24 February 2009

Bagai Di Kata,Bukannya Boleh Pakai Pelacur Politik Sekor Ni...


Ibrahim Ali sedia timbang sertai Umno

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau akan mempertimbang pelawaan menyertai semula Umno selepas mengambil kira pandangan pengundi di kawasannya.

Ibrahim yang juga ahli Bebas berkata, beliau perlu mengambil kira pelbagai faktor kerana tidak mahu "pisang berbuah dua kali".

"Saya amat menghargai pelawaan daripada Umno namun pada masa ini, saya sedang memikirkan banyak perkara termasuk mendapatkan maklum balas daripada penyokong. Saya mempunyai jentera sendiri. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mereka saya akan ikut.


"Kalau nak terima saya, terimalah kelantangan saya selagi saya tidak melanggar disiplin tetapi kalau saya ada kes rasuah atau menjejaskan parti, silalah buang saya secepat mungkin tetapi jangan buang saya hanya kerana kelantangan saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad, berkata Umno Kelantan sedia menerima Ibrahim sekiranya beliau mahu kembali.

http://www.bernama.com

Keputusan Gantung MB Haram Dan Exco-Exco Haram Oleh Speaker Adalah Sah

Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Keputusan Gantung MB Haram Dan Exco-Exco Haram Adalah Sah Di sisi Undang Undang

Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Maknanya dalam bahasa Malaysia mudah faham, Hukuman Gantung Zambry dan 6 Exconya tu oleh Speaker Dun Perak adalah sah, halal dan tidak menyalahi sebarang undang undang Malaysia.
Maknanya sah lah kena gantung dari menghadiri sidang dewan.

Yang pelik sikit ari ni Zambry tambah kata dia tak suruh legal team dia pergi Londong jumpa Queen's Counsel.Pulak dah.
PakLah yang suruh tu.
Zambry kau ikut kata PakLah ke Najib.
Dia kata legal team dia tu yang buat memandai.
Saya suruh legal team tu pergi Pekang, jumpa Queen Control, tambahnya cuba mengelak.

Pergi je London tu, aku confirm dia orang (QC) pung kata kau orang Haram ja dah.

Undang2 kata kau orang tak sah.
Polis kata speaker tak salah dan arahan dia sah.
QC pun jamin kata kau orang tak sah.
Speaker dah panggil untuk bersidang.
Apa lagi.

http://perundingperiuknasi.blogspot.com

Pemimpin Kanan PKR Pahang Pula Di Tawarkan Ganjaran Lumayan Jika Bersetuju Lompat Parti !!

KUANTAN - Selepas digegarkan dengan berita perletakan jawatan Ketua Penerangan AMK Pahang, kini politik PKR Pahang bergegar lagi dengan satu berita tidak rasmi yang kami terima. Biarpun maklumat ini "panas" namun ia tidak dapat disahkan lagi selagi belum menjadi kenyataan. Kami difahamkan ada beberapa pihak dalam UMNO kini sedang cuba melobi salah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang untuk kembali melompat ke UMNO. Mungkin ia bertujuan untuk menjaga nama baik bakal PM yang berasal dari Pahang iaitu Najib Razak.

Operasi "pembersihan dan pemutihan" ini terpaksa dilakukan, biarpun Pahang bukanlah negeri yang boleh menggoncangkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Menurut maklumat, usaha melobi kini sudah ke peringkat "final" dengan tawaran ganjaran mencecah jutaan ringgit. Kami difaham pemimpin terbabit masih belum memberi "kata putus" dan "lampu hijau" kepada mereka berkenaan perkara ini. Namun begitu kami yakin "pemimpin" yang dimaksudkan itu tetap akan setia bersama PKR dan tidak sama sekali akan meninggalkan parti itu.

Daripada sumber risikan yang kami terima, pemimpin terbabit telah diekori ke mana sahaja beliau pergi termasuk ke Kuala Lumpur sekali pun. Cuma kami belum menerima info apakah beliau "turut diugut dan diancam" untuk berbuat demikian. Pihak yang melobi pula katanya melibatkan pemimpin tertinggi UMNO peringkat negeri dan pusat sendiri. Apapun tunggu pendedahan seterusnya dalam masa terdekat ini.

Terkadang kami naik hairan dengan trend politik wang yang berlaku dalam UMNO rupanya kini telah merebak ke luar parti itu. Jika dulu politik wang diigunakan sebagai senjata untuk membeli undi oleh pemimpin tertentu. Kini politik wang atau rasuah digunakan pula untuk membeli wakil rakyat dan pemimpin pembangkang supaya menyokong mereka. Apakah ini budaya baru yang meresap dalam parti karat itu agaknya. Jika inilah caranya, maka kami yakin bahawa UMNO sudah menuju ke arah kehancuran sekarang. Mereka sudah hilang sokongan rakyat maka itu terpaksalah mereka membeli wakil rakyat pula untuk terus berkuasa.

http://pahangdaily.blogspot.com

Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai, Sarawak

ADUN Batang Ai Sarawak, Dublin Unting Meninggal Dunia Maka Kini Satu Lagi Pilihanraya Kecil Bakal Diadakan Di Sarawak Bumi Kenyalang

KUCHING - Satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi, ia berikutan kematian ADUN Batang Ai, YB Dublin Unting (foto). Namun begitu ia masih tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memandangkan pilihanraya umum negeri juga akan diadakan dalam masa terdekat ini khabarnya. Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang berusia 53 tahun itu, dipercayai meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi tadi setelah diserang angin ahmar. Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.

http://pahangdaily.blogspot.com

Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai, Sarawak

Dublin Unting Ingkot ADUN kepada Batang Ai merangkap Timbalan Menteri Sukan dan Petanian bagi negeri Sarawak meninggal dunia jam 1.26 pagi tadi.

Unting adalah Naib Presiden kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Beliau koma apabila diserang stroke tahun lalu selepas ditemuramah oleh stesen radio tempatan.

Dijangkakan SPR akan mengadakan pilihanraya kecil di Batang Ai selepas 60 hari.

Malaysiakini: ADUN Batang Ai meninggal dunia


Golongan Celaka Sahaja Yang Enggang Mansuh PPSMI

p1090986

Golongan celaka orang yang enggan mansuh PPSMI

Kuala Lumpur, 23 Feb - Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan Bahasa Melayu.Beliau berpidato di dalam majlis himpunan dan ikrar mansuh PPSMI. Menurut beliau, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.


Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. “Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan.”

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.

p1100019

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina itu turutdiserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

p11000061



YB Zulkifili Nordin :Dasar PPSMI

Harakahdaily : PPSMI: Dr M.. bertaubatlah sebelum 'wafat'

TKO :PMSBI: Hishamuddin UMNO mengamalkan " All Child Left Behind"

http://pemudabesut.blogspot.com


ulasan al-brangi

Untuk menguasai bahasa inggeris adalah satu isu yang berlainan.

Begitu juga untuk menguasai matematik dan sains adalah satu isu yang berlainan.

Jadi di mana rasionalnya kerajaan berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI yang mendapat bantahan dari majoriti pakar bahasa, pakar limu matematik dan pakar ilmu sains


Ikuti komen menarik dari ADUN BANGI

Penyelesaian Kemelut Politik Di Perak

Jalan Keluar Kemelut Perak - Malaysiakini

Membincangkan unjuran situasi Perak dan bagimana kesudahannya. Panel : Tn. Hj Asmuni Awi (Timb. Pesuruhjaya PAS Perak) dan Yb. Chang Lih Kang (Timb. Pengerusi PKR Perak)- KubikMinda





23 February 2009

Kes Saman Nizar disambung pada Rabu ini

2.35 petang: Mahkamah Bergelap Sekitar 15 minit

Kuala Lumpur; Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bergelap selama 15 minit sebentar tadi dalam keadaan semua pihak menunggu sebutan kali ke 2 pembicaraan krisis yang berlaku di Perak.

YAB Menteri Besar Perak,Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin sampai di mahkamah pada kira-kira jam 2.20 petang bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Ahmad Awang, Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Khoo Ham, YB.Nga Kor Ming, YB.Sivanesan dan YB.Hj.Mohd Zainuddin, Pengerusi BBC Perak, YB.Drs.Khalil Idham Lim dan Pengerusi PKR, Hj.Osman beserta ahli rombongan lain.

Semua pihak sedang menunggu masa sebutan kes untuk kali yang kedua pada bila-bila masa oleh Hakim.

Kelihatan hadir ialah Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri Perak, Ahmad Kamal yang mewakili Zambry Abdul Kadir, dimana mendapat bantahan dari peguam yang mewakili DS Nizar dalam sebutan pertama lalu.Hakim akan menentukan kewajaran beliau mewakili Zamry kerana dakwaan dikenakan atas batang tubuh Zamry sedangkan dia Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Perak.

Pada hari ini juga, Hakim akan memutuskan samaada kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.

3.42 Petang : Penghujahan Sedang Berlangsung

Penghujahan dari pihak Peguam Negara dan peguam yang mewakili DS Nizar sedang berlangsung bermula jam 2.50 petang tadi.

Hakim Mohd.Arif B.Mohd Yusuf sedang mendengar penghujahan dari kedua belah pihak mengenai persoalan pertama adakah kewajaran Mohd.Arif terus menjadi hakim dalam sebutan kes ini.

Sebelum ini timbul persoalan mengenai Moh.Arif yang pernah menjadi penasihat kepada PKR dan PAS.

5.00 Petang : Perbicaraan ditangguh.

Sebutan kes Saman DS. Muhammad Nizar Jamaluddin terhadap Zambry Abdul Kadir ditangguhkan pembicaraannya sebentar tadi oleh Hakim Mohd. Arif.

Perbicaraan akan disambung kembali pada hari Rabu ini jam 9.00 di tempat yang sama.
- DRS. KHALIL IDHAM LIM

http://nikhassanazmi.blogspot.com

Khalid Tidak Takut Kenyataan SPRM



Tan Sri Khalid tidak lari dan tidak takut dikejar "lembu" atau "kereta". Beliau juga mendakwa sikap tamak syarikat konsesi air di Selangor menjadi punca pembelian asset ditolak.

Malaysiakini :
PAS seeks 'tell all' meeting with Khalid
'MACC chief should join a political party'



http://nikhassanazmi.blogspot.com

Rakyat Pasir Mas Mahukan Seorang Pemimpin Yang Berwibawa Dan Mengenang Budi


DAP sokong desakan Pas Kelantan Supaya Ibrahim ali letak jawatan

KOTA BAHARU: DAP Kelantan menyokong saranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Sew Kok Beng berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan itu yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'.

"Ibrahim patut meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini kemenangannya atas lambang Pas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kok Beng mengulas saranan Mursyidul Am Pas itu bahawa pengundi di kawasan Pasir Mas perlu diberi peluang bagi menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki.

Kok Beng berkata bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas itu sepatutnya menghormati Pas yang memberi laluan mudah bertanding di kawasan itu sekaligus mencatat nama sebagai wakil rakyat bebas.

Ibrahim berkata, jika beliau melepaskan jawatan Anggota Parlimen, beliau perlu menunggu lima tahun lagi untuk melayakkannya bertanding.

http://www.bernama.com

Brehim bewak!!! kalau kamu ada maruah... letak jawatan sebagai MP P. Mas kerana rakyat P. Mas tidak sanggup lagi untuk menerima kamu,Kami dah Sangat meluat tengok muka kamu kat TV sedang menyalak... kamu tunggu je lah, sari dua lagi poster dari rakyat Pasir Mas akan terpapar di bandar Pasir Mas sebagai tanda protes dan benci yang meluat pada kamu...

Lagi pun UMNO Kelantan Dah Bagi Lampu Hijau pada kamu Brehim ...

Umno Kelantan sedia terima Ibrahim Ali

Umno Kelantan sedia menerima Datuk Ibrahim Ali sekiranya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu kembali kepada parti itu, kata Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad.

Alwi berkata kini terpulang kepada satu-satunya ahli Parlimen bebas itu sama ada mahu bersama-sama Barisan Nasional (BN) selepas gesaan PAS supaya Ibrahim meletak jawatan sebagai anggota Parlimen.

Ibrahim menang dalam pilihanraya umum Mac 2008 atas tiket PAS, lapor Bernama

"Kena tanya dia (Ibrahim) dulu apa kehendak dia, sekiranya dia nak masuk (Umno) dia kena pohon sebab dia tak pernah keluar (Umno), dulu dia dikeluarkan.

"Bagi kita, kita terima sesiapa sahaja," kata Alwi ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Alwi adalah ketua pembangkang di DUN Kelantan.

Desakan terhadap Ibrahim itu berikutan kelantangan beliau kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum Ke-11, Mei 2004, tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

http://www.malaysiakini.com

Sejarah: keluarnya MB dari kediaman dengan penuh hormat dan langkah gagah

Belum pernah tercatat dalam sejarah khususnya di Perak seorang Menteri Besar keluar dari kediaman dengan penuh hormat dan langkah gagah. Saya tak sempat melihat keluarnya Allahyarham Ghazali Jawi, namun saya amat mengetahui bagaimana keluarnya Tajol Rosli. Saya juga mengetahui bagaimana keluarnya Ramli Ngah Talib dari kediaman rasmi.

Khabarnya Tajol Rosli keluar setelah menangis berhari hari. Khabarnya juge di bawa bersama kereta mercedes yang ingin di beli dengan harga simpati. Ramli pula dengarnya sampai bawa lari segala perabut berlori. Tajol yang masuk tak peduli kerana seronok dapat semua barang baru dan wangi.

Nah cuba lihat keluarnya DS Nizar hari ini. Siap buat kenduri lagi... berduyun wartawan menanti... siap berlari sampai depan pintu lagi... tak cukup dengan tu... ikut sampai rumah sewa D. Seri. Nasib baik dah tak bagi masuk... itupun ada yang curi curi. Di minta keluar pun buat selambe rock je...

DS Nizar secara rasmi meninggalkan kediaman Rasmi... ( dengornya kejap je...) sebab mahkamah nak suruh duduk balik... Beliau datang dari rakyat... perjuangannya bersama rakyat. Apa yang orang tak berani dan tak mampu buat, DS Nizar sanggup mendahului. Beliau adalah antara ibu bapa yang menyaman kerajaan kerana PPSMI.

Kini DS Nizar kembali bersama rakyat. Selama ini beliau terhalang oleh pagar residen yang memisahkannya dari jendela rakyat. Demi bersama rakyat DS Nizar lebih banyak bergelumang di luar sejak subuh hingga dinihari. Kerana cinta dan denyut nadi rakyat yang dirasai, pintu kediaman rasmi tak pernah dikunci untuk dikunjungi. Namun maklumlah sejak dulu kediaman itu adalah kawasan Larangan , rasa kekok dan malu rakyat barangkali masih tersisa di hati.

Kini DS Nizar terus bersama rakyat. Beliau meninggalkan kediaman rasmi bukan mengalah dengan kerajaan Haram Zamri namun menunjukkan akhlak dan tamadun yang tinggi, walaupun berdepan lanun dan perompak di siang hari.Kediaman akan menjadi pusat komuniti rakyat sehingga 27 Februari. Kemuncaknya ialah pada subuh 27 Februari, jam 3.30 pagi. Munajat Perdana akan berlangsung di sini.

Bagi yang belum pernah merasai angin di kediaman rasmi, ambillah peluang ini kerana percayalah!!!! Zamri tak mungkin membenarkan kediaman rasmi dicerobohi. Melainkan jika beliau malu dengan apa yang dibuat DS Nizar selama ini...( tapi puak ni bukan tahu malu) jenis hidung di punggung!

Selamat Berjuang bersama rakyat. Dari rakyat beliau datang, kepada rakyat beliau pulang, bersama rakyat beliau berjuang... namun JANGAN DILUPA DS NIZAR ADALAH MB YANG SAH DAN RASMI !

http://perisik-rakyat.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG