26 April 2009

Memo Berkaitan Imej Najib Kepada Majlis Raja-Raja

http://dppwp.files.wordpress.com/2009/03/mahfuz.jpg

Mahfuz Hantar Memo Berkaitan Imej Najib Kepada Majlis Raja-Raja

K
etua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar akan mengorak langkah menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu minggu depan bagi memohon penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan terhadap Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak.

Suruhanjaya tersebut juga dilihat perlu bagi mengatasi krisis kewibawaan Datuk Seri Najib yang kredibiliti dan kepimpinannya kini semakin dipersoalkan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Ketika dihubungi TV Antara beliau berkata perkara berhubung imej Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia sangat serius dan memerlukan tindakan segera dan konkrit daripada Raja-Raja Melayu sebagai payung keutuhan dan kestabilan negara

"Rakyat mempertikaikan kredibiliti Perdana Menteri negara kita malah media barat turut menyiarkan laporan berita yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.

"Perkara ini sangat serius kerana masyarakat antarabangsa sudah bercakap mengenainya dan ini boleh menjejaskan imej negara.

"Oleh sebab itu saya berpendapat satu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat segala dakwaan terhadap Datuk Seri Najib dan membersihkan namanya sekiranya beliau tidak bersalah," kata beliau lagi.

Datuk Mahfuz menambah sekiranya Perdana Menteri didapati tidak bersalah Suruhanjaya Diraja tersebut wajib menyaman media barat yang memfitnah beliau.

Walaupun beliau menyifatkan langkah menghantar memorandum ini sebagai sebagai inisiatif peribadi beliau sebagai Ahli Parlimen Datuk Mahfuz berharap rakan seperjuangan daripada Pakatan Rakyat akan turut bersama-sama menghantar dokumen tersebut kepada pihak Istana Negara.

http://greenboc.blogspot.com

No comments:



LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight