04 March 2009

Pilihan raya kecil DUN Batang Ai serentak 7 April

[DIKEMAS KINI, 12.35 TENGAH HARI] PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Dengan keputusan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN - Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.

Batang Ai terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Hari penamaan calon bagi kerusi DUN Batang Ai juga akan diadakan serentak pada 29 Mac, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kuching sebentar tadi.

Pada 13 Februari lalu, SPR memutuskan untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April.

Pada 24 Februari lalu, kerusi Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN).

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak dengan majoriti 806 undi.

http://www1.mstar.com.my

03 March 2009

Slideshow SUK Perak Dan Sidang Tergempar DUN Perak

SLIDESHOW Drama DUN Perak 3 Mac.2009

Songkok Tinggi masuk setan, Maki MB Nizar

am 9:30 pagi, delegasi ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat tiba dengan menaiki sebuah bas. Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar pula tiba dengan kereta rasmi Menteri Besar Perak. lagi sebiji aku tak pasti kereta sape, mungkin kereta Speaker DUN kot.

Dah sampai depa berkumpul lebih kurang 100 meter dari Bangunan SUK sebelum bersama-sama bergerak menuju ke Bangunan SUK sambil diiring ketat para pengawal-pengawal dari unit kawalan Pakatan Rakyat.

Hampir 50 meter dari Bangunan SUK, bermulalah kejadian yang tak diingini.........

Mamat Songkok Tinggi & The Gang bertindak kasar dengan merempuh Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang membentuk benteng bagi menjaga keselamatan para pimpinan Pakatan Rakyat.

Sambil merempuh benteng keselamatan, mulut Songkok Tinggi & The Gang tak renti-renti dok maki hamun dan mencarut-carut dekat barisan MB & EXCO Pakatan Rakyat.

Masa kejadian rempuh-merempuh tu aku tengok ADUN Simpang Pulai kene tolak dekat salah sorang geng songkok tinggi. hampir-hampir nak tergolek YB kita tu dibuat puaka-puaka Songkok Tinggi.

Masa tu aku tengok suasana betul-betul tegang. 4-5 orang jugak wartawan dan jurugambar makan penyiku geng Songkok Tinggi masa cuba dok snap gambar depa.

Part yang paling best sekali ialah dekat sini. masa ni keadaan dah hampir-hampir tak terkawal sebab Songkok Tinggi masa ni dah masuk setan. dia pi maki dekat Dato' Seri Menteri Besar siap angkat-angkat tangan macam nak belasah orang.

Wartawan dan Jurugambar media yang ramai-ramai ada dekat situ pakat-pakat jerit panggil polis dekat sebelah tu tapi yang sialnya POLIS BUAT TAK TAU JE...!!!


Mula dari kejadian ni la orang ramai, wartawan dan jurugambar dah naik angin. ramai yang dah berbunyi tak puas hati dengan polis yang tak dapat kawal keadaan dan sanggup tengok je geng-geng Songkok Tinggi buat gila babi.

Tapi aku puji Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang sedaya upaya menjaga keselamatan para Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun depa ni bukan sama kaler kulit. berbeza dengan Mamat Songkok Putih yang dok laung-laungkan "ISLAM", "ISLAM" tapi dalam masa yang sama dok maki hamun carut marut dekat Dato' Seri MB yang sesama bangsa dan agama.

Korang tengok la betapa gila babinya Songkok Tinggi & The Gang dok sedaya upaya nak lepas benteng keselamatan Pakatan Rakyat sebab nak serang Dato' Seri MB... lakhnat sungguh...!!!

Aku tak kenal Mamat Songkok Tinggi ni sape tapi aku ada rasa malu dekat geng-geng Cina & India sebab orang yang SAH sama bangsa dengan aku dan jugak aku yakin dia ni sama agama dengan aku buat hal macam ni. amat memalukan.

Salute untuk Unit Keselamatan Pakatan Rakyat yang punya tahap kesabaran yang tinggi (lagi tinggi dari songkok Mamat Songkok Tinggi) dan berjaya menangani keadaan yang amat tegang ni dengan berhemah disamping berjaya menjaga keselamatan para Pimpinan Pakatan Rakyat dengan jayanya.

Yang ada sikit-sikit terlepas pandang tu kira halal la sebab kalau korang ada dekat situ tadi korang tau macam mana keadaan cemas tu.

Kejadian tadi jugak yang menjadi penyebab kepada berlakunya insiden orang ramai pi maki hamun polis. memang kejadian maki hamun polis tu berlaku tapi bersebab.

Sebabnya ialah, pihak polis sendiri yang buat bodoh bila orang ramai panggil depa mintak tolong selesaikan suasana cemas tadi. semua orang tengok dengan mata kepalaa sendiri macam mana anggota polis cuma jadik TUNGGUL je dalam keadaan gawat.

Polis yang memburukkan institusi Polis, bukan orang ramai yang buat nama polis BUSUK...!!!

http://perisik-rakyat.com

2 pokok saksi sidang DUN, mahkamah sambung sesi petang

MESYUARAT DI BAWAH POKOK... Kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang tergempar DUN Perak di bawah pokok di kawasan Medan Istana berhampiran bangunan SUK di Ipoh kira-kira pukul 10.30 tadi.
TETAP HADIR... Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melambai kepada penyokongya di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau hadir pada sidang DUN tergempar pagi tadi. -- foto The Star oleh SAIFUL BAHRI dan ZABIDI TUSIN

2 pokok saksi sidang DUN, mahkamah sambung sesi petang

[DIKEMAS KINI, 4.15 PETANG] IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh sedang mendengar hujah plaintif - Menteri Besar Perak dan enam Exconya - yang mengemukakan permohonan baru pagi ini untuk memperoleh perintah injuksi melarang mana-mana pihak mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) secara tidak sah.

Permohonan relief sampingan itu merupakan tuntutan tambahan daripada saman yang difailkan petang semalam.

Sesi itu bermula pukul 2.30 petang tadi.

Mahkamah mendengar hujah tersebut selepas pukul 10.30 pagi tadi menolak pasukan peguam swasta dilantik Speaker, V. Sivakumar untuk mewakilinya.

Malah pada waktu serentak sebelah pagi tadi, Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan sidang tergempat dengan meluluskan tiga usul termasuk meminta pembubaran DUN.

Sidang tergempar itu diadakan di tepi jalan sebatang pokok di kawasan Medan Istana, yang terletak kira-kira 50 meter dari bangunan SUK.

Selain syor pembubaran DUN, dua usul yang lain menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik semalam, Mohd. Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 200 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Ia disusuli sidang akhbar di pejabat DAP Perak yang terletak berhampiran.

Pada sidang akhbar itu Mohammad Nizar berkata beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi mempersembahkan keputusan Dewan hari ini untuk membubarkan DUN Perak.

Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri berkata, persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Ketika ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Azlan enggan memperkenankan pembubaran DUN, Nizar berkata, jika pembubaran dewan tidak dilaksanakan, ia akan hanya menyebabkan krisis perlembagaan kini berpanjangan sekaligus menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.

"Jadi, kami menyampaikan hasrat rakyat Perak agar Tuanku mendengar suara rakyat dan membubarkan dewan," katanya.

Apabila diberitahu bahawa beberapa ADUN dari Barisan Nasional mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Setiausaha Dewan mengenai persidangan hari ini, Nizar berkata, Speaker telah memaklumkannya kepada semua ADUN.

Ngeh pula meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan pembubaran dewan kerana, menurutnya, itu adalah satu-satunya penyelesaian segera terhadap masalah dan krisis yang berlaku kini.

Beliau berkata, laporan polis akan dibuat terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar hari ini, kerana menghina.

Dalam pada itu, Keputusan penolakan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim selepas menemui kedua-dua pasukan pembela dan plaintif kira-kira 30 minit di kamarnya.

Alasan yang diberikan Ridwan adalah pasukan peguam yang dilantik Sivakumar tidak layak untuk mewakili Speaker tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh ketua pasukan peguam Sivakumar, Tommy Thomas.

Kata beliau, mahkamah memutuskan bahawa di bawah peruntukan Akta Tatacara Kerajaan, Speaker hanya boleh diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri atau Jabatan Peguam Negara.

Dalam hal ini katanya, Speaker akan diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid.

Dalam pada itu, sidang tergempar yang diadakan di kawasan lapang berdekatan bangunan SUK telah meluluskan tiga usul.

http://www1.mstar.com.my

Penyokong UMNO Baling Batu, Botol Ke arah Nizar


Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaling botol air dan batu oleh kumpulan yang dipercayai penyokong UMNO selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri.

Kejadian berlaku di luar pejabat DAP di Ipoh setelah Nizar selesai mengadakan sidang akhbar mengenai persidangan bersejarah itu yang diadakan di bawah pokok di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang diambil alih oleh polis

Ketika memasuki keretanya, sekumpulan orang membaling botol air mineral dan batu ke arah Nizar sebelum melarikan diri (Sendiri mau Ingat : Penakut Org2 Umno ni sama mcm Yahudi).

Kira-kira sejam sebelum itu, Nizar dan rombongannya dihalang oleh penyokong UMNO ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri sidang tergempar berkenaan.

Malaysiakini melaporkan polis yang di kerah disitu tidak bertindak terhadap kumpulan berkenaan.

Nizar dan rombongannya berjaya melepasi sekatan itu. Namun mereka dihalang, dan dikasari oleh polis apabila tiba di pintu masuk Bangunan Perak Darukl Redzuan.

Pada sidang medianya, Nizar berkata pihaknya menepati segala peruntukan perlembagaan untuk mengadakan sidang tergempar itu.

“Kita terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok atas doktrin keperluan kerana kami dihalang daripada memasuki bangunan dewan, namun kami harus memenuhi tanggungjawab kami berasaskan notis (siding) yang dikeluarkan oleh Speaker,” kata Nizar

http://nikhassanazmi.blogspot.com

Gambar-gambar sekitar sidang tergempar DUN

Gambar sekitar sidang tergempar DUN








http://delcapo.wordpress.com/

Terkini Dari SUK... 9:03AM

NOTIS... SEBAHAGIAN daripada notis yang ditampal di pekarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sejak petang se,ala,. Bagaimanapun difahamkan notis-notis itu telah diturunkan sebahagiannya kemudian.
FAIL SAMAN... Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dengan ditemani ADUN BN dan Exco menjawab soalan wartawan di pejabatnya di Ipoh, petang semalam. Sidang akhbar ini diadakan sebelah petang. -- foto The Star oleh SAIFUL BAHRI
NOTIS... Exco Perak, Mohd. Zahir Abdul Kadir (kiri) dan peguamnnya menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kepada Setiausaha Politiknya, A. Basu (kanan). Tindakan ini diambil sebelah pagi semalam. -- foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

Speaker DUN, MB Perak bergelut hari ini

IPOH: Krisis politik Perak menanti episod baru pagi ini dengan persoalan sama ada sidang tergempar yang dipanggil Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar akan diadakan.

Sidang tergempar dijadual pukul 10 pagi.

Dalam pada itu, kes saman yang difail petang semalam akan didengar di Mahkamah Tinggi pukul 9 pagi.

Di sebalik menanti perkembangan ini Bangunan Perak Darul Ridzuan terus dikawal polis pagi ini.

Kakitangan kelihatan masuk tetapi urusan temu janji tidak diadakan.

http://www1.mstar.com.my


Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak boleh diadakan dimana-mana sahaja


Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak boleh diadakan dimana-mana sahaja tidak semestinya di bangunan dewan undangan negeri, demikian dinyatakan oleh Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim.

“Asal saja sudah ada pemakluman dihantar, usul diluluskan oleh dewan, dimana pun juga, adalah boleh dikira sah dan mengikat.”

Teng menambah kakitangan atau setiausaha dewan tidak perlu pun hadir semasa persidangan berlansung.

“Peranan mereka hanyalah untuk membantu persidangan.”

Teng yang juga ADUN Sungai Pinang menyatakan jika Datuk Dr Zambry Abdul Kadir begitu yakin sidang tergempar yang dipanggil oleh Sepaker V.Sivakumar itu tidak sah, "mengapa mereka bersusah payah untuk menghalangnya?"

Beliau menambah dengan percubaan untuk menghalang sidang tergempar itu, pihak pentadbiran kerajaan negeri, kakitangan dewan dan polis telah menunjukkan yang mereka itu amat naif terhadap doktrin pengasingan kuasa yang menjadi amalan negara-negara komanwel.

“Polis sepatutnya bertindak berkecuali dan tidak campurtangan di dalam urusan lagislatif.”

“Ini merupakan satu keadaan yang begitu malang berlaku dan tidak membawa petanda yang bagus untuk demokrasi.”

Greenboc

02 March 2009

Misbah SU Dewan untuk DUN yang baru !

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhim0HHCOO9HGwKLyOAX2nb0SDIJbUL8-lQVO8FKU4fUfPHNlgozlNwy7hdxmCD3Vt9QxkkbphpY2kDjK-w7D6d3SkVviQncverBGPxhFgbZRonRhQBQm8GogcNP-PiUzgcJc2jgYozaL8/s320/DSCN4072.JPG

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengumumkan mengantung Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha Dewan Negeri Perak dan mengantikannya dengan Setiausaha Politik Kepada YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki bagi melaksanakan kerja SU Dewan dalam Sidang DUN Tergempar pada esok hari.

Kenyataan itu diumumkan dalam sidang akhbar sebentar tadi di sini.


http://idhamlim.blogspot.com

Zambry Mohon Mahkamah Tinggi Isytihar Tindakan Speaker Tidak Sah

MB Perak Mohon Mahkamah Tinggi Isytihar Tindakan Speaker Tidak Sah

IPOH, 2 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri hari ini memfailkan permohonan supaya Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V.Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Dalam saman pemula yang difailkan petang tadi, Zambry dan enam Exco berkenaan memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry daripada menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan dan selama 12 bulan terhadap enam Exco berkenaan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya, Zambry berkata beliau difahamkan Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan itu pada 9 pagi esok.

Zambry dan enam Exco berkenaan yang merupakan plaintif turut memohon supaya mahkamah mengisytiharkan mereka berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan.

Sivakumar telah memanggil persidangan tergempar DUN Perak esok dan dilaporkan telah menghantar notis kepada semua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kecuali Zambry, enam Exco berkenaan dan tiga lagi Adun Bebas.

Saman pemula itu difailkan melalui para peguam Datuk Hafarizam Harun, Badrul Hisham Abdul Wahab dan Ong Teng Boon di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 3.55 petang dan lebih 50 penyokong Barisan Nasional (BN) berada di luar mahkamah.

Zambry berkata pihaknya turut memohon mahkamah mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak terikat dengan apa-apa perintah, arahan atau petunjuk daripada Sivakumar.

"Saya ingin mengatakan bahawa apa jua isu sama ada kononnya penggantungan saya dan enam plaintif yang lain, hak menghadiri sidang Dewan dan sebagainya sekarang adalah di hadapan Mahkamah, justeru itu apa jua tindakan YB Sivakumar bolehlah dianggap sebagai subjudis dan berunsur menghina Mahkamah," katanya.

Beliau menggesa Sivakumar supaya bertindak mengikut lunas undang-undang dengan kawarasan dan kewajaran selaras dengan sumpah beliau untuk mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Sultan Perak.

Menteri Besar berkata persidangan tergempar yang diuar-uarkan esok adalah sidang yang tidak sah dan boleh dianggap sebagai suatu sidang yang menyalahi undang-undang kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

"Saya selaku Menteri Besar bersama barisan Exco ingin menegaskan bahawa sepanjang pengetahuan saya, tiada perkenan Paduka Seri Sultan Perak terhadap yang dikatakan sidang Dewan Khas/Tergempar yang kononnya akan bermula sidangnya pada 3 Mac 2009 (esok) seperti yang diuar-uarkan oleh YB Sivakumar," kata Zambry.

Sidang akhbar Zambry dihadiri oleh semua Adun BN dan dua Adun Bebas yang menyokong BN iaitu Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi.

BN mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak selepas mendapat majoriti awal bulan lepas apabila tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar diri sebagai Adun Bebas dan menyokong BN. Kerajaan negeri BN kini dianggotai 28 Adun BN dan tiga Bebas manakala pakatan pembangkang DAP-PAS-PKR mempunyai 28 wakil.

Semalam Sivakumar menegaskan bahawa tindakan beliau memanggil persidangan DUN tergempar itu adalah mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan dalam bidang kuasa Speaker.

Sebelum itu, Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri dalam satu kenyataan mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Sementara itu, polis telah mula mengadakan kawalan di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan menempatkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Ketua Polis Negeri Polis Datuk Zulkefli Abdullah telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengadakan perhimpunan di kawasan berkenaan esok.

Pintu masuk utama ke bangunan berkenaan juga akan ditutup esok.

Zambry sementara itu berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang cuba menggugat keselamatan.

http://www.bernama.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG