25 February 2009

Kalau Yang Ni 20 Juta... Yang Tiga Ekor Tu,Kira Sendirilah..

D
Dua ADUN Perak Dakwa Ditawar Imbuhan Jika Keluar Parti


IPOH, 25 Feb (Bernama) -- Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar wang sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di sini ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

ADUN Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

Kerajaan pakatan pembangkang Perak tumbang awal bulan ini selepas BN menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mereka mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.

Tawaran jawatan Anggota Exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang agen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang agen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A. Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).

http://www.bernama.com

SPRM Dah Dapat Hadiah Lembu Hari Ini!!

Pemuda Keadilan serah anak lembu kepada SPRM

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan hari ini menyerahkan seekor anak lembu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa badan itu mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kesalahan salah guna kuasa.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata anak lembu itu adalah sebagai simbol bantahan mereka terhadap SPRM yang dilihat bersungguh-sungguh menyiasat kes Abdul Khalid yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung penyelenggaraan sebuah keretanya dan dalam pembelian 46 ekor lembu korban di kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

"Dalam kes MB Selangor yang kita protes hari ini, dalam keadaan kertas siasatan masih berstatus rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ketua Pesuruhjaya SPRM telah membuat kenyataan mendahului mahkamah untuk memulakan pendakwaan ke atasnya," katanya kepada pemberita di luar bangunan SPRM Selangor di sini hari ini.

Jumaat lalu, Ahmad Said berkata SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mengheret Abdul Khalid ke muka pengadilan berhubung dakwaan itu.

http://www.bernama.com

Mufti Wilayah, ahli UMNO no: 937786

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.


Dalam satu kenyataannya, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Mufti yang sama juga pernah berkata "sumpah mubahalah" yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan.

Begitu mudah seorang mufti mengeluarkan hujjah berdasarkan hadith tanpa memberitahu "Sultan" yang bagaimana yang dikehendaki atau yang dimaksudkan oleh hadith berkenaan.

Sedangkan Anas meriwayatkan:

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan Sultan dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan Sultan dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Karena itu, jauhilah mereka." (HR al-Hakim).

Saidina Abu Bakar menegaskan ketika menerima perlantikan sebagai Khalifah, bahawa baginda wajib ditaati jika melaksanakan undang-undang Allah Ta’ala, bukan kerana sebab-sebab lain. Kerana terdapat ulama yang menyembunyikan hakikat ini, maka terjadilah keriuhan gila-gilaan berasaskan kejahilan tentang hukum Islam dan penderhakaan terang-terangan terhadap ajaran Islam.

Imam Ghazali telah mengingatkan umat Islam, terdapat dua jenis ulama: ulama jahat yang menggunakan Islam untuk dunia; ulama baik yang takutkan Allah Ta’ala dan cintakan Nabi SAW dan umat Islam. Sukar mendapat jenis ulama kedua ini, kerana begitu ramai “ulama” yang mengutamakan dunia dan kemewahan hidup. Ulama jenis ini wajib diderhakai seperti SUltan (pemimpin) yang jahat juga wajib diderhakai. Itulah prinsip Islam yang mesti dipegang dan dilaksanakan oleh umat Islam. Tepat dan jelas, tiada apa-apa kekeliruan lagi.

Bila disemak semula rupa-rupanya Mufti ini ialah seorang ahli berdaftar sebuah parti yang sentiasa bersalahan dengan hukum Islam malah tidak pernah menerima Islam di dalam bentuknya yang syumul.

Justeru itulah tidak hairan kenapa Mufti itu menjadi sedemikian perangainya.
Greenboc

http://pemudabesut.blogspot.com


Tragedi Kuala Kangsar: Timbalan Pengerusi PKR Pahang Telah Di Tangkap

Terkini: Mr.Ram,Timbalan Pengerusi PKR Pahang Telah Di Tangkap Berhubung Dengan Kes Suspek Insiden Perhimpunan Haram Di Kuala Kangsar !!

KUANTAN - Ini berita baru kami terima, ia berkaitan pihak polis dikatakan telah berjaya menangkap seorang lagi suspek kes perhimpunan haram di Kuala Kangsar semasa perlantikan Menteri Besar Perak, Dr.Zambry di Istana Iskandariah, Bukit Chandan baru-baru ini. Dalam perhimpunan itu beberapa orang awam telah ditangkap di tempat kejadian dan lima daripada suspek berkenaan telah disiarkan gambar mereka oleh media arus perdana. Salah seorang suspek berkenaan ialah Saudara Ponusamy a/l Govindasamy (foto) yang lebih dikenali dengan gelaran Saudara Ram iaitu Timbalan Pengerusi III, Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang. Menurut sumber, beliau telah ditangkap sebentar tadi. Namun kami masih belum dapat memastikan lokasi tangakapan berkenaan. Sebelum ini beliau telah diarahkan menyerah diri dimana-mana balai polis yang berdekatan. Beberapa hari lalu, rumah beliau di Kuantan telah digeladah dan diserbu oleh pihak polis. Krew kami sempat berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebentar tadi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Menurut isterinya, Saudara Ram telah ditahan oleh pihak polis sekiar jam 5.00 petang tadi. "Saya sungguh terkejut bila melihat polis menghantar motorsikal yang ditunggani oleh suami saya ke rumah, sedangkan bila ditanya mereka mengatakan beliau telah dibawa ke balai polis. Semalam dan pagi ini Ram dilihat kelihat resah seolah-olah mengesyaki sesuatu akan berlaku kepada dirinya. Beliau pulang ke rumah semalam dan hari ini seperti biasa mempunyai urusan di kliniknya berdekatan jalan Mat Kilau dekat sini" katanya.

"Ketika ditahan, saya sempat menghubungi beliau menerusi telefon bimbitnya dan beliau mengatakan berada dalam keadaan selamat. Namun selepas itu kami gagal untuk menghubungi malah menemui beliau sekali pun. Peguam kami juga telah dihalang oleh pihak polis untuk menemui beliau di lokap IPD Kuantan (foto). Saya tidak faham apa yang berlaku, sebelum ini suami saya telah memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung dengan perhimpunan haram di Kuala Kangsar dulu. Bahkan polis disana mengatakan yang suami saya tidak akan ditahan lagi, malah menyuruh saya menghubungi beliau jika ada apa-apa berlaku kepadanya. Namun sebaliknya lain pula yang terjadi. Saya telah menghubungi rakan-rakan dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang lain untuk memaklumkan perkara ini" tambah isterinya dengan nada sedih. Kami difahamkan beberapa orang pimpinan PKR Bahagian Kuantan telah datang ke IPD sebelum ini, namun gagal untuk bertemu beliau. Difaham pimpinan PKR negeri termasuk Pengerusi Perhubungan iaitu Dato' Fauzi Abdul Rahman telah dimaklumkan perkara ini. Beliau khabarnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan ketika kejadian berlaku tadi. Difahamkan Saudara Ram akan dibawa ke mahkamah pagi esok untuk permohonan tahanan reman.

Saudara Ram adalah merupakan antara pemimpin utama kaum India di Pahang yang paling menyerlah. Beliau sering terlibat dan hadir dalam kebanyakan program-program parti, baik di Pahang mahupun di Kuala Lumpur. Pengalaman ditahan, diherdik dan disepak polis adalah perkara biasa baginya. Dalam pilihanraya umum lalu, beliau bertanding atas tiket PKR di Parlimen Bentong. Biarpun tewas, namun beliau masih berkerja hingga ke hari ini hinggalah kedudukan kerusi itu diambil alih oleh Ketua Bahagian yang baru sekarang.

Ramai yang terkejut melihat beliau hadir bersama rakyat Perak di Kuala Kangsar dulu. Namun mereka lebih terkejut lagi bila melihat wajahnya dipaparkan oleh media massa sebagai salah seorang suspek yang amah dikehendaki polis berhubung dengan kes perhimpunan haram di Kuala Kangsar itu. Imejnya yang bertopi putih memyebabkan kelibatnya mudah dikenali.

http://pahangdaily.blogspot.com

Nizar lwn Zambry: Hakim tarik diri



Malaysiakini : Nizar vs Zambry: Judge recuses himself

Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Mohd Shahid, yang berkata beliau mewakili Datuk Zambry Abdul Kadir, juga turut mengemukakan bantahan pelanggannya terhadap Mohamad Ariff mendengar kes tersebut.

http://nikhassanazmi.blogspot.com

Menteri Pesar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai peguam kanan, Sulaiman Abdullah.

Pejabat Peguam Negara diwakili oleh Kamaluddin Md Said dan Suzana Atan.

Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut.

Beliau juga juga yakin akan menang dalam kes tersebut.

SPR: 4 Mac tetapkan pilihan raya kecil Batang Ai

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerusi Batang Ai di Sarawak akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil 4 Mac ini.

Mesyuarat kali ini akan diadakan di Kuching berbanding empat pertemuan sebelum ini yang berlangsung di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

"Oleh kerana ia melibatkan bahagian di Sarawak dan oleh kerana SPR juga bercadang mengunjungi pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, maka mesyuarat akan diaadakan di Kuching bagi menetapkan tarikh pilihan raya," kata Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebentar tadi.

Pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN) semalam.

Terdahulu, Pengarah SPR Sarawak, Takun Sunggah memberitahu Bernama bahawa notis yang ditandatangani oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar itu dihantar melalui faks terus ke SPR di Putrajaya.

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini pada 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dengan majoriti 806 undi.

http://www1.mstar.com.my

Kenyataan Bodoh Bekas Perompak Wang Rakyat Selangor

Kenyataan bodoh Muhd. Taib

Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib mengeluarkan kenyataan bodoh dengan katanya tindakan Pakatan Rakyat bertujuan memastikan suasana politik Perak terus huru-hara dan memaksa Sultan Perak tunduk kepada tekanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan pakatan Rakyat di Perak disifatkan menganggu pentadbiran kerajaan pimpinan Menteri Besar Kudeta,Zambry Abd. Kadir membuktikan mereka merancang penderhakaan bersiri terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Memanglah layaknya seorang perompak wang rakyat selangor yang dibawa lari ke Australia bercakap tanpa menghiraukan di Perak juga BN merompak kuasa dari rakyat dan pakatan Rakyat.

Muhd Taib menuduh tapa asas yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Perak (DUN), V. Sivakumar yang menggantung keanggotaan Zambry dan enam exco kerajaan negeri serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas baru-baru ini.

Isu derahaka yang sudah lapuk dan tidak dapat memancing undi orang melayu dimainkan kembali oleh beliau, ‘‘Cadangan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang khas bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry merupakan tindakan penderhakaan bersiri kepada Sultan Perak,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

http://idhamlim.blogspot.com

Bukan nak suruh DERHAKA. tapi suruh sultan buang CELAKA

CELAKA dalam Kerajaan Pakatan Rakyat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Apa isu sebenar di Perak? Cyberboron dah tulis panjang lebar pasai ni kat blog dia. Kesimpulannya cukup mudah. Isunya berkenaan kuasa memerintah di Perak. Masa Pilihanraya ke-12, rakyat tarik kuasa tu dari BN dan dapat kat PR. Dah tentulah BN berusaha nak ambik balik kuasa tu.

Yang jadi krisisnya pasai Umno tak mampu nak tunggu sampai pilihanraya akan datang. Pimpinan Umno ni boleh kata semuanya jenih cari makan melalui politik. Bla dah tak memerintah kurang la duit masuk. Nak harap dari Kerajaan Pusat memang laa ada tapi tak cukup pasai depa ni selama har ni jenih mulut buaya, mulut ikan jaws.

Yang lagi depa takut, PR akan bertambah kuat pasai dah ada kuasa memerintah negeri. Lagi lama kerajaan PR bertahan lagi kuat laa pengaruh PR. Pasa tu laa seboleh mungkin depa nak rampas kuasa secepat mungkin.

Lagi memudahkan usaha depa bila Kerajaan PR Perak simpan CELAKA. dalam selimut. Bukan takat simpan, siap bagi selimut lagi. Bukan takat selimut, bagi makan lagi. Bukan takat tu, tapi kena bergantung kat CELAKA. ni mintak tolong jaga negeri.

Bukan takat sorang CELAKA, tapi 2 CELAKA. Memang sebenarnya ramai lagi CELAKA-CELAKA dalam kerajaan negeri ni, tapi yang lain-lain tu boleh lagi kita pedo, tapi yang 2 CELAKA ni takut tak terlawan kita, dan dan terbukti depa melawan kita terang-terang.
Beberapa nama tiba-tiba menjadi popular termasuk Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim (SUK), Dato' Ahmad Kamal Md Shahid (Penasihat Undang-Undang Negeri)., Dato' Seri Panglima Mohd Annuar Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) dan Dato' Abd Rahim Mohamad Nor (Setiausaha Sulit DYMM Sultan). Empat nama besar ini dikaitkan sebagai penggerak utama konspirasi rampasan kuasa arahan Najib dan Zahid.

Nampak kat mana duduk CELAKA-CELAKA tu? Bukan lekeh-lekeh punya tempat tapi tempat utama. Kalau dalam kapal, CELAKA-CELAKA NI laa yang kita bagi pegang kemudi, pegang kompas, pegang radar,jaga senjata.

Kalau kita betui-betui kuat macm Kelantan tahun 1990 dulu takpa laa. Ni boleh kata macam teluq dihujung tanduk. Tunggu masa jaa, kalau tak kena cucuk dengan tanduk pun bila-bila masa teluq boleh jatuh. Bagi pulak CELAKA-CELAKA tu jaga teluq. Patut ka suruh depa jaga teluq kita macam depa jaga teluq depa.

Sepatutnya kita dah banyak belajar dari pengalaman Kelantan, pengalaman Terengganu. Memang masalah CELAKA-CELAKA macam depa ni la yang dulu dok buat kacau. Terengganu dengan Kelantan dulu takpa laa pasai margin depa banyak, tak macam kita, cuma 2 ja.

Apa susah sangat ka nak buang CELAKA-CELAKA ni. Aku tak reti pasai perjawatan dalam kerajaan negeri ni tapi ada membar bagitau nak lantik atau buang CELAKA-CELAKA ni payah sikit pasai terletak bawah di bawah kuasa sultan.

Kalau betui pun bawah kuasa sultan takkan kita tak boleh buat apa-apa. Patutnya awai-awai lagi Hj Nizar SEMBAH DERHAKA. kat sultan. Kalau masa awai-awai dulu aku rasa tak susah mana. Macam kes Jamry Sury dulu tu, aku yakin kalau Hj Nizar berkeras lebih sikit, sultan akan akur punya. Kita bukan nak suruh sultan buat salah, cuma nak mintak sultan buang orang yang bermasalah ja.

Kalau pun sungguh sultan tak setuju buang CELAKA-CELAKA tu pun, takkan takdak cara lain. Tak boleh cara elok takkan tak boleh buat cara kasar. Takkan yang tu pun tak reti.

Kalau betu tak reti cari la orang yang reti. Belambak dok ada orang yang memang kerja depa buat benda-benda macam tu masa dalam Umno dulu sebelum depa masuk PAS. Depa-depa ni memang tunggu sangat peluang nak 'bayar hutang'. Bukan calang-calang jahat depa perah buat kat PAS masa depa dalm Umno dulu.

Memang laa tindakan menyingkirkan CELAKA-CELAKA tu akan ada kesan. Tapi tara mana sangat kesan dia. Tak lama mana pun kalau jadi isu. Tambah pulak bukan Umno tak pernah buat sebelum ni.

Dari segi moral pun pada aku tak salah. Dah sah-sah CELAKA-CELAKA ni masa Umno lantik dulu, depa dah check status tahap kesetiaan depa kat Umno, dan depa ni pun dah lama kena tarbiah dengan Umno. Lagipun kita cuna nak lebih melicinkan pentadbiran.

Pengalaman krisis Perak ni patut diambik iktibar. Kerajaan-kerajaan PR yang lain macam Kedah, Selangor dan Penang kena ambik tindakan. Tambah-tambah Kedah, aku dengar kat Kedah CELAKA-CELAKA macam yang 2 kat Perak ni ada jugak kat Kedah. Dengar ceritanya depa pun tak kurang jugak menyusahkan Ust Azizan.

Nasihat aku, buang ja CELAKA-CELAKA ni Ustaz, simpan buat apanya. Pi la cepat-cepat SEMBAH DERHAKA. kat Sultan Kedah, mintak buang depa-depa ni. Bukan suruh derhaka, cuma SEMBAH DERHAKA.. Biar Ustaz sorang SEMBAH DEHAKA., jangan sampai jadi macam kat Perak, ramai rakyat bukan takat SEMBAH DERHAKA. kat sultan, mufti pun depa maki.

Mungkin laa keadaan Kedah tak kritikal macam kat Perak, tapi CELAKA-CELAKA ni patut jugak dibuang, takpayah dah bela CELAKA-CELAKA ni. Depa ni memang akan cuba nak sabotaj kerajaan negeri pasai depa ni sebelum-sebelum ni pun memang tak pernah wala' kat Menteri Besar, depa cuma wala' kat Umno.

Bukan nak suruh DERHAKA. tapi suruh sultan buang CELAKA

http://cenangau.blogspot.com

24 February 2009

PPSMI: Khairy setuju debat dengan Pemuda PAS


Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan beliau secara pribadi untuk berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu PPSMI.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi tadi calon Ketua Pemuda UMNO itu menerima surat jemputan debat daripada Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Dalam sidang media di lobi parlimen itu, Khairy berjanji akan membawa surat tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda UMNO.

Selain itu Khairy turut sepakat dengan Salahuddin untuk berbincang berkenaan dengan isu ISA. Perbincangan tersebut dijadualkan pada minggu depan di lobi parlimen. Walau bagaimanapun masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana melantik beliau sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau berjanji akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus dan Kamaruzaman Mohamad

Video berkaitan :
tvPAS: Exco pemuda Umno enggan terima surat cabaran debat PPSMI

Serahan surat untuk berdebat di dalam isu PPSMI tidak dapat disampaikan kepada Pemuda UMNO kerana Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein tidak hadir di Dewan Rakyat.


http://pemudabesut.blogspot.com

Foto MB Perak DS Nizar di Pengkalan Hulu hari ini !

Selepas memberi ucapan yg berapi-api MB kita amat dahaga tu.....

Unit Amal bergambar kenangan bersama MB Nizar dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat parlimen gerik

Dihujung sekali yg mengangkat tanda OK tu pengerusi tetap PKR Bahagian Gerik

Rakyat mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan MB Nizar yang disayangi

Sokongan padu pakatan rakyat parlimen gerik kepada Menteri Besar yang sah

MB Nizar sedang memberi ucapan dan penerangan tentang kedudukan kerajaan perak yang mempunyai 2 MB. Menteri besar nizar yg sah (PR) dan MB Zambry (UMNO BN) yang haram seharam-haramnya.

Polis turut memberi kerjasama tentang keselamatan semasa perjumpaan dengan rakyat di daerah hulu perak

Sebahagian rakyat yg hadir untuk memberi sokongan kepada MB Nizar

MB Nizar ketika tiba di Pengkalan Hulu petang tadi.

Menikmati hidangan lauk kampung

Tambah lagi Mb..tambah lagi..ikan bakor cecah ayor asam tu !

Ustaz roslan mewakili pakteh menyampaikan cenderahati dan surat penhargaan atas pengurniaan tanah kepada pondok pakteh seluas 45 ekar

Sebahagian tetamu yg hadir semasa taklimat menteri besar

http://keadilangerik.blogspot.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG