa kita masih lagi mempunyai harga diri. Kita tunjukkan kepada Umno dan Barisan Nasional bahawa kita tidak rela diperkosa..dan dirampas hak kita.
Jumpa di Ipoh!!! 7 Mei 2009. hari Khamis..Jam 7 pagi.
3 comments:
Pengistiharan kerajaan haram akan menjadi satu tamadun yang paling mengaibkan kerana suara rakyat telah diketepikan, suara rakyat tidak perlu,suara rakyat tidak penting.Begitu sekali dasyatnya pentadbiran yang wujud dari kaum yang tidak mahu peka dengan keadaan semasa sedangkan mereka melihat dan mendengar bagaimana tercemarnya institusi perlembagaan yang telah mereka corakkan. Rakyat diperbodohkan!
Inilah akibatnya apabila 'rasuah' telah menjadi budaya wajib dalam UMNO dari ahli bawahan sehinggalah pimpinan atasan. Akibatnya semua institusi kerajaan mahu diperkudakan untuk menjayakan misi kerajaan haram. Berapa lama kerajaan haram ini boleh bertahan? Beginikah budaya politik yang ingin ditunjukkan oleh pemimpin umno kepada generasi muda pada hari ini?
Malang sungguh cara berfikir pemimpin umno hari ini. Mereka telah tergolong dalam golongan penjenayah berlesen serta disokong oleh penguatkuasa berlesen. Apa saja jenayah pemimpin umno/BN lakukan tidak menjadi kesalahan. Sebaliknya jika kena pada rakyat, contoh jika penunggan motosikal tidak memakai topi keledar, itu sudah boleh disaman. Kalau pemimpin BN, bunuhlah, rogollah, rasuahlah...pendek kata buatlah sesuka hati mu, maka mereka akan terlepas daripada hukuman kerana pemimpin umno berkuasa!
Paling kesian, tengok Tok Mufti Perak kerana diperkuda dan diperbodohkan oleh puak umno. Dulu fatwakan Jom Heboh haram masa Tajul Rosli MB. Sekarang, boleh pulak di zaman Zambry Mugabe jadi MB haram ni! Apa punya standard mufti, Harussani ni! Fuluss...Fuluss!!!!
lu apa cerita..puak2 malaun ni yg hhalal pun diharamkan inikan pulyg haram...lagi senang dihalalkan. jgn pening2kan kepala otak kau orang.... orang perak dah tak heran dengan pak itam.... selagi ia tak jadi putih maka itulah mereka nak cloroxkan sampai putih.. ada faham hi hi hi
selagi man above law selagi itulah kucar kacir se malaya. pak menteri sibok kumpul harta wangringgit bertimbun selagi tak habis penggal... pak wakil rakyat...dah tak horaukan rakyat lagi dek kerana kelabu dengan pulus pulus...pak mufti dah tak bergigi lagi dah tinggal gusi tak terkata2 apa dah.... yg mangsanye ialah rakyat terbanyak... sian kami. pangkah kati...tak pernah balance..pangkah bulan tak terang2..pangkah mata...kelabu asap...so nak pangkah apa lagi... balik umah pangkah bini je la.......
Post a Comment