01 March 2009

Cumatkilau Di Ancam Serta Terima Ugutan...

[cmk6.jpg]

Kemelut Politik AMK Keadilan Pahang, Cucumatkilau Akhirnya Di Ancam Serta Terima Ugutan Daripada Wakil Kumpulan Exco Terbabit

KUANTAN - Satu sidang media dan laporan polis akan dibuat terhadap seorang Ahli dari kumpulan exco AMK Pahang yang dipercayai telah cuba menyerang dan mengugut Saudara Mohd Shukrie Jamaluddin @ CMK di Beserah malam tadi. Beliau yang juga bekas calon PKR DUN Kemayan dalam pilihanraya umum lalu (foto) dipercayai telah diugut kerana kumpulan terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan beliau mendedahkan "kontroversi" yang berlaku dalam sayap kanan parti itu baru-baru ini. Ketika dihubungi selepas ceramah sulung beliau di Pejabat PKR negeri Pahang dekat sini semalam, Shukri mendakwa beliau telah dihubungi menerusi telefon bimbit oleh seseorang. Pemanggil yang kemudiannya mencarut, menyumpah serta memaki hamun dirinya dengan berbagai kata-kata kesat. "Pemanggil kemudia mencabar saya keluar dari kawasan pagar tempat ceramah jika "anak jantan" dan "tidak bacul". Saya kemudia telah menyahut cabaran itu dan mendapati mereka semua sedang menunggu saya ditepi jalan berhampiran kawasan terbabit. Salah seorang daripada anak muda itu yang saya kenali kumpulan "bukan team Dato' Fauzi" telah meluru ke arah saya dengan keadaan marah serta emosi. Beliau kemudian mengherdik saya dan kemudia marah dan mengatakan saya telah menyiarkan foto mereka dalam sebuah blog".

"Saya hampir dipukul jika saya melawan. Namun memikirkan saya mempunyai prinsip dan maruah diri, maka saya membiarkan beliau memaki hamun saya secara berdepan dalam jarak 1 meter sahaja" kata Shukri lagi. Tidak berapa lama kemudian beliau telah meminta izin untuk beredar dari kawasan itu dan mereka semua bergembira kerana telah berjaya memberi amaran kepada beliau. "Atas kejadian ini, saya amat gusar kumpulan terbabit akan mengambil tindakan yang lebih drastik termasuk mengancam keselamatan saya seisi keluarga. Lantaran itulah saya akan membuat satu laporan polis dan sidang media khas tentang perkara ini. Bagi saya, kita harus profesional dalam kerja-kerja yang kita lakukan dan tidak terikut budaya samseng yang dibawa oleh pemuda UMNO ke dalam PKR. Justeru itu saya amatlah berharap agar pucuk pimpinan tertinggi parti dapat memantau dan melakukan siasatan terhadap perkara ini. Saya sedia berkerjasama dalam hal ini dan andainya saya bersalah maka saya juga bersedia untuk dipecat daripada parti. Prinsip saya adalah jelas "Biar musuh depan mata tahu apa yang berlaku di dalam, daripada membiarkan musuh dalam selimut terus menyerang dari dalam". Menurut Shukri mereka juga menuduh saya pengkhianat mahu saya keluar dari parti dan masuk UMNO dengan segera.

Bagi mereka saya adalah perosak parti dan bukan pejuang sejati. "Masalahnya, siapa yang rosak siapa dalam hal ini?. Saya perosak kerana ingin menghapuskan dan menghalang anasir subversif yang ada dalam parti dari meneruskan agenda jahat mereka untuk menggulingkan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri secara tidak terhormat. Justeru itu, apakah saya boleh dituduh penderhaka?. Sedangkan mereka merancang sesuatu ke arah itu?. Jika ini tuduhan mereka, maka memang begitu dangkal alasan yang diberikan. Saya rela keluar jika saya didapati bersalah. Namun saya akan tetap bertahan jika mereka terus melakukan agenda tersebut". tambah Shukri lagi. Beliau juga memberi tempoh 48 jam iaitu hingga hari Rabu ini untuk semua mereka meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatan "serangan" tersebut. Jika tiada apa-apa berlaku satu lagi tegas akan diambil terhadap perkara ini dalam masa terdekat.

[Kami amat risau dengan perkembagan terbaru ini. Nampaknya budaya samseng telah menular pula dalam AMK Pahang. Kenapa ini harus berlaku? Apakah dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat itu menyebabkan ada yang "tidak senang duduk dan berdiri" serta "bagai cacing kepanasan" dibuatnya. Jika pemuda UMNO masuk Parlimen menyerang Karpal boleh diterima akal kerana kerajaan dan pembangkang, masalahnya jika exco AMK PKR menyerang ahli PKR ini tidak boleh diterima akal kerana mereka dari parti yang sama. Kami sedang mencari jalan penyelesaian akan perkara ini, atau jika kemelut ini berterusan banyak lagi pendedahan akan dibuat selepas ini termasuk "grand Design" yang dibuat oleh kumpulan penyokong Zakaria untuk menjatuhkan Dato' Fauzi di seluruh negeri Pahang. Justeru itu kami amatlah berharap agar perkara ini dapat diambil perhatian yang sewajarnya kerana fail-fail dan bukti-bukti kukuh telah disiapkan untuk didedahkan. Kami juga akan hadir dalam sidang media yang akan dibuat oleh Saudara Mohd Shukri Jamaluddin Rabu ini. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan secara baik hendaknya.

http://pahangdaily.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

laa apa nak heran nya PKR memang la tempat berkumpul segala samseng kaki seks kai botol kaki juboq... semua ada kat sini hhahahahah

Anonymous said...

emmmm... Sapa Dato Fauzi...sapa cucu mat kilau... mcm ni la, budaya samseng mmg tak elok. Setuju sesgt tapi siapa yang kenal cucu mat kilau ni...he he he..nok tergelok kawan ngan awok ni weh...kalau yg nyerang tu bukan team Fauzi, yg awak tu team Fauzi la ye...pandai awak berpuak-puak ek..dari dulu sampai sekarang, awak dok berpuak-puak, bila geng wok kalah dalam bahagian wok merajuk kuar parti...aleh-aleh datang bertanding di Kemayan...tak gitu?

Anonymous said...

betul la.. kawan ni pun nyampoh jgk dgn cucu mat kilau ni. Macam dia bagus je. Kalu kita kritik cakap kita sb. Ntah apa2 awok ni.. Harap glamer je lebih
Masuk Raja Lawak La

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG