15 April 2009

Agenda nasional untuk menjatuh pemimpin-pemimpin pro Pak Lah



Agenda jatuhkan pemimpin pro Pak Lah bermula?


KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh)
- Krisis dalaman Umno Terengganu dan Perlis pasca pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah wujud unsur dendam dalam era awal pemerintahan perdana menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, dakwa Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau berpandangan mungkin ada suatu agenda nasional akan dirancang untuk menjatuh pemimpin-pemimpin yang dikatakan pro bekas perdana menteri kelima negara.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mendakwa mereka akan menggunakan mekanisma jahatnya seperti mana dilakukan di Perak sebagai satu pendekatan kepada negeri-negeri lain biarpun ia satu pertembungan sesama dalam Umno.

Malah dakwanya yang dihubungi Harakah Selasa lalu, pertelagahan tersebutmenggambarkan mereka sebenarnya yang menjadi penderhaka.

Cuma katanya, dalam konteks Perak, Umno manipulasi perkataan 'sembah derhaka' yang digunakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin.

"Di segi realiti sejarahnya apa yang mereka cuba buat hari ini menggambarkan dengan jelas dan tepat mereka yang menderhaka kepada institusi raja-raja Melayu," dakwanya.

Sementara itu, krisis dalaman Umno di kedua-dua negeri tersebut dipercayai kerana wujud rasa tidak puas hati terhadap kedua-dua menteri besar di negeri berkenaan.

Di Kuala Terengganu pada 14 April lalu laman web Buletin Online dipetik, seramai 10 Adun Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu hadir dalam satu sidang media yang diadakan disebuah hotel.

Sidang media tersebut diadakan ekoran ugutan bunuh yang diterima oleh tiga ADUN, Badul Halim Jusoh (Permaisuri), Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka) dan Dato Rosol Wahid (Ajil).

Krisis tersebut bermula pada 11 April lalu apabila Menteri Besar, Dato Ahmad Said menegaskan Adun BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya boleh dipecat.

Sementara itu, di Perlis, Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh dipetik berkata, bekas menteri besarnya Dato'Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis.

Malah beliau dilaporkan oleh satu laman web, menyifatkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram".

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, persengketaan Umno itu boleh disifatkan sebagai satu bom yang menunggu masa untuk meletup dan sekaligus menghancurkan Umno.

Dakwanya lagi, ini kerana Najib dipercayai menjadi pelengkap kepada keruntuhan Umno.

Apatah lagi dakwanya Najib dilihat sebagai perdana menteri yang dijadikan alat kawalan oleh Tun Mahathir.

Dalam isu tersebut katanya, tidak mungkin Najib akan dapat memfokoskan untuk menyelesaikan isu itu kerana perbalahan dalam pemilihan Umno baru-baru ini pun gagal diselesaikan.

"Mana mungkin dia mempunyai wibawa dan integriti untuk selesaikan isu di Terengganu dan Perlis," dakwanya.

http://www.harakahdaily.net

No comments:

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG