Air Mata Mu ~ Air Mata Rakyat - Nizar
Walau apapun keputusan Mahkamah nanti, samada berpihak kepada Nizar atau sebaliknya, nama Nizar telah bermain dan meniti2 dibibir takyat Perak.
Nizar telah menjadi 'Duta' PAS untuk memecah tembok perkauman. PAS telah diterima bukan sahaja di Kuala Sepetang, bahkan di seluruh negeri Perak. Slogan PAS for All telah menjadi kenyataan.
Fenomena ini amat dicemburui oleh UMNO. UMNO terpaksa menggunakan apacara untuk menyekat pengaruh Nizar. Jikalau UMNO dapat menyekat pengaruh Nizar, bermakna UMNO telah berjaya menyekat pengaruh PAS.
Nizar mempunyai karisma dan aura tersendiri. 'Public relation'nya boleh memukau kawan dan lawan.
Kecemerlanganya mentadbir selama lebih kurang 11 bulan amat memalukan UMNO yang telah bertapak dan berkarat biru selama 50 tahun lebih.
Cara yang paling pantas dan singkat meng'hapuskan'nya ialah menarik 'keris' daripadanya yakni kuasanya. UMNO amat mahir bermain dengan keris. Untuk merampas keris Taming Sari dari tangan Jebat pun penuh dengan tipu helahnya.
Bila sebut kuasa, ia ada kaitan dengan jawatannya iaitu Menteri Besar. Maka wujudlah dua orang menteri Besar sekarang hasil daripada satu 'peristiwa' yang sudah terpahat di batu sejarah. Umum sudah tahu 'peristiwa' yang amat tersohor dan licik itu, lebih licik dari Hang Tuah merampas Taming Sari dari Hang Jebat.
Rakyat tidak mahu tengok siapa yang lebih licik atau sebaliknya kerana sifat licik itu tidak kekal, apa yang rakyat mahu tengok ialah negeri dan segala isinya serta kebajikan rakyat ditadbir dengan sempurna.
Justeru itu, pembubaran DUN Perak ada jalan penyelesaiannya dan sebaik-baik jalan penyelesaian.
2 comments:
Bubarkan DUN Perak , Itu kehendak Raayat Perak. Kalau BEE END menang , Lantik le Zamri tu jadi EMM BEE seumur hidup pon tak apa . Sekarang macam pemintak sedekah pada raayat , mintak restu , mintak pengistiharan mahkamah pulak , buat malu aje. opp.... lupe pulak. "Memang muka tak malu "
usah le kome risau tak nye dak bebudak ameno tu bagi bubar dun..
usah mimpi le...
Nak tau bubar tak bubar pr13 nanti...
Dema ni tak makan dek saman... pasal undang2 pun depa langgor bebute je..
Ate che kome pikior..
Post a Comment