08 March 2009

Aku mahu jadi ketua, kamu nak bagi aku jawatan Penasihat... Mana Boleh!!!



Rafidah mahu mandat kekal kerusi, bukan Penasihat Wanita

KOTA BAHARU: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menolak cadangan untuk dilantik sebagai penasihat pergerakan itu kerana berpendapat fungsi jawatan itu tidak memberi kesan yang kuat kepada pergerakan itu dan parti.

Sebaliknya beliau mahu diberikan peluang oleh perwakilan untuk terus menerajui Wanita Umno atau lebih baik beliau tidak diberikan langsung sebarang jawatan.

Beliau berkata, hasratnya adalah untuk menjadikan pergerakan Wanita Umno yang berkesan dalam memperjuangkan misi dan visi pergerakan wanita seiring dengan pembangunan negara.

"Kalau saya nak jadi penasihat mesti dari dalam bukan dari pinggir sahaja, (kalau dari pinggir) tidak perlulah," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dan ramah mesra antara calon-calon Wanita Umno dengan perwakilan Wanita Umno Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang turut hadir pada majlis yang sama, memberikan peluang dan tempat kepada Rafidah sekiranya beliau menang pada pemilihan parti dalam Perhimpunan Agung Umno 24-28 Mac ini.

Shahrizat yang menentang Rafidah bagi jawatan ketua pergerakan itu, berkata beliau sedia memberi peluang dan melantik Rafidah untuk memegang jawatan yang penting dalam Wanita Umno sekiranya beliau menang.

Beliau berkata, jasa dan pengorbanan Rafidah sebagai pemimpin wanita adalah besar dan perlu diberi keutamaan dalam membantu merealisasikan misi dan visi wanita yang belum tercapai.

"Kita tidak akan lupa jasa dan pengorbanan pemimpin wanita yang banyak berjasa kepada parti," katanya.

Shahrizat juga berkata, kaum wanita perlu berani membuat perubahan bagi menentukan masa depan mereka lebih baik

http://www.bernama.com

Lu Serang Gua, Gua Serang Lu Balik..!

Gambar-gambar dekat bawah ni adalah antara rentetan pertempuran antara pihak FRU dengan orang awam...

Korang tengok gambar pertama. FRU mula "serang" orang ramai dengan air kimia. yang BANGSATNYA, permit depa bagi, air kimia depa bagi, bom asap pun depa bagi. aku cukup tak paham. pergi berarak kene serang, duduk dalam masjid pun kene serang... sebab tu aku cakap polis CIBAI...!!!

Lepas depa sembur air kimia, depa tembak pulak dengan bom asap. masa ni aku kira-kira lebih dari 20 das bom asap FRU tembak. dalam kawasan masjid je lebih dari 20 das, lepas tu atas lebuhraya dekat-dekat 10 das. memang BANGSAT depa ni.

Korang tengok gambar dekat bawah ni baik-baik... perati dekat cermin belakang Kereta Pegawai JSJ tu...

Ambik kau...!!! sebijik batu sebesar buah kelapa telah didaratkan keatas cermin belakang kereta Pegawai JSJ. batu tu terus tembus cermin belakang dan terus bersenang-lenang atas seat belakang kereta ni. aku harap, batu tu reti pakai tali pinggang keledar... hahaha...

Drebar Pegawai JSJ ceoat-cepat lari keluar cari tempat perlindungan lepas terkejut cermin belakang dia kena "surprise" dekat orang ramai... depa ingat depa je reti bom, orang lain pun reti bom jugak beb... dalam hal ni 1-1 (satu sama - seri...!!!)

Geng-geng FRU ngan Polis pun start cabut cari tempat perlindungan bila orang ramai mula naik angin bila FRU start serang orang-orang dalam masjid dengan air kimia ngan bom asap.

Aku ingat samseng sangat, rupanya tau jugak takut bila orang ramai naik minyak..!

http://perisik-rakyat.com

07 March 2009

Luahan dan teguran rakyat dijawab dengan Gas pemedih mata







Align Center

















Luahan dan teguran rakyat dijawab dengan Gas pemedih mata dan semburan air kimia

omputih cakap melayu, orang melayu nak cakap omputih


kah kah kah
apa kata broknyet ...

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun bahasa Inggeris diberi ruang dalam sistem pelajaran, kerajaan tidak akan berganjak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara pendidikan di negara ini.

‘‘Kita akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini. -

http://mulutbecok.blogspot.com

5 pokok ditanam di tapak sidang tergempar DUN Perak

LOKASI sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Perak diadakan pada Selasa lalu.

5 pokok ditanam di tapak sidang tergempar DUN Perak

IPOH: Pakatan pembangkang di Perak akan menanam lima batang pokok ahad ini berhampiran sebatang pokok yang dijadikan tapak 'sidang tergempar' oleh 28 anggota Dewan Undangan Negeri pada Selasa lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP berkata, lima pokok itu akan dinamakan sempena lima prinsip yang menjadi motto pakatan DAP, PAS dan PKR semasa ia mentadbir Perak sebelum bertukar kepada Barisan Nasional bulan lepas akibat tindakan tiga anggota pembangkang keluar parti masing-masing untuk menyokong BN.

Lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan.

Nga berkata, beliau menjangka tapak sidang DUN di bawah pokok itu bakal menjadi satu lokasi tarikan pelancong.

http://www1.mstar.com.my

Lintas Lansung Perarakan PPSMI 7 Mac 2009

Terkini:1.10 petang:Pihak polis mengarahkan sepanduk membantah PPSMI diturunkan di Masjid Negara.

1.00 petang: Dato' Dr Hassan Ahmad melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai hari ini dan ia jelas menandakan PPSMI ditolak oleh rakyat.

Dalam pada itu, Dr Hassan memaklumkan setelah berunding dengan wakil GMP,pihak polis hanya membenarkan sebanyak 7 orang dengan 3 buah kereta bergerak ke Istana Negara selepas solat Zohor (sekitar jam 2.00 petang). Turut serta adalah beberapa wakil NGO berbangsa Cina. Namun, pihak polis masih melarang untuk diadakan sebarang perarakan,tetapi perhimpunan hanya dibenarkan di kawasan masjid sahaja.

1.00 petang:Kira-kira 10,000 orang sudah mula berhimpun di sekitar kawasan Masjid Negara dengan memakai baju berwarna putih.

Lebih 1,500 orang daripada Kelantan telah tiba di KL Sentral melalui keretapi dan kini telah bergerak ke tiga lokasi yang ditentukan oleh pihak penganjur. - maklumat harakahdaily

12.45 tghari:Keadaan di Masjid Negara masih terkawal,namun anggota polis dianggarkan lebih 50 orang ditempatkan sekitar kawasan masjid. - maklumat harakahdaily

12.30 tghari : Jalan dari arah Jalan Klang Lama dan Parlimen telah ditutup oleh pihak polis.

12.20 Tgh hari - Puluhan polis berseragam berada di perkarangan bangunan MAA berhadapan Gapema. Kenderan bergerak perlahan di sepanjan jalan dari kedua arak ke Istana Negara.

12.08 Tgh hari - Kawasan sekitar Pasar seni mula gamat dengan anggota polis yang ditambah lebih 100 orang. Sementara itu, di hadapan bangunan Jawi kelihatan 3 buah trak 'Water Cannon'.

Beberapa kumpulan kecil aktivis sedang bergerak dari Sogo ke Masjid Negara .

11.45 pagi -Semangat yang ditunjukkan oleh aktivis-aktivis setakat yang hadir berhimpun amat membanggakan. Mereka tidak langsung menghiraukan polis yang rata-rata cuba mengawal dan menghalang perhimpunan menjadi kumpulan yamg lebih besar.

Terkini, seramai lebih 20 orang aktivis yang memakai kemeja-T putih GMP berada di tengah-tengah aktivis lain.

http://greenboc.blogspot.com

6 Mac Juga Dicabul Oleh ISA

Sejak 6 Mac 2003, hari lahir saya disambut disambut dalam suasana muram kerana teman hidup saya sedang dikurung tanpa sebarang bicara di Kem Kamunting. Kad ucapan, sejambak bunga , cokelat Ferro Rocher atau Van Houten sudah menjadi kebiasaan, hadiah dari para pelajar diharijadi saya.Ada ketikanya, ia disertai sebiji kek coklat lembab dan ice-cream coklat untuk di makan bersama di waktu rehat.... ahhh!!! segalanya adalah antara kenangan yang terlalu indah untuk diingati. Thanks, dear pupils, I luv all of you!!! "Happy birthday to my beloved mum...." Semenjak ketiadaan bapanya, Suhaib adalah orang pertama yang akan memberi ucapan hari jadi pada saya....Syukran Suhaib.
Kebiasaannya, adik-adik saya akan menghantar ucapan melalui sms sebagai tanda ingatan terhadap hari jadi kami."... didoakan agar dihimpunkan segala kesabaran, ketabahan dan keteguhan iman para salafus soleh pada mu..." ucap Hajar, yang sedang memegang anaknya yang tidak berambut itu. Sekian lama SB cuba merosakkan jalinan persaudaraan kami semua tapi akhirnya... kasih sayang kami bertaut dan rapat kembali.... My eldest and youngest brother also wrote kind words in their smss.Thanks to you guys.

" Happy birthday in advance... if Abang Mat Sah ada..." demikianlah ucapan dari Tina dari Bar Council HR yang membuat hati ini hiba. Thanks Tina.Selain ucapan dari Tina, baru perasan di facebook saya ada ucapan dari Chen, wartawan Merdeka Review dan Dara Wahida dari Perak BAR. Tidak dilupakan adik-adik dari SUARAM... Mun Hui, Chaiyi, Nalini... thanks for the wishes. They means a lot to me....



Cantik kad hari jadi warna hijau dari Asma, sangat istimewa kerana ianya tidak dijual dimana-mana kedai kad.Its personally cut and designed for me!!! Asma', thanks for the birthday card.




Birthday celebration would be meaningless without the presence of "my other half". Tako-tao, chocolate cheesecake, blueberry cheesecake, sushi, mushroom fried rice, icecream and fresh orange(my goodness)......really made the moment more than just a simple dating!!!Thanks for the treat Nash, but we definitely not advisable to have these courses quite often because they will ruin our daily diet.....

Saya tidak tahu, bilakah 6 Mac dapat di bebaskan dari belenggu ISA.....

http://lailagmi.blogspot.com

Polis hanya benarkan perhimpunan di Masjid Negara Sahaja


Polis hanya benarkan perhimpunan di Masjid Negara, tidak dibenarkan di Sogo, Pasar Seni dan dilarang berarak ke Istana Negara!

POLIS masih takut, bimbang dan pelbagai kerisauan tentang kebangkitan rakyat hari ini, untuk berarak dari Masjid Negara menuju Istana Negara menyerahkan memorandum bagi membantah PPSMI.

Permit dibenarkan hanya untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja dan tidak di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo. Malah perarakan dari Masjid Negara menuju Istana Negara juga tidak dibenarkan.

Sungguhpun begitu, Timbalan Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kaiat, Istana Negara telah bersedia untuk menerima memo tersebut. "Jadi kita mahu berarak daripada masjid negara ke Istana Negara dan berharap polis akan benarkan."

http://sanggahtoksago.blogspot.com

Perhatian!! Inilah Samseng- Samseng Kampung Dusun Upahan Umno

Samseng Upahan Umno

Sekarang kita semua boleh kenal bagaimana rupa samseng upahan diatas.Mereka ini kaki tarik kereta dan bouncer Kelab Malam. Dengar khabarnya ada yang sedang memburu mereka . Kemana mereka nak pergi? Dunia ni terlalu kecil sangat ...Bukan dia orang saja yang samseng .....Akan bertemu buku dengan ruas nanti.

http://alhusseyn51.blogspot.com

Kalau ada rezeki kita akan jumpa di bukit gantang.... kita group tak brape samseng dari kelantan ni ,teringin sangat nak jumpa samseng-samseng kampung dusun ini... harap-harap janganlah menghilang diri pulak di bukit gantang nanti... tonjolkan diri anda macam singa gila itu di bukit gantang nanti...

Terkini: Kenyataan PDO Kes Saman Saiful Liwat

Susulan kes saman Saiful terhadap blog in, maka pihak kami menerima banyak email dari kalangan para pembaca dari dalam dan luar negara. Kami pasrah dengan apa yang berlaku, ramai dikalangan krew-krew kami di seluruh negeri Pahang dan juga di Kuala Lumpur kini diasak bertubi-tubi oleh pihak media yang mahukan maklumat lanjut tentang pendirian kami akan hal saman Saiful ini. Seperti yang telah kami perjelaskan bahawa, kami tidak gentar dengan tindakan beliau itu bahkan telah bersedia untuk berhadapan secara "anak jantan" di mahkamah kelak. Sehingga ke saat ini, belum ada mana-mana krew kami yang ditahan oleh pihak polis Bukit Aman atas perkara ini.

Mungkin dalam masa terdekat ini, kami juga akan mengadakan satu sidang media tentang perkara ini. Justeru itu kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya pembaca yang menyokong blog ini diharap bersabar. Kami masih terus bersuara selagi tiada yang menghalang. Bahkan jika terpaksa, kami juga akan mendedahkan tentang beberapa maklumat penting yang dapat membantu kes ini. Tentang persoalan sesetengah pihak yang mahukan kami mengemukakan bukti perkara ini. Maka bagi kami, bukti dari sudut perubatan mungkin terlalu sukar untuk dikemukakan.

Namun, bukti-bukti lain seperti lapora dari pihak berkaitan akan digunakan untuk tujuan ini. Tiada gunanya menggunakan bukti perubatan dalam hal yang melibatkan Saiful ini. Bayangkan, bukti perubatan daripada Hospital Pusrawi dulu pun beliau anggap "fitnah" dan "pembohongan". Maka, bagaimana harus dikeluarkan bukti berkenaan jika ia ada sekali pun.

Ramai juga pembaca yang keliru dengan laporan kami, kata mereka Saiful kelihatan sihat dan ceria ketika muncul di kaca TV tatkala membuat laporan polis berhubung isu ini. Bagi kami, "mamat Saiful" boleh melakonkan apa jua watak yang diberikan kepadanya. Beliau memang seorang "pelakon popular" ala baru yang sepatutnya diambil berlakon oleh produksi filem di Malaysia. Memang benar beliau inginkan "poplariti", sebab itu walaupun dirinya dikatakan "kena liwat" namun beliau langsung "tidak tahu malu" untuk berhadapan dengan media massa.

Ini semua kerana beliau adalah pelakon yang hanya melengkapkan skrip berkenaan. Ceria dan gembira, tidak semestinya sakit. Begitu juga Saifu, jika beliau ceria dan gembira serta sihat dan kuat masakan boleh beliau membenarkan "Anwar merodok juburnya" tanpa sebarang bantahan. Malah sanggup merelakan ia diperlakukan sedemikian rupa. Maka, segala kes-kes yang berlaku kepada Saiful dan Anwar sebenarnya adalah satu "simbolik" yang bertujuan sesuatu sebenarnya. Jadi kami tetap akan mempertahankan kenyataan kami dalam blog ini, kerana kami tahu Saiful adalah "kaki pembelit" dan dia jaga "banyak mereka-reka cerita" dalam kes ini sebenarnya.

http://pahangdaily.blogspot.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG