11 March 2009

Siapa Tuan Guru Syeikh Mahmud Madrasah Nurul Iman?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Rupa-rupanya dalam masa aku 'rehat' dua hari, ada isu baru pulak timbui. Isu 'rundingan' Anwar dengan PakLah. Tapi bila aku tengok gambar (kat sebelah) tu aku rasa aku biasa tengok gambar 'Tuan Syeikh' tu. Aku tak ingat bila tapi lama dah, beberapa tahun dulu.

Bila aku baca kat sini, sini, sini, sini dan sini aku rasa memang Tuan Syeikh ni la yang satu masa dulu ada kontroversi, aku tak ingat takat mana 'panas' kontroversi tu tapi aku ingat sangat pasai ada member kampung aku yang memang joint Madrasah Nurul Iman tu.

Aku pernah tanya sorang member yang asai dari Baling, pasai Batu 5, Sik, Kedah tu kira dekat la dengan kampung dia, aku tak ingat apa jawapan dia tapi yang aku ingat member tu mengesahkan yang depa tu memang geng Tariqat dan memang ada 'kes'. Bila aku tanya PakCik Google, dia suruh aku baca kat sini, antara yang tertulis kat situ
"Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd. Rahman, didapati menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd. Rahman di mana jua berada, hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH subhanahu wata'ala". Demikian Warta Kerajaan Negeri Selangor yang dibuat pada 25 Oktober 1995 memfatwakan ajaran tersebut.

Aku ingat lagi member aku tu tak pi makan morey kat surau masa bulan puasa pasai dia tengah 'bersuluk', tak boleh makan yang 'berdarah' walaupun dia pi masa pagi untuk tolong gotong-royong masak. Aku pun ingat aku pernah tengok clip zikir depa tapi aku tak ingat kat mana, tapi aku rasa macam aku tengok kat TV masa berita,tapi mungkin jugak kat internet.

Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan makan makanan yang berdarah, hanya minum seteguk air sahaja apabila dahaga. Semasa upacara berzikir, suara diangkat dan diselang-selikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib. Kemuncak ratib ialah pengikut akan melompat tidak sedarkan diri. Beberapa perlakuan aneh berlaku. Ada yang menari, ada yang tertonggeng, terselak kain dan ada yang menangis. Mengikut Mahmud, itu menunjukkan pengikutnya banyak dosa. Para pengikut pula menyatakan, ketika itu mereka sampai ke kemuncak kelazatan.



Aku taktau la betui ka dak, harap-harap tak betui laa. Tolong, sapa-sapa yang ada autoriti, tolong check tengok dan buat pembetulan kalau apa yang aku tulis ni tak betui.

Kalau betui apa yang aku tulis ni, taktau laa, cumanya aku harap sangat 'pertemuan sempena sambutan Maulidul Rasul' ni bukan sebahagian dari usaha-usaha kearah 'Kerajaan Perpaduan'

Kalau betui, nampaknya aku merasa jadi 'orang kerajaan' takat 10 bulan tu ja la kut. taktau bila pulak nak mai lagi peluang jadi 'orang kerajaan' pasai macam aku tulis sebelum ni, aku nak jadi pembangkang kepada 'Kerajaan Perpaduan' tu.





http://cenangau.blogspot.com

Kes Altantuya mungkin susahkan Najib jadi PM



Berikutan pendedahan kajian kes pembunuhan Altantuya dalam akhbar Liberation Perancis 5 Mac lalu.



http://nikhassanazmi.blogspot.com

10 March 2009

Bajet Mini: Indah khabar dari rupa


Sebelum saya menyentuh mengenai intipati Bajet Mini yang diumumkan tadi, tertanya-tanya juga saya dari manakah datangnya RM60 bilion ini? Kecuali Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion akan diterbitkan. Sekurang-kurangnya semasa Pakej Rangsangan Ekonomi pertama yang diumumkan sebanyak RM7 bilion itu, ada juga disebutkan wang itu adalah dari penjimatan subsidi minyak ekoran dari penurunan harga minyak dunia. Tidak mengapa, kita lupakan persoalan itu buat sementara waktu.

Jumlah RM60 bilion diperuntukkan kepada 4 Teras seperti berikut:

(1) RM2 bilion untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan.
(2) RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas.
(3) RM29 bilion unguk membantu sektor swasta menghadapi krisis.
(4) RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan.

Kita lihat pula intipati bajet ini untuk merangsang ekonomi. RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion dana jaminan, RM10 bilion pelaburan ekuiti (untuk Khazanah Nasional), RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta dan off-budget, dan RM3 bilion insentif cukai.

RM10 bilion untuk pelaburan ekuiti Khazanah Nasional dan sejumlah RM25 bilion dana jaminan untuk siapa? Tidak dinyatakan secara terperinci. Sekali impas, bajet ini lebih kepada bajet bail-out syarikat-syarikat tertentu!

Oh, jangan lupa juga untuk membantu syarikat Proton dan Perodua yang sedang menghadapi kekurangan jualan kereta. Pada mulanya cadangan insentif RM5,000 diberikan untuk kereta berusia melebihi 15 tahun (Rujuk Berita Harian, 23 Februari 2009 disini), tetapi bajet mini mengumumkan kereta berusia lebih 10 tahun sudah boleh dapat subsidi RM5,000 dengan membeli kereta Proton atau Perodua. Bukankah lebih baik jika wang itu digunakan untuk menaiktarafkan sistem pengangkutan? Bajet mini hanya memperuntukkan RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur, tetapi ianya hanya di tempat tumpuan pelancong!

Di pihak rakyat, sudah semestinya mereka inginkan sesuatu yang dapat membantu di dalam keadaan krisis ekonomi seperti ini. Peruntukan untuk mereka yang dibuang kerja dan graduan menganggur adalah terlalu kecil. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tadi bahawa sebanyak 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta akan diwujudkan. Di dalam ucapan beliau tadi, hanya angka yang kecil dikatakan telah kehilangan kerja iaitu hanya 25,000 orang semenjak Oktober 2008. Itu mungkin statistik daripada Kementerian Sumber Manusia dimana mereka yang dibuang kerja pergi mendaftarkan diri di Kementerian tersebut. Pesoalannya adakah semua yang dibuang kerja pergi mendaftarkan diri? Sudah semestinya tidak! Pada hakikatnya 400,000 akan dibuang kerja mengikut kajian Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Kerajaan sepatutnya telah lama mewujudkan satu Skim Pemberhentian Kerja (Retrenchment Scheme) yang mungkin boleh diletakkan dibawah PERKESO untuk mengendalikan skim tersebut. Saya akan ulas mengenai cadangan ini pada entri yang akan datang, insyallah.

Bajet Mini hanya memperuntukkan subsidi RM674 juta untuk mengelak kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, roti dan tepung. Peruntukan yang melibatkan rakyat secara khusus adalah kecil, mungkin rangsangan ini adalah lebih baik jika sistem pemberian kupon seperti di Taiwan contohnya dapat dilaksanakan.

Apa yang boleh saya rumuskan ialah Bajet Mini yang diumumkan tadi hanya indah khabar dari rupa.

http://dr-hh.blogspot.com


Umno keberatan menerima seorang bakal pemimpin yang mengalami masalah - Husam


Ramai yakin peralihan kuasa Abdullah - Najib ditunda

KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) - Banyak pihak percaya tarikh peralihan kuasa di antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berganjak daripada tarikh asal memandang banyak isu besar membabitkan pemimpin negara.

Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Najib dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia mungkin menjadi penyebab utama peralihan kuasa diperlewatkan.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tarikh asal pelan peralihan kuasa di negara ini mungkin berubah menjelang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini.

"Keadaan itu berlaku apabila pemimpin terbabit menerima tekanan berterusan dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.Image

"Laporan media asing telah menghangatkan kembali isu tersebut. Bagi saya ia menyebabkan kemungkinan besar berlaku pertukaran tarikh peralihan kuasa," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kubang Kerian, baru-baru ini.

Husam berkata, tekanan dalam isu Altantuya bukan sesuatu yang kecil dan apa yang pasti ia boleh merubah pelan peralihan kuasa seperti diuar-uarkan sebelum ini.

Menurutnya ketika Umno sedang berusaha untuk memulihkan kepercayaan rakyat, tentunya mereka tidak akan kompromi dengan pemimpin yang bermasalah kerana ia boleh menjejaskan imej Umno.

"Saya yakin Umno keberatan menerima seorang bakal pemimpin yang mengalami masalah kerana ia boleh merugikan Umno sendiri.

"Umno memerlukan pemimpin yang lebih berintegriti, maka pilihan yang ada mungkin boleh ditunda Perhimpunan Agung Umno seperti disarankan dua pmimpin parti itu sebelum ini," katanya.

ImageBaru-baru ini bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato' Mazlan Haron dan ketua cawangan Umno di Johor, Dato' Kadar Sulaiman mahu Umno menangguhkan perhimpunan agung bagi menyelesaikan aduan politik wang yang berlaku.

Mereka juga bersedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan agung Umno sekiranya saranan mereka diabaikan parti.

Husam berkata, secara jelas ada asas bagi menangguhkan Perhimpunan Agung yang bermula 24 Mac ini, berkaitan politik wang yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Lembaga Disiplin Umno.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, rakyat memerhati dari dekat perlanggaran undang-undang oleh pemimpin Umno seperti yang berlaku di Perak Febuari lalu.

"Pencabulan terhadap semua institusi utama negara menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kewibawaan kerajaan diterajui Umno-BN," katanya.

http://www.harakahdaily.net

09 March 2009

Satu-satunya anak yatim yang tidak layak untuk dihormati... Buta undang-undang!

Eksklusif: Ungkapan Beri Betis Nak Peha Kepada Pakatan Rakyat Perak, Serlahkan Kedangkalan Si Rais Anak Yatim Berbicara Soal Undang-Undang !

Ungkapan "beri betis nak peha" yang disuarakan oleh Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO iaitu Rais Anak Yatim kepada Pakatan Rakyat Perak semalam, jelas sekali membuktikan bahawa beliau adalah seorang lagi pemimpin Melayu UMNO yang sudah "tidak waras" bila berkata-kata. Sememangnya Rais adalah satu-satunya anak yatim yang tidak layak untuk dihormati sebenarnya. Beliau bercakap hanya untuk "mengampu" dan "membodek" Najib Razak yang kononnya bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi.

Inilah dia budaya puak-puak UMNO karat sejak dulu, kini dan selemanya. Rasuah, bodek dan ampu adalah "darah daging" mereka dan terlalu sukar untuk dibenteras melainkan mereka kehilangan kuasa peringkat pusat suatu hari nanti. Hanya rakyat yang bisa untuk melunturkan segala keegoaan puak-puak ini sebenarnya. Rais bercakap seperti orang yang langsung tidak belajar ilmu undang-undang dan perlembagaan. Kononnya beliau berpendapat tindakan Menteri Besar Perak, Ir.Nizar Jamaluddin menyaman Kerajaan Negeri BN sekarang adalah sesuatu yang amat memalukan. Kononya MB Zambry telah dilantik secara sah oleh Sultan berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri itu. Walhal beliau lupa seluruh rakyat Perak tahu bahawa Sultan tiada hak untuk memecat Menteri Besar sebenarnya.

Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyatakan bahawa Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan menerusi tiga cara iaitu meletak jawatan, pembubaran DUN atau undi tidak percaya yang dilakukan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Maka sekarang, ketiga-tiga elemen itu tidak berlaku sebenarnya. Ini bermakna Ir.Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah serta termaktub dalam undang-undang.

Tidak timbul sebenarnya soal mengingkari titah Sultan Perak dalam hal ini. Maka itu, kenapa manusia sebijak Rais Anak Yatim ini sanggup melemparkan tuduhan seperti itu, diketika kemelut politik Perak semakin parah kini. Beliau sepatutnya sedar akan apa yang disuarakannya itu didengari oleh seluruh rakyat. Bahkan semakin beliau bersuara soal undang-undang, maka semakin rakyat melihat kedangkalan serta kecetekan ilmu undang-undang dan perlembagaan yang dimilikinya itu.

Justeru itulah, lebih elok Rais Anak Yatim berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung soal ini. Usahlahlah "membuka pekung di dada" ketika rakyat melihat beliau sebenarnya antara pemimpin UMNO yang boleh diharapkan untuk menjadi Pakar Rujuk Hal Ehwal Undang-Undang dan Perlembagaan kepada seluruh Rakyat Malaysia.


Rais satu-satunya "Anak Yatim" yang sanggup menyembah Pak Lah

[Melihat foto Rais Anak Yatim ketika menyembah dan mencium tangan Pak Lah itu, ternyata bahawa beliau memang antara pengampu dan pembodek dalam UMNO yang masih aktif. Maka itu, kita tidak hairanlah Rais mengiyakan "rampasan kuasa" yang dilakukan oleh Najib dan UMNO Perak terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat di sana dulu.

Rais seolah-olah buta mata dan hati untuk menilai segala apa yang berlaku di negeri itu. Sedangkan beliau sendiri tahu bagaimana rentetan proses rampasan kuasa yang berlaku di Perak itu. Jika rakyat yang tidak sebijak Rais Anak Yatim boleh menilai perjananan insiden ini dengan
"kepala otak" mereka, masakan "Anak Yatim" sebijak Rais ternyata gagal sebenarnya untuk berfikir secara lebih profesional dalam hal undang-undang ini.

http://pahangdaily.blogspot.com

Habis Duit Rakyat kalau Macam Ini...


Kenapa Orang ni Senyum Cela..ada kaitan Prk Bukit Gantang dll

Kerajaan bayar pampasan RM287 juta kepada lima syarikat konsesi lebuh raya berikutan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol.
Menteri JKR Mohd. Zin Mohamed berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi selepas mengambil kira reaksi rakyat yang tidak bersetuju apabila kenaikan kadar tol diumumkan.
Pampasan wajib dibayar ekoran janji bodoh kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.
PLUS dapat RM195 juta, Sprint RM36 juta, AKLEH RM27 juta, Besraya RM9 juta dan NPE RM20 juta.
"Wang pampasan ini merupakan sebahagian daripada wang rakyat yang sebenarnya.
_______________

Tau pun tu duit rakyat.
Alah alasan kau orang nak cepat dapat duit FREE rm287juta.
Tu semua masuk poket kroni kau orang.
Kalau naik kadar tol seposen sekilometer lambat kroni kau orang nak merasa.
Dah tu jalan pintas, pagi kata nak naik tol, malam nak kroni rm287 juta TUNAI.

Tu cerita PPSMI bertahun tak boleh reverse keputusan lagi.
Apahal.lembam dan lembab.
sebab tak leh bayar pampasan kat kroni.

___________________maklumat tambahan.

1. Kerajaan bayar RM2.35 bilion pampasan tol
lebuh raya,BN. Kerajaan bayar RM2.35 bilion pampasan tol. KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM2.35 bilion kepada syarikat konsesi lebuh raya di negara ini bagi tempoh empat tahun dari 2004 hingga 2007.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pampasan itu 19/02/2009

2. PLUS untung RM289.4 juta
PLUS untung RM289.4 juta. KUALA LUMPUR 30 Mei - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) mencatat keuntungan kumpulan sebelum cukai sebanyak RM289.4 juta dalam suku pertama tahun ini, berbanding RM489.1 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.Keuntungan sebelum cukai yang tinggi dalam suku pertama tahun lalu adalah s 31/05/2006

3. Untung PLUS naik
Untung PLUS naik. KUALA LUMPUR 24 Ogos - Plus Expressway Bhd. (Plus) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM684.6 juta bagi separuh pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2005, meningkat 91 peratus daripada tempoh yang sama sebelumnya.Peningkatan berkenaan terutamanya disebabkan oleh pampasan Senai berjumlah 25/08/2005 -

4. Hasil tol PLUS melebihi RM1b
Hasil tol PLUS melebihi RM1b. KUALA LUMPUR 22 Nov. PLUS Expressways Bhd. telah berjaya mencatat kutipan tol melepasi paras RM1 bilion apabila mencatatkan jumlah sebanyak RM1.008 bilion dalam sembilan bulan berakhir pada 30 September 2002, naik 12.8 peratus daripada RM893 juta yang dikumpulkan dalam tempo 23/11/2002

http://perundingperiuknasi.blogspot.com

Akurlah kehendak rakyat, Bubarkan DUN !!

Jangan sampai Nizar dihalau Sultan esok !

Ikut faham pencacai, 'sembah derhaka' Nizar sebulan lalu sudah difatwakan ia sebagai 'penderhaka' durjana. Itu ikut kamus Umno ! Bukan dari kamus bahasa melayu. Sememangnya kamus yang di guna seringkali 'tersongsang' dari makna sebenar. Itu sudah budaya biasa oleh Umno. Rakyat amat faham situasi yang macam itu. Baik dari akar umbi hinggalah kepada Media buta tuli, sama saja.

Dan esok, selasa, sebagaimana seluruh rakyat Perak telah maklum bahawa, Nizar akan kembali semula ke istana untuk mempersembahkan sekali lagi 'sembah derhaka' beliau bagi memaklumkan serta membawa 'mandat' 3 Mac lalu dari rakyat untuk dihidangkan ke pengetahuan Tuanku Sultan.

Bagi wak, Tuanku pun pasti sudah tahu, tak kan SB-SB sultan makan gaji buta ! akan hasrat Nizar menyembah 'derhaka' kali ini. Lagipun tak kan Tuanku Sultan buta mata melihat bagaimana ribuan rakyat bangun seantero tanah negeri, memprotes lantikan 'memanda' Negeri yang baru, walaupun rakyat telah maklum bahawa Sultan telah menerima nasihat yang salah daripada timbalan memanda negara yang nyata sibuk mencampuri urusan negeri, yang kaya timah satu masa dulu.

Inilah 'sembah derhaka' dari rakyat untuk Tuanku !


Ampun tuanku sembah patik harapkan diampun.

Andaikata melalui PRU baru UMNO menang, maka kami rakyat yang tidak menyokong UMNO akan menerima dengan fikiran dan hati yang terbuka akan sesiapa sahaja pembesar negeri daripada kalangan UMNO yang diwatikahkan. Pembesar dan rakyat negeri tuanku akan kembali tenang dan damai untuk merangka dan melaksanakan kembali segala program ekonomi dan sosial di negeri ini. Kami rakyat yang bukan pengundi UMNO akan sabar menunggu PRU baru lima tahun lagi. Kami sentiasa mendoakan ke hadrat Illahi agar tuanku dan kerabat, pembesar negeri dan rakyat termasuk patik dilimpahi dengan rahmatNya.

Tetapi andaikata keputusan PRU nanti sama seperti sebelum ini, tuanku boleh menetapkan syarat kepada bakal pembesar negeri daripada kalangan PR ketika tuanku memperkenankan pembubaran DUN nanti. Mungkin patik boleh mencadangkan begini. Memanda menteri besar mesti Melayu daripada PAS atau PKR. Exco bukan Melayu mestilah tidak melebihi lima orang atau separuh daripada jumlah exco. Exco DAP tiga orang termasuk exco Melayu jika ada. Exco PAS juga tiga. Manakala Exco PKR pula empat iaitu dua Melayu, satu Cina dan satu India. Ringkasnya jumlah exco Melayu daripada PAS dan PKR mesti sekurang-kurangnya lima orang. Ini bermakna pentadbiran negeri akan dikuasai oleh Melayu. Ini juga bermakna tidak ada lagi gelaran memanda boneka oleh UMNO.

Tuanku, janganlah pula tuanku mencadangkan penggabungan UMNO dengan PAS. Cadangan sebegini hanya akan menambahkan lagi kemelut politik di negeri tuanku. Ini kerana buat ketika ini rakyat tuanku terbahagi kepada dua, sama ada menyokong BN atau PR. Biarlah kami rakyat yang menentukan corak politik yang kami kehendaki.

Ampun tuanku sembah patik mohon diampun.

Di hati kecil patik, patik memohon kepada tuanku mengeluarkan titah untuk mendakwa memanda dan pembesar-pembesar PR sekiranya mereka telah melanggar perlembagaan atau undang-undang negeri di sepanjang 10 bulan mereka memegang jawatan di negeri ini. Nyatakan secara jelas tentang perlembagaan atau undang-undang mana yang mereka telah langgari. Kami rakyat akan bersama tuanku menghukum mereka sekiranya kesalahan mereka dapat dibuktikan.

Tuanku, patik juga mohon titah perintah tuanku terhadap timbalan memanda negara yang telah memberi nasihat yang salah kepada tuanku sehingga Dewan Negeri tuanku bersidang di bawah pokok. Malunya patik kepada dunia sebagai rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. Jikalau patik rakyat kecil inipun terasa bahang aibnya, tuanku mesti lebih lagi terasa hinanya. Hina dan aib negeri ini angkara timbalan memanda negara.

Ampun tuanku sembah patik yang tidak beradab ini mohon diampun.

Patik mohon kepada tuanku, perkenankanlah permohonan membubarkan DUN oleh Memanda DS Nizar pada hari Selasa ini. Jadikanlah kesilapan rakyat atau tuanku sebulan yang lalu sebagai satu iktibar untuk kami rakyat tuanku menyanjung kembali institusi istana. Kami rakyat mahu terus setia bernaung di bawah payung tuanku.

Ampunkan patik tuanku.

Daulat tuanku.

mamamat

Bergasak dengan Polis dan FRU pun sudah ! Bertumbuk, dibelasah pun sudah ! malah di'peace'kan oleh pencacai Umno pun sudah..! Diejek diketawa oleh si zombie pun sudah..difitnah oleh Media siang malam,pagi dan petang pun sudahh..! Kini kuasa rakyat sudah ada di tangan Nizar. Mandat rakyat juga telah diperolehi. Jangan ada yang akan kancing gigi selepas ini.

Hasrat rakyat amat besar, malah jika diukur besarnya harapan rakyat kepada Tuanku, tidak terbanding dengan apa yang ada di bumi Perak ini sebenarnya. Hasrat meminta Tuanku BUBARKAN DUN, kita laksanakan Pilihanraya. Biarkan rakyat Tuanku bergasak secara 'anak jantan', biarkan semangat Si Pitung dan Maharajalela itu di usung ke dalam Pilihanraya itu kelak.

Tentang Umno, Zombie atau Najib, usahlah Tuanku khuatirkan, biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Berikan semula kuasa rakyat Tuanku untuk menentukan semula kerajaan. Kerajaan yang sah. Bukan secara kudeta., cara orang bacul merampas kuasa !

Buat bloggers Umno, silalah baca...sila skrol ke bawah.

United Melayu mudah lupa
lupa janji, lupa sumpah, lupa dosa
lupa derhaka pada Raja

United Melayu mudah lupa
1994 ampunya cerita, mereka rompak, mereka robek
mereka londeh, mereka kecam
mereka hina institusi Raja
hilang segala, Raja tidak bermaya

apakah United Melayu sudah lupa???
siapa punya angkara? Siapa derhaka?

United Melayu lupa lagi
MAC 2008 punya tragedi
waktu nak melantik MB di 2 negeri
di Terengganu dan Perlis mereka berdemonstarasi
Sultan dan Raja di hina lagi
disamakan binatang pada Tengku dan Permaisuri
United Melayu tak sedar diri
hipokrit, double standard, kroni
korupsi dan nepotasi

United Melayu mudah lupa
kekalahan di Perak mereka tak jangka
cuba nak rampas sedaya upaya
cara halal tak boleh, cara haram di buat juga
pasang perangkap, nak beli nak khianat
ADUN kita, yang cerdik tak ada
yang bahlol pun tak apa
janji, kononnya majoroti kita ada
kita boleh berkuasa
inilah sebenarnya warna united melayu yang mudah lupa

Osman Jailu, Jamalluddin kata
NIZAR tak bela bangsa
nada serupa tak ada beza
macam united melayu yang mudah lupa
tapi, Jamalluddin kena ingat
dia EXCO apa yang dia buat
dalam mesyuarat hanya menguap, tanpa bicara
tapi di hati ada yang tersirat

inikah melayu nak jadi pembela
bertindak membabi buta, kalau buta babi tak apa
ada otak akal tiada, ketuanan melayu mulai di jaja
kononya merekalah pejuang bangsa

tapi united melayu mudah lupa
ladang jambu di Bidor, kepada siapa dia bagi
konon-konon nak jaga hati, tanah di Setiawan
ribuan ekar ke mana pergi ?
sampai sekarang belum diganti

tapak kilang simen di Padang Rengas
rizab melayu punya, sekarang bagaimana statusnya
kita nak tanya???
kita nak tanya???
united melayu yang mudah lupa
masalah tanah di Kerian bagaimana???
melayu usaha, tup... tup...geran nama cina dan india
melayu miskin usaha, dapat kepada yang kaya
beratus-ratus kes, masalahnya sama
tanya DO???
tak ada jawapanya, kononnya dia ditukar ke mari
nak selesaikan masalah ini sendiri
tapi sekarang apa dah jadi???
sampai ada kawan yang di tembak mati
inikah yang di katakan pembela
united melayu mudah lupa
sebenarnya merekalah petualang bangsa
tak bermaruah, tak ada harga diri
kesalahan orang pula dicari

united melayu rakus
hati macam tikus
sedarlah united melayu
akan pupus, berselindung disebalik Raja
kata mereka kata Raja
kata kita kata derhaka
united melayu bagaikan pendita
menghapus dosa, siapa yang menyokongnya
inilah warna united melayu
yang sentiasa lupa !

Hoi ! bangun lahh..!!


Sekalian hamba rakyat, mohon agar esok, jangan pula Nizar dihalau derhaka oleh Tuanku, kerana membawa mandat rakyat kepada Tuanku, andai beliau dihalau, atau mandat rakyat yang di bawa, di campakkan ke birai pintu bersama titah Tuanku, nyahlah kau dari istanaku ! wak bimbang, krisis kerajaan Tuanku tidak akan ada hujung dan sudahnya.

Akurlah kehendak rakyat, Bubarkan DUN ! Dengan keberanian Tuanku itu pastinya akan dijunjung dihormat oleh sekelian hamba rakyat !
Daulat Tuanku !!

http://politikbanjar.blogspot.com

Eksklusif: Tamparan Hebat Buat UMNO Pahang ! Terkini Dari Bera, Bekas ADUN Guai Kini Secara Rasmi Sah Menyertai Parti Keadilan Rakyat !!

BERA - Tamparan hebat sekali lagi buat UMNO Bera dan Pahang khasnya, bila bekas ADUN Guai (2004-2008) Tuan Hj.Hamzah Ibrahim (foto, sebelah kanan) dilaporkan sah kini menyertai Parti Keadilan Rakyat. Menurut sumber daripada Ibu Pejabat PKR, borang penyertaan keahliannya telah dihantar pada minggu lepas, dan dalam mesyuarat bahagian jam 11.00 pagi tadi perkara itu telah dimaklumkan. Sebelum ini kami telah melaporkan tentang kehadiran di program ceramah PKR anjuran PKR Cawangan Felda Triang 3, Bera pada 21 Februari 2009 yang lalu. Dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman beliau tidak menafikan spekulasi untuk menyertai Pakatan Rakyat. Maka dengan ini kekuatan PKR Bahagian Bera kini semakin bertambah dan kukuh. Satu sidang media berkenaan perkara ini telah diadakan siang tadi. Keputusan yang dibuat oleh Tuan Hj.Hamzah sememangnya sudah dijangka dan dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan Bera. Untuk makluman, Parlimen Bera diwakili oleh Menteri Belia Dan Sukan iaitu Dato' Ismail Sabri Yaakob. Dengan penyertaan beliau ini diharap akan dapat memberi harapan lagi kepada lebih ramai bekas pemimpin UMNO Pahang yang bakal menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.

[Kami juga mendapat maklumat bahawa ramai lagi pemimpin UMNO Pahang bahkan yang berstatus bekas Exco Kerajaan Negeri akan bertindak menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Apakah ini bermakna segala yang dilakukan oleh bekas ADUN Guai ini akan menjadi pemangkin berlakunya satu lagi gelombang perubahan yang lebih besar buat Pakatan Rakyat di Pahang selepas ini. Segalanya pasti berkemungkinan, kerana rakyat sebenarnya sudah muak dan jelek melihat segala apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Tahniah dan Syabas buat PKR Bera dengan kemasukan Tn.Hj Hamzah ini !!


http://pahangdaily.blogspot.com

Pak Lah Sudah Hilang Kuasa Pada Najib

Sepertimana yang GB pernah katakan sebelum ini walaupun pelan peralihan kuasa hanya akan berlaku hujung bulan ini, tetapi yang nyata, kuasa sudah pun berada di tangan Najib.

Banyak keputusan-keputusan kritikal negara telah ditentukan oleh kabinet yang dipengerusikan oleh Najib. Keputusan menangguhkan kadar tol adalah contoh yang paling nyata.

Maka sebab itu menteri-menteri kabinet sudah mula meninggalkan arahan dan tidak lagi mendengar apa-apa pandangan Pak Lah.

Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein hari ini dengan terang-terang membelakangkan arahan Pak Lah yang meminta supaya isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.

"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.

Tetapi pada hari ini Hishammuddin sebagai Menteri Pelajaran telah mengeluarkan kenyataan bahawa kajian tentang keberkesanan dasar PPSMI tidak akan dipercepatkan, sebaliknya akan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Kita ikut jadual macam biasa kerana ia perlu melalui proses-proses tertentu," kata beliau pada sidang media khas di kediamannya di sini sebentar tadi.

Pak Lah sudah diketepikan. Tradisi UMNO banyak menyerlahkan pemimpin yang pergi akan mendapat penghinaan oleh pemimpin dan ahli UMNO yang datang. Bekas-bekas Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO akan terus mendapat penghinaan daripada generasi selepasnya.

Itu sememangnya telah menjadi budaya dan amalan UMNO turun menurun bermula dari Pengasas UMNO sendiri iaitu 'Hero orang Melayu' yang juga pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar telah KELUAR dari UMNO dan MATI di luar UMNO. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman.

Nasib Tun Dr Mahathir selepas turun dari jawatan PM dan Presiden UMNO tidak segan silu diberikan pancutan air lada oleh ahli UMNO sendiri. Munkinkah perkara yang serupa mungkin bakal dirasai oleh juga oleh Pak lah?

http://greenboc.blogspot.com

08 March 2009

Betul ke apa toyo ni cakap...

Khir: Ada Usaha Jadikan Negara Sebuah Republik

MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata ada usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik.

Tindakan segera perlu diambil terhadap pihak yang sanggup merosakkan sistem raja berpelembagaan yang dinaungi sekian lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan dengan perwakilan Pemuda Umno Melaka di Wisma Umno di sini hari ini.

Seorang lagi calon jawatan Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, turut menghadiri majlis itu.

Dr Mohamad Khir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal berikutan sikap pihak tertentu semakin lantang mempersoalkan kedudukan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata "serangan" pihak tertentu kepada institusi Raja adalah berdasarkan rentetan pihak yang sama yang memperjuangkan kesamarataan dan melaungkan isu ketuanan rakyat.

"Ini patut kita kesan dari awal dan kita tidak mahu kerana perbezaan politik yang akhirnya kita akan kehilangan segalanya-galanya berkenaan institusi Raja," katanya.

Sementara itu, Mukhriz turut bersetuju bahawa tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak yang menghina dan mempertikai keputusan Raja-Raja.

"Ini satu perkara yang amat mengecewakan apabila ramai duli tuanku yang bertitah menyampaikan rasa kecewa terhadap orang Melayu yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja dan bangsanya sendiri," katanya.

Beliau berkata tindakan undang-undang termasuk mengikut Akta Hasutan wajar dilaksanakan untuk mengelakkan suasana huru-hara.

http://www.bernama.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG