10 May 2009

Tahanan ISA Paling Lama... Bebaskan Suami Saya - Isteri

Isteri rayu bebas suami yang sudah 7 tahun di tahan ISA

PETALING JAYA 9 Mei – Isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) paling lama, Mat Sah Mohd. Satray, 46, merayu kerajaan membebaskan suaminya yang sudah tujuh tahun ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak.

Norlaila Othman, 45, yang mempunyai seorang anak remaja bersama Mat Sah berkata, tekanan hidup yang ditanggung sejak suaminya ditahan pada 2001 bukan sahaja menyebabkan beliau menderita malah terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi.

“Saya dan keluarga berulang-alik Kuala Lumpur ke Taiping dua kali sebulan kerana mahu melawat beliau di penjara dan terpaksa membayar belanja minyak dan tol selain berkorban masa dan tenaga untuk kesejahteraan beliau.

“Semasa ditahan, anak kami berumur lapan tahun dan dia tidak faham apa-apa. Kini dia sudah dewasa dan lebih memahami sebab bapanya dimasukkan ke penjara tetapi tekanan jelas terpancar pada wajahnya setiap kali nama ayahnya disebut,” kata Norlaila kepada Mingguan Malaysia.

Beliau ditemui semasa majlis soal jawab anjuran Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) bertajuk Debat : Halal atau Haram yang dikendalikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib di sini hari ini.

Mat Sah ditahan kerana dipercayai ahli Jemaah Islamiah yang dikatakan terlibat dalam aktiviti subversif terhadap kerajaan dan boleh menggugat keamanan serta keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Norlaila berkata, sejak hari pertama suaminya ditahan, beliau tidak pernah putus asa menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri agar Mat Sah dibebaskan.

http://kedahlanie.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Kalau baru2 ni boleh bebaskan 13 tahanan ISA tanpa bicara, maknanya ISA tu memang tak relevan la. Jadi kenapa tak bebaskan semua tahanan ISA tu. Kenapa nak pilih2 pulak untuk lepaskan tahanan ISA yang dah sah tak lakukan apa2 kesalahan pun???

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG