Rakyat Sudah Lama Makan Hati
DS berkata, rakyat bukan menolak BN tetapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.
Untuk menguatkan hujahnya, beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi. Ini membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.
Begitulah Najib berkata ketika 'berada di dalam bakul' di Pekan, Pahang. Lapor Utusan .
Di dalam PRU12, boleh dikatakan hampir kesemua calon Gerakan menyembah bumi termasuk bekas KM Pulau Pinang yang selalu di hati rakyat Pulau Pinang.
MIC mengalami nasib yang sama hampir kesemua calonnya termasuk Presiden yang disayangi oleh rakyat Sungai Siput, merudum terlentang menjilat bumi.
PPP langsung tidak meninggalkan zuriat langsung.
UMNO sendiri lebih kurang 80 lebih calon ghuyub menggigil-gigil ditelan arus deras tsunami PRU12.
UMNO/BN Kedah mencecet-cecet lari lintang-pukang malu hadapi kekalahan.
Pulau Pinang, pulau mutiara mengangkat bendera putih menyerah tampuk pemerintahan ke Pakatan Rakyat.
Perak, negeri biji timah terpaksa 'mencabul' untuk menebus maruah kerana Pakatan Rakyat 'mengganas' di depan gol UMNO/BN.
UMNO/BN Selangor terpaksa memujuk rayu PAS diketika fajar sidik baru menjelma untuk berkongsi kuasa.
Di Kelantan, negeri cik siti wan kembang, UMNO terlentang di celah 'kaki'.
Di Paroi Negeri Sembilan PAS baru belajar bertatih.
Di Muar, UMNO terkejut 'beruk', bagaimana mungkin negeri kubu kuatnya UMNO boleh pengsan dua kerusi.
Tak cukup lagi bukti di atas bahawa sa nya UMNO/BN telah di'reject' oleh rakyat? Ini tidak diambilkira PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Penanti akan menunggu dan akan menjadi 'rubber-stamp' untuk meng'endorsed'kan UMNO/BN ditolak oleh rakyat.
Nak mendekati hati rakyat bagaimana lagi?
Rakyat sudah lama makan hati.
No comments:
Post a Comment