Umno Melaka perlu bermandi darah!
...Saya harap, Umno Melaka dapat membuat sesuatu tindakan drastik yang berbentuk amalan di luar kebiasaan Umno selama ini. Sesekali, ambillah semangat si Jebat, buatlah huru-hara, bikin demo di PWTC menjelang hampirnya Perhimpunan Agung Umno kelak.
Bukankah tembok keangkuhan Malayan Union rebah melalui aksi demo pada 1946? Bukankah Tunku Abdul Rahman turun ke Bandar Hilir Melaka apabila pulang dari London? Bukankah watak-watak Bugis (Bukan semua. Tepatnya Bugis glokal) yang banyak bikin onar dalam Tanah Melayu ini? Nyahkanlah si dia sahaja.
Walaupun akhbar masih lagi meneruskan laporan yang menyatakan Ali Rustam boleh menerima hakikat itu dengan hati terbuka dan lapang dada, tapi kenapa Ali Rustam masih merayu supaya dipertimbangkan untuk bertanding merebutkan jawatan?
Maksudnya, jauh dalam lubuknya hatinya yang hitam paling dalam, Ali Rustam mempunyai cita-cita besar untuk bertanding lagi. Takkan Umno Melaka tidak nampak hal ini?
Panel Rayuan Umno akhirnya menolak rayuan Ali bagi mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin. Apakah lembaga ini betul-betul bertenaga atau ia wujud dalam perundangan Umno, masih boleh didebatkan lagi. Apa yang Umno Melaka perlu ialah sedikit keberanian melonjakkan kebenaran.
Sudah lama kita hidup dalam setia.. kali ini biarlah Umno Melaka mati dalam 'derhaka'. Apalah salahnya?http://www.harakahdaily.net
2 comments:
meno melako nak mandi darah..weii..mandi longkang lah dol! mandi rasuah ke..mandi kumbahan babi ke...laih baik dan meno melako budus!!!
hati2 kutuk bugis glokal...
Post a Comment