25 April 2009

Tok Mufti! Jom Heboh Dah Mula Hari Ini... Macam Mana Ni?

Apa Khabar Tok Mufti, Sakit Mulut Ke?

Selama 2 hari bermula hari ini(Sabtu) hingga esok (Ahad), Konsert Jom Heboh tajaan TV3 akan diadakan di Lumut, Perak.



Bila bercakap tentang Jom Heboh, sukar untuk kita mengelak dari mengingati Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa Konsert Sure Heboh adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Konsert Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.

Walaupun konsert itu mengikut Mufti haram, namun Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan BN sebelum PRU ke-12 tidak mengindahkannya. Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di Ipoh.

Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert ‘Sure Heboh’ itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh’.

Ketika Kerajaan PR menguasai Perak, konsert Jom Heboh dihentikan selepas TV3 secara sukarela menarik diri. Mengikut Menteri Besar ketika itu, Muhammad Nizar Jamaludin, “Kita tidak ada beri arahan pun (untuk tarik diri dari mengadakan konsert) , dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsip-prinsip kita,”

Dan esok - selepas BN memerintah semula Perak - konsert itu diadakan semula kerana mungkin TV3 tidak perlu lagi menghormati prinsip sebelumnya ketika PR berkuasa.
Yang sehingga kini belum bercakap mengenai konsert Jom Heboh di Lumut itu ialah Harussani. Dulu pada tahun 2004 dan 2007 beliau tegas dengan fatwa "Sure Heboh" dan " Jom Heboh" haram, sekarang adakah fatwa itu masih terpakai?

Janganlah pula kata kerana Zambery sudah menjadi rakan kamcengnya, yang dulu haram sudah menjadi halal pula, Tok Mufti?
Atau Tok Mufti sakit mulut tak boleh bercakap ke?

http://pendikargunung.blogspot.com

3 comments:

Amuraria said...

DEMI NEGARA ,DEMI NEGERI ,DEMI PANGKAT DAN DEMI PERUT DAA !

kayakingworldbiz.com said...

la tak kan hang tak tau lagi... mufti2 semalaya ni dah tebalik kong dah...hari ini cakap lain esok cakap lain...macam kepala kura-kura da...kejap masok kejap keluar..(lu fahamlah sendiri apa kehelnye.?*&%*%#@)

dunia ni baharu...undang2 buatan sendiri...yg kekal hukum ALLAH je... itupun manusia pinda2 lagi... demi masa manusia kini dalam kerugian..

Lebih baik dengar cakap itu Samy veloo lagi baik... siang2 saya sudah cakap.

shukoi said...

Haussani! Harussani! Teman memang dah baca gelagat Tok Mufti berbau umno ni. Ilmu dia tak tinggi mana, teman tak kisah le. Tapi bila hukum boleh berubah-ubah, pulak tu dia yang beri fatwa, macam mana tu Tok Mufti? Adakah sebab jawatan bertaraf exco? Maklumlah imbuhannya pun lebihkan! Eloklahlah mufti dapat gelaran 'Mufti Jom Heboh'! Fulus! Fuluslah!!

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG