Peraduan cipta lagu wawasan Najib
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan peraduan mencipta lagu '1Malaysia', wawasan baru yang sedang dipromosikan oleh perdana menteri.
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pertandingan lagu wawasan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai simbol perjuangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Rais yang dilantik oleh Najib menganggotai kabinet dan MT UMNO walaupun kalah pada pemilihan parti itu bulan lalu, tidak menghurai kos untuk menganjurkan pertandingan slogan 1Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri.
"Insya Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan dan pemilihan lagu itu akan dapat kita putuskan mana yang terbaik," kata Rais.
Tambah beliau, lagu 1Malaysia dalam Bahasa Malaysia akan disebarluaskan di semua stesen televisyen dan radio.
5 comments:
Masyaalah..anta ini Rais...wa amfu sana...wa amfu sini.....kalu tak dak amfu-amfu...tak boleh hidup kaa....dulu bakar itu jem..bataaann..sekarang ini...amfu-amfu fulak...masya allahhh...
rais2..
gaya ko cakap nampak berkarisma...
tp,ape yg ko ckap memang merapu dan mengampu...
kalo nak tengok kaki ampu banyak...dlm CUEPACS berlambak, suma jenis tamak haloba
Seronok dengar kalau siRais ni bercakap, sepatah-sepatah yang keluar dari mulutnya...kononnya nak bagi orang faham, apa dia ingat pendengar ni sebodoh dia ke.
ingat masa dia Semangat 46 dulu. Dia kata Rahmah Osman sebagai Pelacur Politik setelah makcik tu kembali ke UMNO.... sekarang dia apa ye? Nak kata pelacur... tak selera tengok....
Post a Comment