23 April 2009

Arahan letak jawatan tak ikut Perlembagaan Negeri - DS Nizar









Nizar: Arahan letak jawatan tak ikut Perlembagaan Negeri

Kuala Lumpur Apr 21, Dato Seri Ir. Nizar dedah perbincangan dengan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 dan 5 Februari lalu dalam satu afidavit yang difailkan oleh Menteri Besar Pakatan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Dalam perkembangan terbaru dalam kemelut politik Perak, Sultan Azlan Shah didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Pemimpin Pakatan Rakyat itu memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak .

Mohd Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.

Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.

Mohd Nizar juga mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut afidavit tersebut, Mohd Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah "meletak jawatan".

Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran "Innallaha maa Sobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Mohd Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, Mohd Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai Menteri Besar oleh majoriti anggota DUN, dan bukan alasan mahu membubarkan DUN.

Tetapi adalah alasan kepincangan dan pengkhianatan dalam rampasan 3 kerusi DUN Pakatan Rakyat itu.

http://bumiperak.blogspot.com

3 comments:

LAMBORKIRI said...

...untuk penjelasan lanjut..insya Allah jom kita pergi ke SURAU TAMAN PERMATA , Ulu Klang, Selangor magrib hari ini (23/4/2008). Insy Allah Dato Seri Niza kan memberi taskirah lepas magrib malam ini..

Anonymous said...

Adalah lebih baik krisis dalam negeri Perak itu berlanjutan sehingga kepilihanraya yang ke13.

Agar ahli UMNO yang dtaksub pada parti sedar betapa parti itu sebenarnya tak ubah seperti parti komunis dizaman Tunku Abdul Rahman dulu.

Anonymous said...

dah le tu Nizar ooi..Sultan dah taknak kat Hang.agaknya dia taknak jugak tengok muka hang lagi..esok PRU13 ko jadi le menteri besar ,,kalau menang la..kalau kalah ko jadi jer la ustaz kat mana2 , jadi ustaz bawah pokok pun bole. ngajor budak2 ugama politik dan undang2. ko kan terer suma tu..lepas tu jangan lupa cakap murid2 taat kepada Allah ,Sultan, ibu bapa..jangan jadi macam hang orang dah tak nak pun terhegeh-hegeh

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG