03 August 2009
12 July 2009
11 July 2009
Pemborong DanPenjaja Ikan Akan Mengajar Umno DI Manek Ikan
UMNO ANGGAP PEMBORONG DAN PENJAJA IKAN LEKEH DAN HINA
Banyak tanah rizab melayu di Johor tergadai kerana Muhyiddin
Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor. Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai. Orang yang bertanggungjawab memberi kelulusan tersebut ialah pemimpin yang mengetuai kerajaan Johor pada 1989 hingga 1995.
Itulah pengenalan ringkas bagi mengenali siapa Tan Sri Muhyidin Yassin yang dikaitkan dengan tragedi yang memalukan orang Melayu di Johor.
Dan berikutan itu Muhyiddin dipindahkan ke pusat sebagai menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai usaha menyelamatkan karier politiknya.
Dan hari ini beliau berjaya mendaki tangga keemasan politik dalam Umno apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang jawatan Timbalan Presiden Umno.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.
“Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura.
“Ini bukti bahawa Umnolah yang menggadai hak orang Melayu setelah rakyat memberi mereka kuasa sepenuhnya lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan,� katanya pada ceramah di Temalir dekat sini malam semalam.
Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.
“Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah.. tidak.
“Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota Dewan Negeri Negeri Johor dari Umno tidak boleh jawab,� katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.
Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Muhyiddin telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab dan pemilikan dalam Dana Johor.
Sedangkan katanya, kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996.
Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit.
Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam.
Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.
Ketika era Muhyiddin sehingga Dato� Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.
Salahuddin berkata, jenayah paling mencabar orang Islam di Johor apabila Muhyiddin menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada Ahad.
Maka tidak hairanlah katanya, Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia berjaya ditembusi PAS setelah memperolehi dua kerusi Dun pada pilihan raya umum lalu.
“Sekarang kita sama-sama fikir pada malam ini. Hari ini Muhyidin datang ke Manek Urai bercakap mengenai pembelaan nasib orang Melayu.
Begitu juga katanya Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan baru dilantik sudah hendak tunjuk lagak dan bercakap bohong.
“Dia kata hendak menolong orang kampung sehingga sanggup pergi menoreh getah dan tunjukkan gambar kepada umum. Beliau bercakap di Parlimen kononnya hendak menolong orang susah di Manek Urai,” katanya.
Dan malam tadi ketika Muhyiddin berceramah di Kampung Manek Urai Lama hanya dihadiri kira-kira 200 penduduk lapor sebuan portal berita.
http://sesamaislam.wordpress.com
09 July 2009
08 July 2009
07 July 2009
Gambar Beruk Betino Menjaga Anak
MARI BERDOA AGAR RAJA KATAK MASUK UMNO CEPAT
SEMPENA PRK Manek Urai ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar raja katak yang masih `menenggek' di kerusi Pas di Pasir Mas sekarang memasuki Umno segera. Sebaik-baiknya, dan masa yang paling tepat adalah ketika kempen sedang rancak di Manek Urai sekarang. Malam mengundi nanti, kita doakan agar Umno mengadakan majlis `mengucap' sahadat kali yang entah ke berapa buat raja katak ini. Lagi cepat raja katakberada di dalam Umno sudah tentunya mempercepatkan kehadiran `sakratulmaut' buat Umno di Kelantan.
Pas terpaksa terima hakikat telah membuat satu kesilapan dahulunya apabila bersangka baik terhadap raja katak. Katak tetap katak, katak takkan menjadi kancil yang cerdik. Apa pun, hikmahnya rakyat dapat menilai bahawa Pas sememangnya tidak pernah ingin bersangka buruk terhadap sesiapa, sebab itulah Pas sering menjadi mangsa. Tetapi, Alhamdulillah, berkat itu semua Pas semakin kuat dan dilindungi Allah SWT. Adalah diharapkan selepas ini Pas harus lebih berhati-hati di dalam menerima insan yang mempunyai darah daging katak seperti raja katak ini. Baru-baru ini raja sesumpah pun ada niat untuk sertai Pas tetapi dengan syarat Pas mesti mengetuai PR. Ini lagi jenis yang tak boleh dipakai, ego, sombong dan terasa dia hebat. Sedangkan di dalam Umno pun raja sesumpah hanya dijadikan `kerbau pembajak' sahaja.
Mari kita pastikan Pas benar-benar mentalkinkan Umno di Manek Urai. Biar sejarah melakarkan bahawa seseorang yang dikatakan lebih terpelajar kononnya akan terduduk oleh penangan seorang peniaga ikan. Buktikan kelulusan yang tinggi tidak akan menjamin seseorang itu bertakwa kepada Allah.
http://armormech.blogspot.com
tak payah lah nak doa untuk spesis sekor ni .... dia memang dah Umno,Dio tipu rakyat Pasir Mas saja kata Bebas.. Jangan percaya lagi cakap pembohong besar seperti brehim katak..
06 July 2009
04 July 2009
Nasihat Untuk Ketua Pemuda PAS
ISU KERAJAAN PERPADUAN - AMARAN OLEH US TUAN IBRAHIM
Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telahdibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang polemik mengenai isu Kerajaan Perpaduan. Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.
Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.
Ingatan ini hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti disemua peringkat. Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita. Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi.
Sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana. Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah ‘Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya’.
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
http://www.detikdaily.net
02 July 2009
umno telah gagal menunjukkan model perpaduan di Kalangan mereka sendiri - TGHH
Muafakat pemimpin padukan Pakatan Rakyat
30 June 2009
29 June 2009
28 June 2009
Malang nasib orang Perak, dapat MB Macam Ini...
APALAH malang nasib orang Perak. Sudah ada MB yang dipilih oleh majoriti rakyat Perak dirampas pula secara tidak demokratik. Jika yang menggantikan MB yang dirampas itu lebih cerdik sedikit tidaklah rugi sangat rasanya, tetapi yang dilantik pula teramatlah rendah akal dan fikirannya. MB Perak yang mahkamah pilih ini langsung tidak faham apa itu kiasan atau perumpamaan. Cuba baca kenyataan Zambry terhadap apa yang disebut oleh Mursyidul Am Pas terhadap Umno, di sana jelas membuktikan Zambry ini tidak memahami apakah itu kiasan.
Tuan Guru Nik Aziz di dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini menyebut Umno adalah parti sesat sama seperti komunis dan ajaran Ayah Pin. Apabila kenyataan ini dihebahkan, maka ramai yang bodoh totok di dalam Umno tidak mengerti apa maksud Tuan Guru tersebut. Bagi mendidik mereka yang bodoh totok tersebut, Tuan Guru menyatakan bahawa kenyataannya itu adalah `kiasan' atau juga perumpamaan. Adakah Tuan Guru menarik balik kenyataannya itu yang menyatakan Umno sama seperti Komunis dan ajaran ayah Pin? Sudah tentu tidak, sebaliknya Tuan Guru memperjelaskan lagi kenyataannya untuk lebih mudah difahami oleh mereka yang bodoh sombong ini.
Pelik bin ajaib, kita ingat mungkin dua tiga kerat ahli-ahli Umno di ceruk-ceruk kampong atau orang-orang tua yang tidak bersekolah sahaja yang tidak faham maksud dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ramai golongan elit dan dianggap cerdik pandai dalam Umno pun tidak faham apa itu kiasan. Termasuklah si Zambry ini yang tidak faham. Untuk mengajar benak Zambry ini, mari kita beri satu contoh. Ini Contoh, "kulit muka saya hitam dan gelap sama seperti Orang Asli Afrika". Apakah Zambry ingat saya ini Orang Asli Afrika? Jika Zambry menjawab Ya, eloklah Zambry mendaftar untuk memasuki sekolah semula.
Oleh kerana kedangkalan otak beliau, beliau menganggap Tuan Guru telah mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kita ingin bertanya, di mana dan bila masa Tuan Guru Nik Aziz menarik kembali kenyataannya? Bukankah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang memperjelaskan bahawa apa yang diucapkannya itu adalah kiasan hanyalah untuk mengajar orang-orang yang pendek akal seperti Zambry? Itulah akibatnya apabila mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak sehingga ditertawakan orang.
Dan yang terbaru juga, Zambry minta agar Mufti Perak jangan diperlekehkan dalam soal Kerajaan Perpaduan Umno-Pas yang digilakan sangat oleh Umno itu. Beliau berkata Mufti tersebut bukan orang politik. Persoalannya, jika sudah rasa diri bukan orang politik kenapa gatal-gatal mulut campurtangan di dalam perancangan mana-mana parti politik? Atas dasar perpaduan Islam? Masakan Mufti tidak tahu perpaduan dalam Islam bukan seperti perpaduan sesama golongan penyamun dan perompak untuk merampas negeri orang. Perpaduan dalam Islam hendaklah berpaksikan Al-Quran. Sekiranya Mufti Perak sanggup beri jaminan bahawa Umno sedia untuk meletakkan Al-Quran di tengah-tengah sebagai hakim, penentu dan rujukan ke arah mencari perpaduan dengan Pas, saya gerenti Pas akan sebulat suara sanggup untuk berbincang ke arah perpaduan yang dihajati itu. Tetapi, jika tangan ingin berjabat salam dalam masa yang sama kaki memijak Al-Quran, lebih baik kita terus bertentangan.
Saya fikir lebih baik Zambry dan Mufti Perak berbincang samada kerajaan yang beliau bentuk sekarang ini di Perak menepati Al-Quran atau tidak. Jika tidak mahu jadikan Al-Quran sebagai rujukan, boleh juga memikirkan samada bertepatan dengan demokrasi atau tidak. Jika kedua-duanya tidak bertepatan dengan apa yang telah mereka lakukan, maka kita tidak tahu kerajaa apakah yang telah terbentuk di Perak sekarang. Islam pun bukan, ikut demokrasi pun jauh sekali. Mungkin kerajaan seperti ini ada di belantara, itu mungkin.
http://wfauzdin.blogspot.com
26 June 2009
24 June 2009
21 June 2009
Surat Terbuka Kepada Presiden PAS
Surat Terbuka Kepada Presiden PAS
Assalamualaikum Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Saya amat mengkagumi kepimpinan Dato Seri dalam saf barisan Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang sama-sama dipersetujui oleh ketiga-tiga komponen parti iaitu PKR, PAS dan DAP. Setiap perkembangan perjalanan politik ketiga-tiga parti komponen yang menganggotai Pakatan Rakyat diikuti dengan penuh minat untuk menentukan cita-cita rakyat sebagaimana yang telah diterjemahkan dalam pilihanraya kedua-belas tercapai. Gandingan parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat cukup mantap dan memberi keyakinan kepada kami rakyat dari segenap kelas dalam Malaysia ini, serta menaruh harapan yang tinggi, bahawa inilah bakal Kerajaan Malaysia yang diharapkan untuk menjadi pembela tempat bergantung harap keseluruhan rakyat Malaysia.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) pimpinan Dato Seri dilihat menjadi tonggak utama dalam Pakatan Rakyat untuk melengkapkannya sebagai sebuah pasukan yang digeruni pihak lawan mahupun kawan. Peranan Dato Seri dalam Pakatan Rakyat sebagai faktor pengimbang dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar meyakinkan lagi kepercayaan rakyat betapa bersungguh-sungguhnya usaha murni ini. Usaha murni yang dirintis oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di awal gerakan Reformasi pada tahun 1998 telah menampakkan kejayaannya pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Tetapi malangnya sejak akhir-akhir ini, Dato Seri telah memilih untuk mengadakan perhubungan dengan UMNO, yang selama ini Dato Seri sendiri selalu mencanangkan sebagai parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Apakah faktor yang membuatkan Dato Seri memilih untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO dan membelakangkan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Apakah Dato Seri merasakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat selama ini tidak membuahkan sebarang hasil kepada perjuangan PAS, malah pada pandangan Dato Seri ianya memberikan musibah pula kepada PAS dan ahli-ahlinya. Kalau sekiranya Dato Seri mempunyai firasat yang perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat hanyalah sia-sia, apakah pandangan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS telah diambil kira semasa Dato Seri memulakan langkah membuat perhubungan dengan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan, sepertimana yang selalu Dato Seri war-warkan.
Saya kira Dato Seri perlu lebih berhati-hati dalam mengadakan perhubungan dengan UMNO yang mempunyai seribu satu muslihat jahat yang tersembunyi. Ingatlah pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa mengingatkan kita bahawa UMNO adalah parti politik yang mempunyai sejarah hitam dalam perjuangan PAS. Akhir sekali dengan rasa rendah diri saya bagi mewakili sebahagian besar pengundi pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu inghinkan perubahan dan mengharapkan amanah yang kami berikan kepada Dato Seri dan rakan-rakan dalam PAS dalam pilihanraya tersebut tidak disalahgunakan.
19 June 2009
Tuntut Nasha keluar dari persembunyian dan mengadap Mursyidul Am
Tuntut Nasha jumpa TGNA. Himpunkan 5000 pengundi Bachok.
manakala Nasharuddin (Bachok) pula menghilangkan diri sejak dibidas Nik Aziz petang semalam.
Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.
Beb. Si ulama Nasha guna tektik macam Presiden. Ghaib. Gua cadang himpunkan 5000 atau lebih pengundi Bachok berhimpun di Kota Bharu atau Bachok sendiri untuk tuntut Nasha keluar dari persembunyian, jumpa TGNA.
Jangan biadap dan lari dari masalah. Datang mengadap Mursyidul Am dan berikan penjelasan. Kalau Nasha salah, mohon maaf. Kalau Mursyidul Am salah, mohon maaf. Ulama Nasha pun kena sorok hantu kopek.
Gua tuntut Nasha keluar dari persembunyian dan mengadap Mursyidul Am. Kalau takut, tunggu Hadi balik dan jumpa sama2.
http://adukataruna.blogspot.com
Jawapan Untuk Mangkuk2 & Bangang2 Yang Tak Paham Dengan Tindakan DS Nizar Di Parlimen
Penjelasan Nizar mengapa beliau melaungkan BUBAR
18 June 2009
Perpaduan dalam Pas lebih penting daripada cakap perpaduan dengan Umno
Nasa Tak Masuk Parlimen
Nasa Tak Masuk Parlimen "Walaupun soalan dia naik no 4hari ni, Nasa tak datang Parlimen dan tutup telefon, menurut sumber" satu sms yang aku terima. Kemana Nasa hilangkan diri?Riuh rendah hari in semua suratkabar harian, malah ada berita yang siarkan "Umno tadah tangan terima Nasharuddin"-Sinar harian dan macam2 lagi, semuanya tertumpu kepada Nasa dan Murshidul Am .Inilah akibatnya tak dengar cakap orang tua, yang lebih arif sepak terajang politik dan perangai umno.
Akhbar2 harian pro umno ini ambil kesempatan kutuk TGNA dan bela Nasa dengan tujuan supaya api persengketaan dalam Pas terus marak supaya Pas cepat hancur. Penentangan Umno dan akhbar sekutunya memang dah dijangka. Mereka kutip prof2 yang sealiran mereka untuk ikut serta hentam Pas, mufti yang jadi talibarut umno turut dipergunakan kecam TGNA.Puak2 yang macam ni dah wujud sejak zaman Abu Lahab dan Abu Jahal lagi jadi tak menghairankan dengan apa yang mereka cakap.Kebaikkan akan ditentang dengan kejahatan, ini perkara biasa.
Perpaduan dalam Pas lebih penting daripada cakap perpaduan dengan Umno. Kelemahan Pas sekarang kerana tidak dapat kawal pemimpin mereka dengan baik, menyebabkan mereka berani mendahului pemimpin yang lebih tinggi dalam membuat kenyataan kepada media. Idea dan buah fikiran yang libatkan parti mesti dibincang di bahas dengan luluskan usul-usul dalam muktamar bukannya panggil sidang media dengan berpuluh orang dan rasa seronok keluar kenyataan depan wartawan hingga lupa diri taraf mereka dalam parti.
TAHNIAH KEPADA 10 ORANG AHLI PARLIMEN PAS YANG MENENTANG KERAJAAN PERPADUAN HARI INI DI BANGUNAN PARLIMEN.MEREKA BERDIRI TEGUH DIBELAKANG TGNA.
http://misaimerah.blogspot.com
17 June 2009
Nasha! Tolong Letak Jawatan !!
TIMBALAN PRESIDEN PAS SILA LETAK JAWATAN ANDA
memang benar pas bukanlah parti yang jumud.. tapi kepimpinan ulama' yang ngaku itu.. inginkan ahli pas itu jadi jumud jahil goblok..
setelah memberi arahan agar mulut kita ditutup untuk tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan dan kembang gulanya, hari ini kita diberikan kenyataan oleh orang nombor dua dalam pas itu yang menunjukkan isu kerajaan perpaduan ini adalah keutamaan timbalan presiden pas, sehingga ulasan ds najib tentang ug itu mendapat reaksi yang pantas untuk diberitakan kepada presiden yang berada diluar negara.
tidakkah kepimpinan pas yang ngaku ulama' itu nampak sudah kemunafikannya bila ahli dilarang bercakap sedangkan mereka bercakap lebih dari kita?
mereka kata isu kerajaan perpaduan sudah tidak relevam lalu mengapakah ulasan dan isu yang dilontar umno masih bersambut mesra oleh kepimpinan ulama' munafik ini?
http://suwaritimur.blogspot.com
16 June 2009
13 June 2009
SPRM putuskan dakwaan terhadap dua 'Datuk' - Nazri
KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memutuskan dalam tempoh terdekat sama ada untuk mendakwa dua "Datuk" yang dibabitkan dengan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Beliau berkata ketika ini pihak SPRM telah pun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu.
"Siasatan telah habis dan SPRM sudah mengumpul bukti dan kemungkinan untuk mendakwa terhadap tertuduh ini, keputusan itu akan dibuat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mahu SPRM mengambil tindakan segera ke atas dua anggota Umno yang bergelar Datuk yang disyaki terbabit dalam kes rasuah berhubung pembinaan MRR2.
Nazri berkata SPRM akan melakukan siasatan secara bebas dan adil tanpa mengira kedudukan pihak yang disabitkan rasuah itu.
"SPRM akan bertindak adil dan bebas tanpa mengira orang yang disiasat atau didakwa itu datang dari parti tertentu, kita tak kira, kalau cukup bukti daripada siasatan dan ada keperluan untuk mendakwa, maka SPRM akan memutuskannya (untuk didakwa)," katanya.
Beliau berkata pihak kerajaan atau Umno juga tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap pemimpin Umno atau ahlinya yang terbabit rasuah.
Ditanya mengenai persepsi pihak tertentu bahawa SPRM kini dilihat lebih "menyerang" pemimpin-pemimpin Umno berhubung kes rasuah, Mohamed Nazri berkata perkara itu adalah tidak benar sama sekali.
"Persepsi itu tidak betul.., mana lebih penting, lawan rasuah atau hendak parti (Umno) membela seorang yang dituduh melakukan rasuah, saya kira ini adalah satu usaha membersihkan parti daripada gejala rasuah, itu lebih penting daripada hendak menjaga nama parti atau cuba melindungi perbuatan itu," katanya.
Mohamed Nazri berkata persepsi berkenaan juga mungkin disebabkan Umno merupakan sebuah parti besar dan berkuasa dan segala tindak tanduk pemimpin dan anggotanya tentulah sentiasa menjadi perhatian rakyat.
"Bagi parti yang berkuasa ini, tentulah macam-macam berlaku, orang tak bercakap pasal parti lain yang tidak berkuasa dan tidak memerintah.
"Kita perlu menyambut baik usaha SPRM ini, ianya tidak mendatangkan malu kepada kita, jika SPRM mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit rasuah, maka kita akan dapat membanteras rasuah dalam Umno, dan rakyat akan kembali yakin kepada Umno," katanya. BERNAMA
12 June 2009
Desak Mustafa Ali Letak Jawatan!
TEPUK DADA, TANYA IMAN, LETAKLAH JAWATAN!
BUKAN untuk menuju kepada sesiapa, tetapi bukan pula untuk menuju kepada haiwan-haiwan atau mana-mana makhluk asing. Pertelingkahan yang semakin hebat berlaku di dalam Pas kini adalah hasil daripada tangan-tangan dan mulut-mulut manusia bukan binatang mahupun makhluk halus yang lain. Apabila manusia sudah merasa dirinya hebat dan kumpulannya kuat, maka mulalah merasa orang lain itu kerdil. Orang-orang seperti ini tidak nampak kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan, tetapi dengan begitu cepat mencari kesalahan orang lain.
Krisis yang berlaku di dalam Pas sekarang adalah kerana adanya `orang-orang' ini yang masih dipelihara di dalam `sangkar' emas oleh Pas. Saya tidak percaya golongan seperti ini adalah Ulamak kerana seorang Ulamak sudah tentu tidak akan melakukan kerja yang tidak beretika dan beradab kepada ahli jemaah dan partinya sendiri. Tuan Guru Presiden Pas menjadi mangsa `mainan' orang-orang seperti ini. Saya menghormati Tuan Guru Presiden dan sehingga kini seikhlas hati saya masih menganggap Tuan Guru Presiden Pas adalah seorang Ulamak.
Sebagaimana yang sering saya sebutkan dalam tulisan-tulisan saya bahawa Ulamak adalah mereka yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama, mempunyai akhlak keperibadian yang luhur, mempraktikkan segala ilmu yang ada padanya di samping menyampaikan ilmu-ilmu yang bermunafaat kepada orang lain. Kesemua ciri-ciri ini ada pada Tuan Guru Presiden. Cuma, yang tiada pada pandangan saya ialah strategi politik yang berkesan. Oleh yang demikian, juak-juak yang ingin mengambil kesempatan telah pun mengambil kesempatan demi kepentingan mereka bukan kepentingan jemaah dan parti.
Pas sebenarnya tidak akan mampu dan terdaya untuk memikul masalah dan bebanan seperti yang sedang dihadapi sekarang bagi tempuh yang panjang. Tuan Guru Presiden seolah-olah dibiarkan bersendirian untuk menyelesaikan kemelut yang teruk melanda Pas sekarang. Hampir kesemuanya, apabila ditanya tentang isu kontroversi tersebut akan menjawab segala-galanya akan dijelaskan oleh Presiden. Mudah benar mereka melepaskan kesemuanya kepada Presiden sedangkan mereka tahu siapa punya angkara yang menyebabkan isu ini timbul. Cuba toleh semula ke belakang iaitu selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, siapakah di antara pimpinan Pas yang memulakan `rentak ' ini? Mula-mula mereka menafikan, kemudian mengaku dan menuding ke merata-rata arah untuk `menghalalkan' apa yang telah mereka lakukan di Selangor. Maka, mencari-carilah mereka mana-mana ayat di dalam Al-Quran yang menyeru kepada `perdamaian' untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan itu `halal' hukumnya.
Apabila situasi kini semakin dilihat tidak terkawal, pimpinan hendaklah berbuat sesuatu dengan segera. Utamakan jemaah dan parti, utamakan juga rakan taulan dalam perjuangan dan jangan bersikap pilih kasih atau melindungi kesalahan mana-mana tokoh atau Ulamak jika ada. Kepada yang masih mempunyai tanggungjawab dan kesedaran diri, tepuklah dada, tanyalah iman. Jika hati kecil berkata, " akulah puncanya terhadap apa yang berlaku," maka berundurlah dengan segera. Jangan ambil kesempatan lagi dengan bergayut di jubah Tuan Guru Presiden disaat parti sedang mengalami kesukaran sekarang. Silalah letak jawatan, kerana rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi.
http://wfauzdin.blogspot.com
11 June 2009
10 June 2009
SEGERA TARIK BALIK UCAPAN BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN
SEGERA TARIK BALIK UCAPAN BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN
ISU Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya sudah lama didengari dalam Pas iaitu sebelum muktamar lagi. Walau bagaimanapun, isu ini tamat diperkatakan apabila Tuan Guru Presiden Pas di dalam kenyataannya berkata bahawa `Tiada lagi Kerajaan Perpaduan' bersama Umno sejurus Najib mengambil alih jawatan PM menggantikan Pak Lah. Alhamdulillah, isu tersebut dinoktahkan dan semua ahli Pas serta rakan-rakan di dalam PR bergembira dengan keputusan muktamad Tuan Guru Presiden tersebut. PR bersama Pas dilihat lebih bersemangat selepas itu sepertimana yang telah dapat dibuktikan di dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.
Entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba terpacul semula isu ini di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Mungkin, ada beberapa kerat pemimpin yang masih tergila-gila dengan usaha sama Pas dengan Umno ini yang kecewa teramat sangat apabila Tuan Guru Presiden menoktahkan isu tersebut sebelum ini. Maka, isu ini timbul semula di dalam keadaan `versi' yang agak berbeza serta diubahsuai agar kelihatan lebih `Islamik atau Syarie'. Pokoknya, perpaduan itu menyebut nama Umno iaitu satu nama yang teramat jelik di hati rakyat terutamanya di Perak. Muktamar mungkin tidak terasa bagaimana sukarnya Ir Nizar berhadapan dengan Umno di Perak di dalam keadaan wakil Pas di dewan paling kecil jumlahnya daripada wakil DAP dan PKR. Namun, Ir Nizar bersyukur keranadi Perak, PR telah membuktikan bahawa PR mampu senang dan susah bersama, bahkan sanggup mati demi maruah PR sendiri.
Saya suka membezakan sikap dan pengorbanan rakan-rakan di dalam PR di Perak dengan Selangor. Di Selangor, awal mula pertama mula PR menawan Selangor, sudah ada pemimpin yang otaknya tidak keruan kerana gagal mendapat majoriti kerusi partinya bagi membolehkan dilantik sebagai MB Selangor. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin ini sanggup berjumpa pemimpin Umno sehingga ke peringkat PM ketika itu bagi membincangkan `perpaduan' bersama Umno, kononnya. Tidak menjadi rahsia lagi, pertemuan yang saya anggap `keluar dari kelambu dan masuk kelambu' orang lain itu turut membincangkan sekiranya `perpaduan' bersama Umno di Selangor ini berjaya, pemimpin tertentu ini telah dicadangkan sebagai MB Selangor dan bukannya Tan Sri Khalid. Inilah pengkhianat yang kini masih berada di dalam parti dan lebih berbahaya lagi memegang jawatan penting, dan ironinya pemimpin ini `terselamat' dari sebarang tindakan disiplin parti.
Setelah mereka inigagal di dalam pengkhianatan pertama mereka, usaha terus dijalankan dan digunakan muktamar yang mulia ini sebagai pembawa `virus' mereka. Kini, virus tersebut mula melanda di dalam parti dan dilihat semakin parah. Pemimpin ini sedar bahawa majoriti perwakilan tidak menyokong serta bersubahat dengan usaha khianatnya, maka di`sejukkan' suasana dengan menyeru ahli-ahli dan rakan-rakan dalam PR agar `Lupakan sahaja Isu Kerajaan Perpaduan'. Begitu mudah lidah berbicara untuk menyelamatkan diri masing-masing. `Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.
Pada pandangan saya, tiada jalan lain yang dapat dilakukan oleh pimpinan kecuali secara tegas dan muktamad membatalkan segala ucapan berkaitan isu ini. Keputusan muktamar yang lalu diguna pakai semula termasuk kata-kata Tuan Guru Presiden sebelum ini bahawa isu `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno dinoktahkan. Jangan kita salahkan rakyat dan ahli yang memperbesarkan isu ini kerana isu ini sememangnya besar, jika tidak masakan disebut di dalam muktamar?
http://wfauzdin.blogspot.com
PAS BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUNDUR
PAS BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUNDUR
Salam...
Hari ini jari-jemari saya masih mahu menari-nari di papan kekunci untuk meneruskan isu terkini, sama seperti 2 post saya yang terakhir, yakni mengenai parti PAS.
1. Presiden PAS kata isu kerajaan perpaduan ini telahpun dipersetujui oleh PKR dan DAP.
2. Mursyidul AM PAS kata kerajaan perpaduan ni mengarut,
3. DAP dan PKR kata perkara ini tidak pernah dipersetujui oleh mereka,dan mahukan penjelasan lanjut dari Presiden PAS.
Daripada ketiga-tiga perkara di atas, adalah lebih afdal kepada Presiden PAS, ataupun sesiapa sahaja yang pemimpin dan ahli-ahli PAS yang menyokong gesaan kerajaan perpaduan ini supaya fikir kembali, apa yang membuatkan PAS sampai ke tahap ini sekarang? Tahap di mana, kaum bukan Islam memberi sokongan kepada PAS pada 8 Mac 2008 dan juga pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang disertai oleh PAS selepas 8 Mac.
Saya pasti, tidak ramai di antara penyokong ataupun ahli-ahli PAS, mahupun pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri mengenai kejayaan mereka pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil Bukit Gantang khususnya, apabila PAS menerima undi daripada kaum bukan Islam yang besar jumlahnya.
Jadi persoalannya sekarang, mengapa? Jawapannya begitu mudah, pengundi-pengundi ini mengundi parti yang lambangnya selain lambang DACING (BN). Bukti? PAS menang di kawasan-kawasan multiracial seperti di Perak, bukan hanya di kawasan yang hardcore Melayu seperti di Kedah dan Kelantan.
Mungkin ketika 8 Mac 2008, pengundi-pengundi ini tidak mempunyai pilihan lain kerana perasaan amarah, benci dan mual terhadap BN/UMNO. Oleh itu, mereka mengundi parti lain, iaitu PKR,DAP dan termasuklah PAS. Dan sokongan ini diteruskan, malah terus bercambah semasa pilihanraya-pilihanraya kecil selepas 8 Mac 2008.
Sokongan Melayu mungkin boleh disimpulkan terpecah kepada 2, kepada PAS/PKR dan BN/UMNO. Tetapi bagi Cina dan India, sokongan mereka jelas memihak kepada PKR/DAP/PAS. Itu jika kita lihat daripada pecahan mengikut kaum.
Dari segi pecahan umur, rakyat muda belia (seperti saya) juga jelas dan terang-terangan memihak kepada PKR/DAP/PAS. Bukti? Selepas secara rasmi BN kalah di Pulau Pinang, anak-anak muda berbangsa Melayu, samada menaiki motor atau berjalan kaki, berarak dengan mengibar bendera DAP.
Bila dan di mana lagi fenomena ini pernah dilihat atau akan dilihat sekali lagi?
Oleh itu, amatlah mendukacitakan jika para pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS terus menokong gesaan kerajaan perpaduan dan berbincang dengan UMNO, kerana sokongan serta kekuatan yang PAS ada sekarang adalah hasil kebencian rakyat kepada UMNO/BN.
Saya berasa sangat gusar, jika pemimpim-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya yang menyokong kerjasama dengan UMNO ini diteruskan, PAS akan kehilangan sokongan yang telah diterimanya sebelum ini, dan ini secara tidak langsung akan melemahkan Pakatan Rakyat.
Harus diingat, lembu dipegang dengan talinya, manusia dipegang dengan janjinya. PAS adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan sudah tentu ada perjanjian yang sudah termetrai di antara ketiga-tiga parti ini, janganlah memungkiri janji dan ‘mutual understanding’ yang telah dicapai.
Pintalah persetujuan daripada PKR dan DAP dahulu sebelum meneruskan kerjasama dengan UMNO, hormatilah dan jagalah perasaan rakan-rakan kita, jangan kita mudah lupa apa yang membawa kita ke tahap sekarang.
Saya khuatir, PAS bukan sahaja akan kehilangan sokongan daripada kaum bukan Islam tetapi juga daripada pengundi-pengundi muda.
Masih belum terlambat…
http://bypass308.blogspot.com
09 June 2009
DAP Minta Penjelasan Hadi dan Nasa Mengenai Kerajaan Perpaduan
DAP Minta Penjelasan Hadi Mengenai Kerajaan Perpaduan
07 June 2009
Usul kepimpinan ulama patut didebat - Hasan Ali
Usul kepimpinan ulama patut didebat - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali
05 June 2009
Umno Punah Dan Tembelang - Presiden PAS
Ratusan Slogan UMNO / BN Gagal Dalam Amalan Politik Kuno Mereka
04 June 2009
Dewan Ulama PAS mahu 3 jawatan utama parti diteajui ulama
SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS mahu tiga jawatan utama parti itu iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan satu kerusi Naib Presiden disandang oleh golongan ulama.
Usul berkaitannya dibentangkan oleh Dewan Ulama PAS Terengganu ketika tercetusnya polemik berkenaan peranan golongan ulama dan profesional.
Ia mendesak PAS Pusat memperbaharui iltizam untuk mengekalkan konsep kepimpinan ulama dalam menerajui kepimpinan dan perjuangan parti.
03 June 2009
MSO Bila Nak Mintak Maaf Dengan Husam??? Tak Ingat Nak Mati Ke?
KOTA BAHRU, 3 Jun: Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah hari bersemuka dan bersalaman dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa selepas kes saman menyaman mereka berdua berjaya di selesaikan di luar mahkamah.
Turut serta dalam pertemuan hari ini adalah Adham Kechik, Adun Bukit Bunga yang turut membacakan kenyataan memohon maaf kepada Husam di depan media ekoran kenyataan media dan laporan mereka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini SPRM yang telah mereka buat pada 27hb. Nov, 2007 yang lalu.
Kedua-dua mereka bertemu Husam di Kota Darul Naim hari ini dan bersalam penuh dengan kegembiraan.
Semalam Norzula telah menyiarkan satu notis permohonan maaf kepada Husam dalam akhbar Berita Harian, iaitu salah satu akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Husam dahulu.
Dalam notis itu, Norzula memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Husam ekoran kenyataan mereka dalam sidang media dan laporan kepada BPR.
Adham mengaku, laporan yang dia buat dahulu berdasarkan sumber yang tidak ada kesahihannya.
Ekoran kenyataan mereka dahulu, Husam telah memfailkan saman kepada kedua-duanya dan juga media yang menyiarkan kenyataan itu.
Alfa200 - Dah setel... ada lagi sorang penyumbang utama yang tak reti-reti nak mintak maaf lagi ni. oi MSO..! bila..?
http://siasahdaily.blogspot.com
02 June 2009
KOMEN MENGENAI 3 CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS
Gua dah banyak rilek. Kembali ke medan tempur. Hehehe.Kali ni gua nak ulas terus pada isu pemilihan Timb Pres PAS. Dah dekat dah ni, tak sampai seminggu je lg. Gua pun tak tau apa yg ada dalam tempurung lutut perwakilan kali ni. Sebab gua tak sempat lagi nak round 1malaysia, check fikrah diorg sume.Apapun, kali ni gua direct je la beb. Malas nak kias2 dah.Camni, skang ni nasib dan masa depan PAS kini tletak di tangan perwakilan. Samada PAS boleh gi jauh atau ke lembah kejatuhan, sumenya bgantung kpd kebijaksanaan pwakilan.PAS skang ni HANYA selangkah jek lagi dari putrajaya. (meh aku ulang 51 kali, HANYA SELANGKAH BEB!!!).
Usia PAS dlm Pakatan Rakyat baru jek setahun, dan skang ni dlm peringkat penyesuaian laa..Camni la gua bagi contoh sket..Kalo korg kawin pun, malam pertama tu mesti korg mcm malu2 sket, nak pegang tangan pun seram sejuk lagi. Masih kekok2 lagi.Masa tu korg mesti mcm still dlm proses nak memahami hati budi masing2, nak menyesuaikan diri dgn kehidupan baru bersama. Kalo dulu yg laki tu main campak je kain baju atas lantai, skang ni takleh dah la. Kena gantung baik2, pastu letak dlm almari.Yg pompuan plak, kalo dulu malas basuh pinggan mangkuk, malas masak, skang ni dah kena bukak buku panduan memasak, nak kena masak utk suami tsayang.So, dalam setahun melayari bahtera, mesti ada gaduh2 sket, pgeseran sket, utk mematangkan pkahwinan.
Biasa la tu...So skang ni, bila korg nak PAS teguh dlm PR, kena la pilih pemimpin yg hatinya, jiwanya, fikirannya, tindakannya menuju ke arah mperkukuhkan PR. Kalau korg tau calon tu hatinya, jiwanya, fikirannya, tindakannya sebaliknya, takkan la korg nak pilih dia. Kang tak pepasal plak dia buat kacau bilau dlm PR.Ok, kita ulas ttg calon2 Timb Pres satu persatu :
1) Nasa : Mamat ni pernah kantoi berjumpa UMNO secara sulit dalam gelap, pastu menipu ahli PAS. Bila Pak Lah kantoikan, baru la dia tergagap2 jawab kononnya apa yg dia buat ni mdapat restu Majlis Syura. Kepala otak dia, sbb TGNA sbg Ketua Majlis Syura tak tahu menahu hal ni. So, kalau korg nak penipu ni jadi Timb Pres, maknanya korg nak dia pecahkan keharmonian PR dan bawak PAS masuk UMNO. Direct je aku bagitau. Mamat ni pro-UMNO. Mamat ni prestasi sbg Timb Pres sebelum ni mmg out, underperformance, mandom, elitis. Sejak pindah ke rumah baru 1 juta kat bdr sri putra, nilai, mamat ni makin mandom.
2) Husam : Mamat ni dari segi prestasi gua mmg respek. Sbb dia mmg perform dlm pentadbiran Kelantan. Mamat ni byk perkenalkan polisi2 dan rancangan2 ekonomi, seterusnya dapat pkukuhkan sokongan rakyat kepada PAS di kelantan. Dari segi parti plak, mamat ni antara naib pres yg plg aktif turun padang selesaikan masalah2 & kerumitan, banyak pertahankan parti drp serangan media musuh, aktif dlm majlis pimpinan PR dan byk lg. Bab prestasi kerja, mamat ni mmg terkehadapan. Sbb tu la aku tak heran mamat ni kena serang teruk oleh media UMNO-BN, sebab UMNO-BN dah nampak hayat diorg akan jadi pendek kalo Husam digandingkan dengan hadi. Mamat ni pro-PR. Anak didik TGNA sejak 1990.
3) Mat Sabu : Mamat ni gua takde problem. Aktivis sejati, polis sume dah tensen tengok muka selamba dia kena tangkap. Mulut mamat ni mmg tajam, tapi lawak beb. Paling merakyat. Tapi gua nampak dia lebih strategik kalo diletakkan kat ketua penerangan, sebab dia sgt pakar dlm bab membalun UMNO-BN.
Tapi kalo husam kalah, gua lebih rela mamat ni naik Timb Pres berbanding Nasa penipu. Mamat ni pro-PR.Gua nak ingatkan perwakilan sume, kempen "kepimpinan ulama", "ulama vs profesional", "bahaya erdogan" tu sume benda2 nak alihkan perhatian korg sume drp menilai KPI, prestasi calon2 yg btanding. Karut marut. Sebab diorg tau, kalo pwakilan mnilai based on merit, prestasi, confirm Nasa akan kalah teruk.
Kesimpulannya :
1) Kalau korg menangkan Nasa, maknanya korg bersubahat ngan dia nak bawak PAS masuk UMNO-BN, pastu PR akan pecah, PAS akan bpecah, non-muslim akan tak pcaya kat PAS dah, Kelab Penyokong PAS akan terbubar.
2) Kalau korg menangkan Husam, maknanya korg bersubahat ngan dia nak kafankan UMNO-BN buat selama-lamanya, dan meletakkan PAS sebagai teraju utama umat Melayu-Islam, dan memimpin rakyat berbilang kaum menjelang PRU-13.
3) Kalau korg menangkan Mat Sabu, maknanya korg mengurangkan mudarat PAS berbanding korg pilih Nasa penipu.
INGAT, PAS HANYA SELANGKAH DARI PUTRAJAYA. JGN BSUBAHAT UTK GAGALKAN PAS DARIPADA MEMIMPIN MALAYSIA...
http://tempurunglutut.blogspot.com
Benarkah Roslan SMS Memberi maklumat Kepada Utusan Malaysia
50% Kawasan Menolak Ustaz Nasa?
Dari maklumat yang telah didedahkan kepada Sinar Harian (30/05/2009), pencalonan yang diberikan kepada Ust Nasa adalah dalam jumlah 68 pencalonan dari 137 kawasan di seluruh Malaysia. Terdapat lebih 47 kawasan yang tidak menghantar pencalonan mereka.Sekiranya kita mencongak, kita akan dapati bahawa pencalonan yang diberikan kepada Ustaz Nasa ini tidak sampai 50% dari seluruh pencalonan. Ini bererti bahawa lebih 50% kawasan dalam Malaysia yang menghantar pencalonan tidak mencalonkan Ust Nasaruddin Mat Isa.
Ini adalah satu perkara sangat menghairankan kerana Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah pemegang jawatan Timbalan Presiden yang dipertandingkan itu. Dan lebih 50% kawasan telah menolak beliau.
Dari maklumat yang saya dapati, rata-rata 47 kawasan lain yang tidak menghantar pencalonan sebenarnya telah mencalonkan samada Mat Sabu atau Husam Musa. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu mereka tidak sempat atau tidak menghantar pencalonan mereka sebelum tarikh tutup.
Barang diingat, sewaktu Ustaz Nasa mula-mula memenangani jawatan Timbalan Presiden PAS, 80% PAS Kawasan seluruh Malaysia mencalonkan Ustaz Hasan Shukri. Namun, Ustaz Nasaruddin masih mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat pada pemilihan 2005.
Saya juga mendapat tahu bahawa angka “pencalonan 60% kepada Nasaruddin” (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm) seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia dibocorkan oleh Roslan SMS. Saya harap Roslan SMS mennafikan khabar2 ini yang semakin kuat bertiup.
http://www.malaysiawaves.com
..........................................................................................................................................................................
Inilah artikel dari Utusan Malaysia yang dimaksudkan oleh Penulis... iaitu artikel kempen Utusan Malaysia untuk Ustaz Nasharuddin
Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Mei - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mempunyai peluang yang amat cerah untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan apabila mendapat pencalonan hampir 60 peratus.
Sementara itu, calon saingannya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu masing-masing menerima 20 peratus pencalonan dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kurang 5 peratus).
Menurut sumber, hasil pencalonan yang diperoleh Nasharuddin jelas menunjukkan sebahagian besar perwakilan mahu Pas diterajui oleh kepimpinan ulama.
‘‘Seperti mana yang dijangka kebanyakan kawasan yang membuat pencalonan tidak akan terkeluar daripada tradisi kepimpinan yang diamalkan Pas sejak 1982 iaitu kepimpinan berasaskan ulama.
‘‘Berdasarkan keputusan yang dibuat ketika muktamar pada tahun tersebut, Pas telah membuat ketetapan bahawa jawatan nombor satu dan nombor dua parti adalah di kalangan ulama,’’ kata sumber itu di sini hari ini.
Semalam dalam satu sidang akhbar di Kuala Terengganu, Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkan kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden parti selepas memperoleh 129 pencalonan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tidak layak bertanding bagi jawatan itu pada muktamar tahunan Jun ini apabila gagal mendapat dua pencalonan.
Bagaimanapun bagi jawatan tertinggi seperti Timbalan Presiden, Naib pPresiden serta Ahli Jawatankuasa Pusat, Mustafa tidak memberi maklumat secara terperinci dan hanya sekadar memberitahu berlaku saingan sengit pada semua jawatan tersebut.
Dalam pada itu sumber itu berkata, kegagalan Husam menguasai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden merupakan petanda awal yang kebanyakan perwakilan menolak kepimpinannya.
Sumber itu berkata, perwakilan telah memberi mesej awal yang mereka tidak mahu Pas diterajui oleh kumpulan lain selain daripada ulama.
‘‘Dengan kata lain mereka tidak mahu puak Erdogan iaitu sekumpulan pemimpin Pas yang mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti.
‘‘Tidak dinafikan Husam kelihatan bersungguh-sungguh untuk merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi malangnya hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang mencalonkan beliau,’’ kata sumber itu lagi.
Dalam pada itu sumber tersebut berkata, jumlah pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden itu diperolehi daripada kira-kira 130 kawasan yang berjaya menghantar pencalonan mengikut masa ditetapkan.
28 May 2009
Komunisme Nasionalisme sama, perlu ditolak -Nik Aziz
Komunisme Nasionalisme sama, perlu ditolak -Nik Aziz
26 May 2009
23 May 2009
MB Haram Perak Yang Diperbaharui Oleh Mahkamah
KUASA KINI DITANGAN, ZAMBRY TUNGGU APA LAGI ?
MB Perak yang diperbaharui semula oleh Mahkamah Rayuan petang semalam pastinya bersyukur kerana masih menjadi MB. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapatkan kerusi MB dengan hanya melalui mahkamah. Kebiasaannya, jawatan tersebut diperolehi dari mandat rakyat dan Zambry memperolehinya melalui mahkamah. Sememangnya wajar beliau bersyukur kerana sepanjang sejarah di negara ini, boleh dikira peristiwa sedemikian berlaku. Hanya yang bertuah sahaja yang boleh menikmatinya.Tanpa perlu bubarkan Dun, tanpa melakukan undi tidak percaya Zambry mampu menjadi MB dengan hanya ` anggukkan kepala' 3 Adun lompat di dalam istana, maka hilanglah kerusi yang diduduki oleh Nizar. Sesungguhnya Dewan Undangan Negeri Perak seperti tidak lagi berfungsi untuk menentukan kuasa rakyat. Kita diminta untuk tidak mencemarkan istana mahupun mahkamah, tetapi tidak kepada dewan yang mulia itu. Apakah selepas ini dewan yang mulia itu hanya akan dijadikan tempat `bergurau senda' atau pun tempat untuk menunjukkan `seni silat'atau kung fu masing-masing? Saya tidak pasti apakah fungsi dewan tersebut selepas ini.
Sekiranya ditakdirkan berlaku lagi beberapa Adun yang `hilang' atau `ghaib' beberapa hari tanpa khabar berita, kemudian secara tiba-tiba muncul di depan istana menjerit memberitahu mereka telah hilang sokongan terhadap MB sekarang, apakah sekali lagi jawatan MB akan bertukar? Sehingga kini saya masih tidak mendapat jawapan mengapa begitu sukar untuk membuat pengakuan secara terbuka di dewan melalui undi tidak percaya kepada kerajaan yang memerintah. Mengapa harus hilang beberapa hari dengan berbagai alasan yang tidak munasabah, kemudian muncul di dalam istana untuk menyatakan sokongan? Bertambah pelik lagi, seorang Adun yang belum habis edahnya `bercerai' dengan Umno, tiba-tiba `rujuk' kembali kepada Umno dan istihar sokongannya kepada Umno/Bn di dalam istana? Persoalannya, mengapa tidak menghormati dewan yang mulia itu?
Sesungguhnya istana telah menggunakan kuasanya, begitu juga mahkamah turut menggunakan bidang kuasanya. Kita hormati kuasa yang dimiliki oleh kedua-dua institusi tersebut. Yang masih belum menggunakan kuasanya lagi adalah rakyat. Adakah rakyat berpeluang untuk menggunakan kuasanya? Apa yang saya faham, seorang diktator tidak akan memperdulikan hak dan kuasa rakyat. Tidak mungkin Zambry bersifat sedemikian kerana Zambry sudah pasti akan mematuhi arahan PMR (Perdana Menteri Rakyat) agar `Rakyat Diutamakan'. Jika demikian halnya, Zambry tunggu apa lagi, kuasa sudah dimiliki kini dan bergegaslah ke istana untuk memohon agar Dun Perak dibubarkan.
wfauzdin.blogspot.com
20 May 2009
Persepsi rakyat yang melihat BN sebagai pihak yang bertindak jahat..
UMNO/BN cenderung bubar DUN Perak?
Kata sepakat dalam Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa walaupun keputusan mahkamah rayuan Khamis ini memihak kepada parti itu, Sultan Perak akan tetap dipohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu supaya pilihan raya semula dapat diadakan, laporkan Malaysian Insider semalam.
Menurut Malaysian Insider, krisis Perak adalah agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat BN semalam.
Parti itu takut menghadapi semakin meluasnya persepsi rakyat yang melihat BN sebagai pihak yang bertindak jahat dalam krisis itu.
Jika meluasnya persepsi itu tidak ditangani, BN akan kehilangan lebih banyak kredibiliti.
Beberapa pemimpin BN memberitahu Malaysian Insider tentang betapa berkesannya tindakan Pakatan Rakyat (PR) menggambarkan BN sebagai perampas kuasa.
Kesediaan BN untuk membubarkan DUN Perak itu dilihat bertujuan mengurangkan bencana yang bakal dihadapinya di mana besar kemungkinan parti itu akan ditolak terus oleh rakyat.
Apabila mahkamah membuat keputusan DS Nizar sebagai MB yang sah, maka beliau harus memanggil sidang DUN tergempar - Dr Chua
Pertemuan pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional harus diadakan sekerap mungkin bagi membuka ruang yang lebih luas kepada penyelesaian sebarang kemelut politik negara.
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ruang dialog merentasi garis politik harus digalakkan supaya tidak ada mana-mana pihak mengambil pendekatan kurang waras bagi menangani mana-mana masalah yang timbul.
“Kedua-dua parti parti, seperti yang disarankan Perdana Menteri, harus mencari penyelesaian kepada masalah ini. Terlalu banyak permainan politik, dengan kes dihadapkan ke mahkamah rayuan, dan akhirnya rakyat kerugian,” kata beliau.
Demikian kata Dr Chua pada sidang akhbar yang diadakan hari ini di Petaling Jaya.
Beliau yang ditemani anaknya Chua Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis juga menyentuh mengenai pertemuan peribadi beliau dengan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa baru-baru ini.
MCA walau bagaimanapun tidak merestui pertemuan dua mata antara Dr Chua dan Husam.
Dalam pertemuan itu, dua ahli politik daripada berlainan kem itu bersependapat bahawa jalan penyelesaian terbaik merungkai krisis politik di Perak ialah dengan menghormati lunas-lunas demokrasi.
“Dalam kes Perak, apabila mahkamah membuat keputusan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, maka beliau seharunya memanggil sidang DUN tergempar,” kata Dr Chua.
"Kalau dapat sokongan majoriti, kita ucapkan tahniah kepadanya, namun sekiranya tidak, maka beliau harus membuka jalan kepada mereka yang mendapat majoriti atau menghadap Tuanku Sultan dan memaklumkan bahawa beliau telah kehilangan majoriti,” kata Dr Chua
Beliau juga bersetuju sekiranya rundingan antara dua blok politik utama negara itu gagal membuahkan hasil, maka pilihan raya adalah jalan terbaik.
“Sekiranya semua pertemuan tidak menghasilkan sebarang keputusan bermakna, maka barulah kita membuka jalan kepada Dun dibubarkan,” kata Chua.
http://www.tvantara.com
19 May 2009
18 May 2009
17 May 2009
PAS jalin kerjasama dengan pihak pro-bubar DUN Perak
PAS jalin kerjasama dengan pihak pro-bubar DUN Perak
16 May 2009
Krisis Perak: Husam Jumpa Tengku Razaleigh Petang Tadi
Kemelut Perak: Husam jumpa Ku Li
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti.
"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.
"Tapi kalau dia nak datang atas kapasiti parti, kena dapat mandat parti dia lah," katanya dalam satu sidang media di ibu negara, petang ini.
"Kita mesti bersama untuk menubuhkan satu barisan untuk mendesak pembubaran DUN Perak," katanya.
Kemelut politik di Perak yang berlanjutan sejak Februari lalu, telah mendapat reaksi daripada beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional antaranya dari MCA dan Gerakan yang mahukan DUN Perak dibubarkan.
Tengku Razaleigh adalah antara pemimpin Umno yang mahukan pembubaran DUN Perak untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
Jumpa Ku Li petang ini
Lajnah Politik PAS, tambah Husam, bersetuju diadakan usaha menyatukan semua pihak yang mahukan pembubaran DUN Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri tersebut.
Ditanya sama ada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain telah dimaklumkan mengenai hasrat tersebut, Husam berkata:
"Pemimpin Pakatan telah dimaklumkan. Tetapi masa perundingan itu berlaku, saya terpaksa pulang tergesa-gesa ke Kota Bharu, saya belum tahu apa maklumat dalam perbincangan tersebut.
"Tetapi saya rasa pada umumnya ia tidak ada halangan," katanya.
Selain bekas presiden parti Semangat 46 itu, tambah Husam, beliau juga akan bertemu dengan Timbalan MCA, Dr Chua Soi Lek, dan pemimpin Gerakan yang turut mendesak agar DUN Perak dibubarkan.
Husam telah menemui Tengku Razaleigh petang tadi, dan akan menemui Dr Chua esok atau pada hari Isnin
Ketika ditemui di kediaman Tengku Razaleigh selepas pertemuan mereka, Husam yang juga exco Kelantan, menyifatannya sebagai "positif".
Tengku Razaleigh dijangka mengeluarkan kenyataannya berhubung perkara tersebut, kata Husam.
http://www.malaysiakini.com
15 May 2009
Anggota UTK Terlibat Pula Jenayah Rompakan Berkumpulan !
KUALA LUMPUR [1.00 pm] - Nampaknya apa yang dilakukan oleh pegawai polis UTK dalam kes Altantunya Shaaribuu kini sudah dijadikan tauladan oleh rakan-rakan yang lain. Kini anggota polis Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap pertuduhan merompak secara berkumpulan, April lalu. Sabaruddin Harun, 32; Ahmad Razi Abd Talib, 27; dan Aminuddin Salim, 28; yang kini digantung tugas, didakwa merompak lapan unit telefon bimbit pelbagai jenis, cermin mata, minyak wangi, wang tunai RM320, sebentuk cincin emas, seutas rantai leher emas, dan seutas rantai tangan perak. Terdapat seramai lapan orang mangsa yang berumur antara 16 dan 40 tahun dan di antara mereka ada yang bersaudara dan ada yang masih belajar. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No 115, Jinjang Selatan Tambahan, Sentul, pada jam 11 malam, 11 April lalu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan dengan kesalahan itu.
Apa yang berlaku ini jelas sekali amat memalukan. Ini kerana mereka yang terlibat itu adalah anggota unit UTK yang kita tahu hanya akan menjalankan tugas berdasarkan arahan daripada pegawai atau ketua mereka. Soalnya sekarang kenapa jenayah pula dilakukan oleh mereka. Inilah akibat kerajaan sendiri mempergunakan pihak polis terutamanya UTK sebagai alat untuk dikambing hitamkan seperti apa yang berlaku kepada Sirul dan Azilah. Kini kes tersebut seolah-olah hambar dengan isu politik yang melanda Perak sekarang ini. Namun, apakah adengan polis terlibat dengan jenayah ini harus menjadi tatapan rakyat Malaysia?. Mana perginya motto BN semasa pilihanraya ke-12 iaitu "Selamat, Aman dan Makmur" itu?. Bukankah ini membuktikan kepada kita bahawa penjenayah sudah berada di mana-mana hatta dalam balai polis sendiri. Justeru kita tidak hairan kini banyak kes-kes yang melibatkan kebobrokan polis terus dipaparkan.Dalam masa yang sama jenayah terus berleluasa seperti pengedaran dadah, rompakan, pembunuhan, ragut dan sebagainya. Bukankan ini jelas menunjukkan bahawa penjanayah sudah tidak takut lagi dengan pihak polis di negara kita kerana mereka tahu kerja mereka akan dipermudahkan apabila "angpow under table" telah diberikan kepada pihak terbabit. Inilah senario yang berlaku sebenarnya. Maka itu jugalah kita tidak hairan dengan penahanan lori treller yang boleh membawa berjuta-juta ringgit dadah dengan melepasi kawalan imigresen dan pihak polis. Bukankah ini semua membuktikan bahawa mereka sudah diperdayakan, kerana asyik terlibat dengan kes-kes politik semata-mata.
[Justeru itu, dalam meraih kembali kepercayaan rakyat kepada pasukan Polis Raja Di Malaysia, makanya mereka harus bersikap adil dan tidak mengamalkan "double standard" kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik masing-masing. Pihak polis perlu telus dalam menjalankan tugas mereka serta jangan diperbodohkan dengan tindakan-tindakan yang tidak masuk dek akal dan fikiran waras manusia. Polis juga perlu telus dalam menyiasat laporan yang dibuat oleh rakyat Malaysia, jangan hanya menyiasat laporan Saiful Bukhari sahaja sedangkan laporan Anwar terhadap Saiful Buhari hingga kini tidak disiasat dalam kes liwat yang akan mula dibicarakan pada bulan Julai 2009 ini nanti
Pahangdaily
14 May 2009
Exco Buat Laporan Polis Terhadap "Speaker DUN Perak"
Exco Buat Laporan Polis Terhadap "Speaker DUN Perak"
13 May 2009
Zambry Haram Jalankan Tugas Menteri Besar
Pakatan Rakyat mendakwa Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menghina mahkamah apabila beliau mengambil keputusan kembali menjalankan tugas sebagai Menteri Besar walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengesahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai penyandang yang sah.
Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata selagi Mahkamah Rayuan membuat sebarang keputusan mengenai status penjawat Menteri Besar, Dr Zambry atau Nizar tidak boleh menjalankan tugasan jawatan tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak berkata tindakan Dr Zambry melaporkan diri untuk bertugas semula di pejabat beliau di Bangunan Perak Darul Ridzuan memberi gambaran palsu kepada rakyat seolah-olah beliau telah memenangi kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yan memihak kepada Nizar.
Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Dr Zambry semalam untuk membekukan perintah Mahkamah Tinggi yang memberi keabsahan kepada Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sejak beliau mengangkat sumpah jawatan 17 Mach 2008.
Dr Zambry dan enam exconya telah menyambung tugas mereka sejak padi tadi malah telah mengadakan mesyuarat exco and mengadakan sidang media.
“Mereka tidak boleh melakukan ini kerana perintah pembekutuan yang diperolehi Zambry bukan bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan.
“Perintah itu hanya meminta Nizar tidak menggunakan haknya sebagai mana yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi sehingga kes beliau didengar di mahlamah yang lebih tinggi.
“Jadi statusnya sekarang, Nizar masih Menteri Besar yang sah dan Dr Zambry yang haram tetapi tidak seorang daripada mereka dibenarkan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.
Ngeh juga menimbulkan persolan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kerana Seksyen 54 Akta Relief Khas melarang mahkamah memberi injunksi sekiranya ia menjejaskan tanggungjawab sesebuah kerajaan kepada rakyat.
Seksyen 54(d) menyatakan: “Injunksi tidak boleh diberi untuk menjejaskan tanggungjawab mana-mana jabatan Kerajaan Malaysia atau tindakan sebuah kerajaan asing.”
“Maka perintah pembekuan itu boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk injunksi,” hujah Ngeh.
Ngeh berkata oleh kerana Dr Zambry tidak boleh menjalankan tugas Menteri Besar beliau juga tidak mempunyai hak untuk membatalkan keputusan penggantungan Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Ngeh juga menyanggah kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengatakan kedua-dua penjawat awam tersebut tidak boleh digantung tugas.
“Kedua-dua mereka adalah pegawai persekutuan yang masing-masing dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Kehakiman dan Perkhidmatan Perundangan.
“Walau bagaimanapun apabila mereka dipinjamkan and digajikan oleh kerajaan negeri maka kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mereka sebagai majikan.
“Oleh yang demikian mereka boleh digantung tugas sementara menunggu pertuduhan rasmi terhadap mereka diserahkan kepada kedua-dua suruhanjaya," jelas Ngeh lagi.
LYRIC
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight