08 April 2009

SAH!! Rakyat Semenanjung Menolak Najib

Kalah dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

(Analisis) : Sah! rakyat memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi dua kerusi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.

Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Sementara calon KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi.

Keputusan dua bukit yang sangat menggetirkan ini membawa satu lagio dimensi nbaru kepada politik tanahair tatkala kononnya Umno mahu melakukan 'reform' selepas metabalkan Dato'Seri Najib Tun Razak selaku Presiden baru mereka.

Walaupun pada awalnya ramai penganalisis politik menjangkakan Najib memberi suntikan baru kepada dunia politik Umno/Bn, malangnya keputusan dua bukit sama sekali menafikan perihal analisa awal itu.

ImagePAS dan KeADILan menang dalam suasana Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya di awal kempen, ditamnbah lagi dengan larangan kempen membicarakan isu Altantuya Shaariibu dan kontroversi keputusan Sultan Perak.

Namun menarik untuk diperkatakan tentang satu teori yang dikemukakan oleh pensyarah UKM, Dr Kamaruzzaman Yusof dalam rancangan Analisis Awani sebentar tadi mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen bagi pihak Umno/BN.

Mudah sahaja, kata Kamaruzzaman kehadiran Tun Mahathirdi Bukit Gantang membawa impak negatif kepada Umno/BN yang pada awalnya memperlihatkan peluang cerah untuk menang.

ImageSituasi sangat berbeza pada pilihan raya umum Mac lalu apabila kehadiuran kritikan dari Tun Mahathir amat memberi kesan kepada pola pengundian.

Namun di Bukit Gantang, kehadiran semula Tun Mahathir nyata tidak membantu Umno/Bn meraih sokongan mengembalikan status Bukit Gantang sebagai kubu kuat BN satu masa lalu.

Tun Mahathir sangat diketahui perihal politiknya mutakhir ini masuk semula ke dalam Umno apabila Najib menjadi Presiden dan Abdullah Ahmad Badawiu berundur dari PM.

Mahathir adalan antara individu paling lantang mengecam kepimpinan Abdullah dengan pelbagai istilah diberikan kepada bekas PM itu antaranya 'penidur'; 'kerajaan tiga beranak'; dan kerajaan yang ada 'penasihat tingkat empat'.

ImageUsaha menjatuhkan Abdullah antaranya didukung kuat Mahathir yang hari ini nyata menampakkan sokongan padu kepada Najib sebaik sahaja anak didiknya itu jadi Presiden Umno dan PM.

Licik sungguh permainan Mahathir dan Najib, hingga Abdullah yang mempunyai penasihat bijak di 'tingkat empat' Putrajaya pun tidak terhidu akan sudahnya begini.

Abdullah jatuh dalam keadaan yang paling menyedihkan, diherdik kawan (Umno) dan dicaci lawan selain pada zamannya juga berlaku krisis ekonomi yang amat dahsyat.

Najib mengambil alih dengan 'senyuman' sinis yang pastinya ada 'udang sebalik batu' dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan semula larangan terbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pelantikan Najib selaku PM hanyalah lantikan atas dasar kemelut yang berlaku dalam Umno.

Sebaliknya dihati rakyat Najib bukanlah pilihan yang ditunggu kerana imej negatif membayangi pelantikan PM keenam itu yang bakal mentadbir dengan nasihat 'first lady' (Datin Seri Rosmah Mansor) yang mencetus kontroversi.

Najib menjadi PM selepas Umno/BN berhadapan dengan kemelut kecemasan setelah kalah besar dalam pilihan raya umum ke-12; pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Justeru kelihatan Najib amat khuatir BN di bawah kepimpinannya sukar mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan �One Malaysia�nya.

Langkah popular Najib hanya dilihat sebagai langkah terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.

Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak.

Najib bukan orang baru didalam politik, beliau telah berada dalam kepimpinan Umno/BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu.

Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika Umno/BN, akta zalim ISA sebenarnya tetap akan terus menjadi snjata utama jika beliau terdesak nanti.

Pembebasan Harakah dan Suara Keadilan ketika kempen pilihan raya kecil masuk fasa akhir hanya helah besar Najib, sedangkan pada awalnya sekatan adalah untuk menafikan hak kempen dua akhbar ini.

Nah hari ini segala strategi memulihkan imej Najib melalui tiga pilihan raya kecil nyata tidak mendatangkan kesan, dan dariu awal lagi ada benarnya penafian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK ini bukan referendum rakyat menolak Najib.

Pastinya Muhyiddin dapat merasakan rakyat akan menolak BN di dua bukit, dan akhirnya terpaksa membujat kenyataan bahawa keputusan PRK bukan referendum rakyat.

Jalan politik Najib pastinya berliku, kekalahan di dua kerusi disemenanjung bakal menjadi buah tangan Pakatan Rakyat untuk lebih kerap menyerang Najib atas kegagalan pertama pilihan raya ketika Umno di bawah jagaannya.

Biarpun ramai yang memilih untuk tidak menyatakan ia referendum rakyat tetapi peristiwa dua bukit pada 7 April 2009 pastinya titik gelap permulaan karier Najib selaku Presiden Umno.

Jika benar Najib berani dalam menghadapi kegetiran politik, pastinya cabaran yang dibuat Mahfuz agar adakan pilihan raya kecil negeri Perak jika Nizar menang prk Bukit Gantang, pastinya disahut kelak.

Namun apakah hayat politik Najib lebih singkat berbanding Abdullah, masa akan menentukannya.

http://www.harakahdaily.net

2 comments:

Mocco said...

Tengok result undi di 2 Bukit semalam semacam cerita komedi... kemenangan PR mmg dijangka...syukur alhamdulilllah... cume bile mengingatkan cerita2 propaganda, fitnah, membohong BeEnd sebelum tu...semuanya tak berkesan mmg menggelikan hati sgt2...muahahaha
Bersama2 kita trus tolak Najib ngan BeEnd di Malaysia tercinta ini

Anonymous said...

Eloklah bawa Mahathir berkempen. Jangan lupa bila Det ceramah gandingkan dengan Ezam budak 6 kotak! BN sudah menopous, hingga terpaksa bawa Mahathir yang sudah expired!

ALLAH s.w.t maha kaya. Mahathir akan menjadi saksi kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK 13. Segala korupsi dan kebobrokan pemerintahan Mahathir akan disaksikan sendiri oleh Mahathir sebelum dia ke alam barzakh. Kita tunggu!!!

Berhati-hati dengan PM C4 ni! (Penjenayah Mega)

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG